Skip to main content

SYARIKAT PEMBINAAN PERPADUAN


Oleh : lelaki_ini

Alkisah, dalam sebuah bandaraya, ada 1 projek pembinaan dewan PAS, ceh nak PAS jugak. Ok la, dewan org ramai la..

Pemaju lantik Builder A yg terdiri daripada jurutera perunding, arkitek, jurukur bahan utk bina dewan tu. Pemaju bertindak memantau progress pembinaan.

Arkitek = reka landskap

Jurutera = reka struktur & bahan binaan

Jurukur Bahan = rancang kos blanje

Matlamat mereka sama. Nak penuhi demand pemaju, to serve the best for the developer. Pemaju lak kalo bole nak dewan tu cantik di mata (aspek arkitek) dan kukuh & selamat (aspek jurutera) dgn menggunakan kos yg minima (aspek jurukur bahan). Mean perfect la..

1 hari berlaku 1 kes. Masa pembinaan dilaksanakan, kekuda bumbung yg siap dipasang, tercabut & menghempap pekerja. Mati mamat tu.

Jurutera :

“Eden dah koba dulu. Kayu jati ni x soswai buek kokudo. Dio x bule tanggung boban angin. Sonang fail. Den soh guno kayu cengal x nak. Pasang nyenget pulak tu, kono pasang togak baru betol”

Arkitek :

“Kayu cengal x lawo la. Kalo kono panas & hujan bule mongolupas. Burok bona. Kayu jati bilo sapu syelek, pehh b’pinau mato bilo kono cahayo matohari. Kelas ma.. Den soh pasang senget, lawo tengok dr luar. Kalo pasang togak nampak mcm kilang biskut”

Jurukur Bahan :

“Kayu jati murah dr kayu cengal. Bezo byk tu. Kalo seluruh projek kito bule jimat 40%, jimat gilo tu! Cumo den x stuju pasang senget. Byk makan ruang, byk pakai kayu. Kos tu.. Elok togak jo. Baru bule jimat”

Haha. Bertelagah beb. Memasing defend diri sendiri & tuding jari. Kalo biar berlarutan memang parah. Cuba proses di bawah :

  1. Berbahas. Memasing kuar opinion. Bantai membantai secara cerdik.
  2. Yg kena bantai bg explain yg konkrit.
  3. Smua puas ati? Ok cuba bangkitkan idea lain / idea baru utk cari penyelesaian.
  4. Hati & fikiran memasing bukak leluas. Jgn block. Pertimbang idea2 baru.
  5. Bahas balik smpi ada final solution.

Jurutera :

“Gini ajo la. Den cadang kito guno kayu belian. Ketahanlasakan dio kurang sket dr kayu cengal tp b’dasarkan calculation den, dio msh bule tanggung total load. Kayu ni penuhi architectural criteria ekau gak. Apopun, kito totap kono pasang togak utk p’agihan boban yg lobih sompurno”

Arkitek :

“Erm.. kayu belian mmg fantastik. Den stuju. X po, den raso bule extend finishing component tu kasi senget sket. So kokudo tu x yah nyenget”

Jurutera :

“Dr aspek cost-saving lak, den raso kayu belian mahal sket dr kayu jati tp lobih murah dr kayu cengal. Tp x po, den cadang kito kocikkan saiz dio & kito bykkan bilangannyo. Den susun rapat sket, boban pun bule agih samo. Cubo ekau kiro bajet. X dapek jimat byk dapek jimat sket pun jadi la”

Jurukur Bahan :

“Kojap den kiro yo. Nyit.. Nyit.. Ok cantet, bule jimat 25%. Kurang 15% pun x po la. Yg ponting solamat, cantet & msh m’jimatkan. Ngeee..”

