Skip to main content

Korea Utara hala peluru berpandu ke AS


TENTERA Laut Korea Selatan meronda perairan Samcheok, kira-kira 290 kilometer ke timur Seoul, semalam berikutan ketegangan yang berlarutan dengan Korea Utara. – REUTERS


SEOUL 1 Jun – Korea Utara telah memindahkan peluru berpandu jarak jauh paling canggih miliknya yang mampu mengenai sasaran di Alaska, Amerika Syarikat (AS), ke tapak pelancaran di pantai barat negara komunis itu yang bersempadan dengan China.

Laporan terbaru mengenai tindakan Pyongyang itu meningkatkan lagi ketegangan di semenanjung Korea setelah ia mengharamkan kapal melalui perairan pantai baratnya sehingga penghujung bulan depan.

Menurut laporan akhbar Dong-a Ilbo hari ini yang memetik kenyataan tidak rasmi pegawai di Washington dan Seoul, ujian peluru berpandu jarak jauh mungkin diadakan pertengahan bulan ini ketika Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak dan Presiden AS, Barack Obama menghadiri sidang kemuncak di Washington.

Peluru berpandu di tapak pelancaran Dongchang-ni di barat laut Korea Utara dipercayai adalah versi roket Taepodong-2 yang dilancarkan pada 5 April yang didakwa negara komunis itu sebagai pelancaran satelit. Akhbar JoongAng llbo menerbitkan laporan yang sama.

Pelancaran peluru berpandu jarak jauh yang baru, jelas akan meningkatkan lagi ketegangan selepas ujian serupa pada April lalu yang diikuti dengan ujian nuklear bawah tanah minggu lalu.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sehingga kini masih membincangkan cara untuk menghukum Pyongyang atas tindakannya itu.

Korea Utara turut menahan dua orang wartawan AS, Laura Ling dan Euna Lee yang dituduh memasuki negara itu secara haram dan terlibat dalam ‘aktiviti permusuhan’.

Mereka akan dibicarakan Khamis ini di Pyonyang.

Myung-bak yang mempengerusikan sidang kemuncak dengan pemimpin Asia Tenggara di Pulau Jeju, selatan Korea Selatan, memberi amaran kepada Korea Utara agar tidak melakukan sebarang provokasi. – AP

Comments

  1. bro.... kerajaan camni la layak untuk hantar perisik..... satu lagi kerajaan negeri cam kelantan..... hahaha.... tak caya lui belek la berita ni.... http://www.malaysiakini.com/news/105648 .... nak bawak lari orang pun kena minta bantuan kedutaan US.... kan ke hebat kerabat diraja Kelantan tu.... bukan memain bro..... kedutaan US tu bantu kerajaan indon.... pergh!!!!

    -abanghensem

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu