Skip to main content

Peperangan blogger Husam.

Oleh : AdukaTaruna

Melayu ma.. takda pengasingan tajuk. Nak2 umo macam MSO. Dendam membara. Itu kesimpulan yang gua buat lepas habiskan masa mengkaji kedua-dua pihak.

Bukan gua nak kata gua betul, tp gua just nak berikan gambaran. Beza gua berbulu dengan beza MSO berbulu lain. Gua berbulu pasal cerdik dan prestasi. Tapi MSO berbulu pasal peribadi.

Lu kaji sendiri la. Peperangan blogger berkenaan Husam sebenarnya berumbikan hal2 peribadi. Pengurusan emosi dan hubungan semasa manusia yang gagal atau tidak berkualiti.

Bila lu tak ngam atau pernah terkecil hati sekali dua, terus tak pro. Ungkit dan dedah macam2 hal peribadi. Bisnes kambing la, sms itu la, sms ini la. Dey apa ni? Melayu tulen betul la.

Gua pun berbulu gak dgn Hadi, ungkit gak peribadi dia macam boroi, etc. Tapi semua bawah tajuk taktikal di fasa peperangan. Yang MSO berbulu hal entah apa2. Hal peribadi, bukan hal kepentingan parti atau rakyat.

Gua lagi suka Penarik Beca yang jelas motif dia kempen. Tak nak UMNO, tak nak balaci Anwar. Jelas. Mana ada hal2 bisnes kambing, harga mahal, balak kau tak kasi, baju petak, jumpa bomoh, kawen Cina semua.

Gua cakap ni lepas baca semua. Dan gua ambil pendirian seumpama nak sepak jer hati orang tua MSO ni. Ntah apa2. Kalau tak nak Husam sebab bukan ulama ke, sebab keperluan ulama menjadi pembantu Hadi ke, gua tak menyampah. Sebab bab fikrah, bukan bab hati.

Ini cuba lu baca peperangan mereka.
  • Kambing
  • Bomoh
  • Kawin 2
  • Balak
  • Baju petak2 merah
  • Skim Takaful
Motif peribadi, ma. Lu kaji, dan lu fikir sendiri la. Bangang punya orang tua. Gua bukan taksub Husam, tak caya? Cuba try Husam buat benda bangang jap.

Contohnya dia buat kenyataan mempertahankan pemilihan Ibrahim Ali sebagai calon. Try buat tengok.... tak gua maki.

Comments

  1. wa memang sejak dari dulu lagi kureng ngan MSO ni.... kononnya nak menegakkan benang yang besah..... masalah dalaman parti didedahkan umum.... benda yang elok jer tersimpan dilondehnya sampai mengaibkan orang... kononnya untuk kebenaran... memang dia ni jenis pendendam.... tak dapat komisyen kambing sampai ari ni tak puas ati kat Husam... sama ngan ezam la.... tak dapat balak merajuk join UMNO....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  2. Salam Semua....

    Aku nak merapu sikit....

    Gen melayu memang camnie....
    Suka bergaduh....
    Dah puas hentam UBN....UBN lembek...Bergaduh lak sesama sendiri....Apa punya turrrrr la...

    Nasib baik aku Gen Banjar....

    Kalau x aku pun tumpang malu...
    Pasal gen melayu kalu bergaduh guna cara malukan pihak lawan....Aku tarik kain hang..hang tarik kain aku....lastlah dua bogel...baru sedar nak tutup kemaluan dengan tangan...musuh lembek terus datang pukul...nak tepis x leh sebab tangan dok tutup kemaluan....

    hehehehehehehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.