Haa, x win win situation tuh? Heh. Memasing ada prinsip. Prinsip keselamatan, prinsip keindahan & prinsip penjimatan. At the end of the day, memasing masih mampu mengekalkan prinsip memasing, tapi perlu keluar dr kebiasaan. Perlu cerdik. Perlu tolak ansur. Perlu diplomasi.

Impian si Jurutera ialah membina sebanyak mungkin bangunan & akhirnya membangunkan keseluruhan bandaraya berdasarkan prinsip & agendanya sendiri. Namun realiti mutakhir memustahilkan segalanya. Khidmat Arkitek & Jurukur Bahan masih diperlukan, demi memenuhi kehendak Pemaju.

1 ketika Jurutera mencetuskan cita-cita, idea & semangat baru..

“1 hari kito mesti bangunkan sendiri bandarayo nih!”

“Hidup Jurutera! Hidup Jurutera!” Ribuan anak buah b’sorak.

Jurutera memulakan langkah. Membina fikrah. Menanam doktrin. Melatih ribuan anak buahnya agar sentiasa memenuhi pasaran & permintaan Pemaju. Mereka dilatih ilmu arkitek & ilmu ukur bahan.

Jurutera Kanan yg berdegil masih jumud dgn ilmu strukturnya saje tanpa mau meningkatkan keupayaan diri dgn ilmu lain diterajang ke tepi dr kerusi lembaga pengarah.

“Kito bukan sajo porlu momastikan struktur bangunan kito kuat & lasak, tp kono cantet di mato & m’jimatkan. Ini yg kito tawarkan kek pomaju. Kito kono expert dlm smuo bidang nih supayo bule b’dikari tanpo b’gantung kpd sesapo bilo diboie k’percayoan m’bangunkan bandarayo ini kolak” ucapan Jurutera dlm mesorat agong.

Arakian dikhabarkan ada gak Builder B. Rekod Builder B ni buruk, buat stadium runtuh, buat longkang pecah, buat jalan berlobang. Duit pemaju dihabiskan kat Pulau Wan Man & F1. 50 tahun Builder B conquer projek pembangunan, tapi prestasi makin meredum. Berbillion belanja tapi x mendatangkan manfaat pada pemaju. Pemaju dah muak gile.

1 hari Jurutera Kanan didatangi Jurutera Kanan dr Builder B, kengkonon nak beli kambing. Sembang nye baik, rupanye nak masuk meminang kumpulan Jurutera A supaya join Builder B demi perpaduan Melayu katanya. Jurutera Kanan A dgn bodoh-bodoh alang kuar idea Syarikat Pembinaan Perpaduan!

Jurutera Kanan kata Arkitek & Jurukur Bahan dah stuju. Terpinga-pinga mamat-mamat tu. Ribuan anak buah bantah, pemaju pun bantah. Ramai-ramai terajang Jurutera Kanan masuk stor. Haha.

Gitulah adanya senario politik Pakatan Rakyat nih. Berpakat demi rakyat. Adakala tercetus p’selisihan. Adakala dilaga-lagakan. Kebijaksanaan & toleransi penting demi menjamin keutuhan. Sampai masa rakyat pilih PR perintah, tunaikan hasrat & amanah rakyat dgn penuh komitmen. Ketika tu la prestasi & keupayaan PAS memimpin negara dinilai rakyat.

Bila keyakinan rakyat dah solid kpd PAS, satu-satunya parti yg layak memimpin mereka, ketika ini keluarlah dr PR, tawarkan diri bertanding demi penubuhan sebuah negara Islam. Tapi jangan sekali-kali terdetik berunding dgn UMNO. PAS gunakan politik / parti / demokrasi utk penegakkan agama. So perlu cerdik & celik sket permainan politik ni, jangan naif & lurus bendul je.

Reference :

Bandaraya = negara Malaysia

Bangunan / dewan / jalanraya / longkang = negeri

Builder A = Pakatan Rakyat

Builder B = BN

Pemaju = rakyat

Jurutera = PAS

Arkitek = PKR

Jurukur Bahan = DAP

Jurutera B = UMNO

Jurutera Kanan = lu pikir la sendiri, kwang7139x

Comments

  1. KERAJAAN PERPADUAN

    Kuasa politik Melayu/Islam semakin terhakis.

