Skip to main content

Kisah ulama dengan sampan.

Oleh : AdukaTaruna

Seorang ulama menyewa sampan dari seorang budak. Mahu ke seberang. Masa tu jambatan takda. Sungai plak ada beberapa ekor Bujang Senang. Negeri tu pulak ada raja yang sangat zalim.

Mereka pun bermudik ke seberang. Sampai di tengah2 sungai, di seberang sana, kelihatan satu rombongan besar. Berpayung kuning. Itulah raja zalim.

"Nampaknya, tuan semua terpaksa tunggu di tengah sungai ini. Sampai raja itu pergi." Kata budak pemilik sampan.

"Mengapa?" Tanya ulama.

"Sebab raja suka merampas sampan. Ini sahajalah harta yang saya ada."

"Jangan bimbang. Ana ulama. Hafal semua kitab. Sirah menunjukkan Nabi Khidir menebuk lubang sampan bagi mengelakkan sampan itu dirampas raja." Ulama itu berkata sambil selamba mentetak bawah sampan dengan parang.

Sampan tidak bocor, tetapi pecah. Budak terkejut dan marah.

"Woi!"

"Sabar. Serahkan kepada Kepimpinan Ulama."

"Kepimpinan Ulama kepala otak hang! Nak coborkan pun tunggu la kat tepi, bodoh!"

Beberapa ekor buaya bersorak gembira. Ulama mendapat 1 dari 2 peruntukan pahala ijtihad, selain bakal mati syahid 2 minit lagi.

Comments

  1. NAMPAK SANGAT BUDAK TU JAHIL.

    PASAL DIO TAK NAMPAK KELEBIHAN ULAMA.

    KALAU PERAHU TU PECAH ULAMA BOLEH BAWA BERJALAN ATAS AIR.( INI BERGANTUNG ATAS KEIMANAN . ANDAI KEIMANAN TIPIS TENGGELAM LAH IA .ANDAINYA KEIMANAN MENEBAL SELAMAT LAH IA . TUHAN BERSAMA DENGAN KITA )TETAPI SECARA LOJIK AKAL MANA BOLEH BERJALAN DIATAS AIR . TETAPI HARUS DI INGAT DENGAN KUASA MUTLAK ALLAH TIDAK MUSTAHIL JIKA ULAMA ITU BOLEH BERJALAN ATAS AIR.

    ReplyDelete
  2. artikel pemikiran yang bukan dari nur islam.hanya bertujuan menghina ulamak.kalau aku kata kafir,ko orang marah.tapi tula hakikatnya.

    sejak2 zaman berpakat dengan parti liberal ni,nak kata hodoh2 kat orangpun aku rasa macam tersangkut je.padahal jika dikira hukumnya memang jelas orang yang menghina dan mencerca orang yang menjaga agama untuk kesejahteraan umat manusia patut diberi hukuman yang amat berat didunia ini.apatah lagi didepan Allah Taala kelak.

    subhanallah..

    ReplyDelete
  3. wa nak tengok apa lu nyer pendirian tentang ulama harun sani plak... ha ha ha

    ReplyDelete
  4. kafirkan la, takde sape marah. kepimpinan melalui teladan. ulamak Pas terdahulu pun rajin mengkafirkan org Umno. tak percaya tanye org Wakaf Mempelam.

    ReplyDelete
  5. hahahaha....wa suka artikel nie..kah kah kah...

    ReplyDelete
  6. kali ni, tampak isi dlm artikel lu ni tidak berasas n tak masuk akal la bro..nampak sgt jln cerita nk pedajalkan ulamak..adehhh..hu2

    apa pun, cuba lagi AT..ramai kat sini termasuk orang umno sana suka dgr cerpen lu megutuk ulamak..bak kata mereka, "bersama kepimpinan bukan ulamak"..he2

    ReplyDelete
  7. X BESTLA CITER KO TU DUKA..

    KISAH ADUKA NGAN PALE BUTOHNYE ADA TAK?

    ReplyDelete
  8. anonymous 3.19,ko same cam aduka.dua2 lidah bangsat,dua2 mencaci muslim,dua2 layak menghuni neraka...

    ReplyDelete
  9. salam hormat. pemikiran logik yg tak sempurna kelogikannya tak akan jelas pemahamannya. saya ingin cuba membawakan kisah ini agar menjadi sempurna supaya kita lebih memahaminya. ada 2 orang lelaki, seorang digelar ulama dan seorang lagi digelar pemerintah sekular. kedua-duanya menyewa sampan masing-masing. mereka mengharungi sungai yang penuh dengan buaya atau digelar penulis 'si bujang senang'. bila di tengah sungai, mereka ternampak satu rombongan raja yang zalim yang berada di seberang sana. "Nampaknya, tuan semua terpaksa tunggu di tengah sungai ini. Sampai raja itu pergi." Kata budak pemilik sampan masing2. jawab ulama "kita buat sebagaimana Nabi khidhirlah". tapi pemilik sampan itu menegah lalu terjadilah musyawarah antara mereka sahingga mereka bersepakat untuk menebuk lubang sampan. Sebabnya kena tanyalah mereka, saya mana tahu. manakala pemerintah sekular pula menjawab kat pemilik sampan yang disewanya, 'pegilah lagipun dia kawan saya tu, kitorang belajar sekolah skali'.'Eh, tapi dia tu zalim' tegah pemilik sampan itu.'takpe, jangan risau, kita akan selamat' jawab pemerintah sekular itu. Akhirnya pemilik sampan itu setuju setelah dipujuk dengan janji-janji manis. setelah smpai di depan raja yang zalim itu, maka kata pemerintah sekular tu kat raja 'wahai sahabatku, lama kita tak jumpa. jadi sebagai hadiah kenagan, ambillah sampan ini dengan pemiliknya skali'. pemilik sampan itu akhirnya terpana dan terkesima. fikir2kanlah mana yang lebih baik. bawak pemerintak sekular ke atau ulama tadi.Wassalam.

    ReplyDelete
  10. MAI KITA PAKAT BIAKOT BLOG NI TAK DA FAEDAH, TAK BERMAKLUMAT, MORAL RENDAH,BIAQ DIA SYOK SENDIRI.BUAT DOSA JE

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.