Skip to main content

PAS gesa 'akhlakkan' aktiviti hiburan, sukan.


Jimadie Shah Othman | Jun 5, 09 11:39am
Presiden PAS menggesa Dewan Pemudanya "mengakhlakkan" program-program hiburan, sosial dan sukan yang selama ini dianggap berada di luar ruang lingkup kegiatan parti.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat gesaan itu dalam ucapan dasarnya di muktamar ke-55 di Shah Alam pagi ini.

"Usaha ini perlu bukan sekadar untuk tujuan politik, tetapi lebih utama untuk melaksanakan tugas 'penyelamat' bagi mengeluarkan mereka daripada keruntuhan akhlak serta hanyut dalam hiburan di luar batasan agama," katanya dalam ucapan bertemakan 'Islam Memimpin Perubahan.'

"Dewan Pemuda perlu menggiatkan program tarbiyah kepada anak-anak muda untuk mencapai sekurang-kurangnya dua tujuan; pertamanya melahirkan generasi pemimpin yang akan meneruskan perjuangan yang panjang ini dan kedua; melahirkan penyokong dan penggerak yang menghayati perjuangan parti untuk menegakkan Islam."


1.

Memula kita cakap dari sudut tersirat dulu. Manala tau kan...

Teknik memasuki / memperjuangkan keperluan generasi muda ni maybe petanda Hadi yang tamak2 bodoh ni untuk kekal relevan sekurang2nya 2-4 tahun lagi. Berg maybe melihat Hadi 'remaja'. Hahaha.

2.

Skang kita masuk bab tersurat.

Benda2 'luar kotak', pemikiran jauh merentas zaman ni, puak Kelantan la yang start dulu. Di bawah TGNA, mereka aktif menyelesaikan masalah berbanding menghukum tanpa diberikan jalan keluar.

Memula TGNA 'pecah kotak' dulu, konsert Mawi, gua sependapat dengan puak Terengganu beb. Maybe prejudis time tu. Sebab gua anti Mawi. Hahaha. Bukan anti pasal Mawi, tapi pasal AF yang Melayu histeria akannya.

Ada banyak ulama bantah TGNA time tu. Gua yang bukan ulama ni termasuk skali la. Tapi skang baru wa nampak cane kepala otak orang tua seleaikan masalah dengan cari jalan, bukan dengan menghukum.

Lepas konsert Mawi, satu-satu aktiviti hiburan dan sukan yang diIslamkan puak Kelantan. Jemput pelari wanita Arab tu lagi. Sapa nama ntah. Angelina Jolie kot. Antara yang diselesaikan PAS Kelantan.
  • Sukan Wanita
  • Konsert-monsert
  • Snuker
  • Arak untuk bukan Islam
  • apa lagi aa?
So, kira Kelantan ni pusat RnD la. Senang PAS negeri lain nak buat kalau menang nanti. Kalau nak menang skali, kalah banyak kali, guna RnD PAS Terengganu. Kuang3...

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...