    Hanya kuasa politik melayu/Islam sahaja yang boleh mempertahankan agama, bangsa dan negara.

    Semua pemimpin Melayu/Islam harus sedar dan kembali kepangkal jalan.

    Selamat kan kuasa politik Melayu/Islam sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  2. nape skrg baru sebut ttg krjn ppaduan?

    nape tak ms Umno kuat?

    apa jaminan kuasa politik di tgn Melayu bahawa Melayu akan terbela?

    50 thn Melayu berkuasa,terbelakah bahasa Melayu?

    50 thn Melayu berkuasa,terbelakah fakir miskin Melayu?

    50 thn Melayu berkuasa,terbelakah aqidah Nor Aishah Bokhari?

    50 thn Melayu berkuasa,nape msh ada Melayu tinggal di reban,minum air longkang,makan nasi pungut?

    kuasa Melayu atau kuasa Umno yg terhakis?

    Melayu atau Umno yg harus kembali ke pangkal jalan?

    ReplyDelete
  3. Setiausaha UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Syed Ali Ahasbshee pula mahu Umno berhati-hati dan jangan terlalu ghairah dengan usul kerajaan perpaduan itu.

    Ketika ini, katanya UMNO sedang dipulihkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan melakukan transformasi politik dan perubahan di semua peringkat dengan mendapat respon positif daripada rakyat pelbagai kaum.

    "Sebelum salam daripada PAS itu disambut, UMNO sewajarnya perlu melihat kepada sejarah lampau. Dan merenung ke dalam diri apakah waktu ini UMNO terlalu terdesak sehinggakan terpaksa bertongkat kepada pokok yang belum tentu kukuh dan diragui akan kekuatannya," katanya.

    sumber : Malaysiakini

    ReplyDelete
  4. Posting yang bagus. Boleh bukak kelas malam utk jurutera, juruukur bahan dan arkitek bro!...

    ReplyDelete
  5. PAS dah lantik SUA baru hari ini....

    Inilah 'barisan kita'.......hehehehe....

    baca kat sini..... http://corongkita.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Sah barisan UG! Selain meminggirkan pemimpin PAS Klate yg menjadi tunjang PAS Pusat.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas sebuah artikel yang menarik dan mudah difahami oleh semua peringkat pembaca.
    Diharapkan saudara Aduka Teruna dapat mengurangkan caci maki dalam tulisan saudara agar penyampaian isi dapat sampai kepada pembaca dengan lebih efektif.
    Saya percaya ramai pembaca menyanggah saudara bukan kerana isi tulisan (mereka pun tidak pernah mematahkan hujah saudara, kebanyakan membalas caci maki sahaja), tetapi kerana cara penyampaian saudara yang tidak beradab.
    Maaf jika tersalah kata.
    Salam takzim.

    ..Nizam..

    ReplyDelete
  8. haha,
    mentang2 eng civil.

    apa2pon,
    wa x rasa semua pale otak leh paham.haha
    coz nas quran hadis xada dlm tu.
    elok kemukakan hadis
    ,quran& sirah masa bentang pasai apa guna pokok jati,cengal dan lain2.
    baru totok leh paham
    dgn jelas ,hehe

    ReplyDelete
  9. haha..kejam siut lu ni uma.Kasi chance laa...

    ReplyDelete
  10. Ngeee...

    Uma, lu cite la part letrik lak, ala2 kontraktor perpaduan. Hehe.

    ReplyDelete
  11. haha,
    wa x sehebat dgn lu org dlm
    bab mgayat ni.
    elok bg pd ahli2 yg
    expert dlm mgayat.hehe

    wa dok tepi kasi support je.hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.