Skip to main content

Perwakilan PAS merokok.


"Kerana sekarang ini semua pimpinan PAS tidak merokok lagi," katanya.

Malah katanya, dahulu pun beliau seorang perokok tetapi tabiat tersebut berjaya dihentikan.

"Sedikit demi sedikit saya buat akhirnya saya dapat hentikan," katanya kepada hadirin.
Abah gua dulu perokok. Mak gua story sama gua. Masa mak hamil Along, anak first la nih, abah nekad berhenti merokok sebagai tanda syukur. Abah azam, bila Along lahir jer, time tu abah sudah bukan digelar perokok lagi.

Tapi payah gile. Banyak kali tewas. Abah buat keputusan berhenti membeli. Sebab abah jenis malu meminta. Nak jadikan satu cerita, pada satu malam, ketagih abah dah sampai kepala.

Abah termenung, mengeluh dan berkerut muka. Mak faham, tapi tak boleh kesian. Diorang dah azam supaya anak2 diorang tidak mengenali abah diorang sebagai perokok.

Dalam pada tak tahan, abah keluar rumah. Antara azam nak berhenti atau meminta rokok dari jiran sebelah. Mak larang tidak, galak pun tidak. Juga dilemma. Kesian kat abah, dengan azam untuk kami.

Kat luar rumah abah termenung lagi. Hati mahu rokok, kaki tak mahu jalan. Otak runsing gile. Dalam tak sedar, abah menangis. Bila abah menangis, mak pun menangis. Time mak story kat kitorang pun mak menangis beb. Along dengar pun nagis. Tapi gua sebagai hero hanya terharu jer. Ngeee..

Last2, dalam lelehan air mata. abah patah balik, ambil wuduk dan solat hajat. Jangan sia2kan penderitaan dia mahu berhenti merokok. Jangan jadikan satu pun anak dia perokok. Abah solat menangis2. Bila habis, mak peluk dan nangis gak.

Setakat yang wa tahu, setakat hari ni, alhamdulillah, semua adik-beradik gua tak merokok. Wa paling jauh pun tokan rokok jer la kat asrama dulu. Hehe.

Comments

  1. bro... wa nak tanya skit.... abah lu orang PAS ke UMNO..... ngeeee....

    -abanghensem

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...