Skip to main content

Kisah 2 Civil Eng rebah pengsan.

Oleh : AdukaTaruna

Disman si Civil Eng sedang berdebat berdebik bersama 2 rakannya, juga dalam bidang yang sama, dalam penentuan bahan, reka bentuk, kos sebuah rangka bumbung rumah.

"Kita masih dalam target 40% untung walau kita guna kayu Cengal. Mengapa perjudikan kuality dan brand syarikat dengan menurunkan kualiti Cengal kepada Merapuh?" Disman dah berbulu.

"Beb. Cengal tak cantik ma. Skang ni, perjanjian dengan pemilik rumah, dia suruh kita buat cantik-cantik. So, syarikat nak ikut siapa? Nak ikut lu ke, nak ikut customer?" bantah Xenan.

Suasana meeting semakin panas.

"Macam ni lah." Rakannya, Hanz, yang banyak membisu dari tadi akhirnya bersuara.

"Kalau kita berbalah, kita kembalilah kepada Al-Quran dan Hadis. Inilah Kepimpinan Ulama."

"Bagaimana?" Soal Xenan dan Disman hampir serentak.

"Ana akan talifon member ana. Ulama Uma Tantawi. Kita rujuk pada dia. Ana loudkan speaker."

Xenan kerut dahi, Disman telan air liur.

"Hello, assalamualaimum."

"Waalaikumussalam. Anta ke tu Hanz?"

"Naam ya Syeikh Uma. Ana la ni. Ana nak bertanya satu perkara la."

"Sila-sila ya akhi. Apa dia?"

"Ana nak mohon pandangan ustad la. Rakan ana dari tadi dok berbalah lagi ni."

"Pasal apa?"

"Pasal pemilihan kayu untuk bumbung rumah. Mohon ustaz bagi cadangan."

"Begini ya akhi. Kita ni perlu rujuk kepada hadis dan dalil. Ana 20 tahun menuntut di Mesir. Ana cadangkan mereka guna kayu Kokka......"

Belum sempat ulama Uma memberikan hadis dan dalilnya, Xenan dan Disman sudah terbalik pengsan.

Comments

  1. wa setuju dgn ulama uma tantawi.
    sapa2 yg engkari
    adalah dari golongan yg tidak wala.
    apa hukum org x wala?
    nanti,
    ulama uma tantawi check blk yea.haha


    hampeh punye AT,
    hahaha

    ReplyDelete
  2. Kayu kokka? Kahkahkah..
    Sesekali lawak lu ni AT boleh pecah perut gua. Terbaik dari lu nak sindir puak2 yang tak reti nak mentadbir ni...
    Kahkahkah

    ReplyDelete
  3. Lu letak nama wa Disman dah mcm Dinsman la plak, nampak gaya wa kena karang puisi la pasnih, haha.

    Uma, org x wala' bole kena sambar petir la, ngeee..

    "Kayu kokka wajib digunakan sbb Nabi Ibrahim AS pernah m'gunakannya sbgi bahan utk m'buat bahtera" jelas Ulama Uma Tantawi dgn penuh tegas.

    Haha.

    ReplyDelete
  4. mujur dia belajar di timur tengah, maka guna kayu koka.

    kalau keluaran tempatan, maka guna kayu getah.

    ReplyDelete
  5. hehe.. see AT pun ada sense of humour... well done...get in more like this, bagus aa.
    moral criter tu, as u can guess, kalo ramai orang tahap taksub sembrono, main ikut cakap sorang ustaz & ulama' yg sah bukan pakar bidang tertentu (melainkan dia mmg juga jurutera/ doktor/ pakar tertentu etc), maka akan terjadi bukan lagi 2, 3 orang keliru & boleh pengsan, malah mungkin 'pembunuhan' bisa terjadi.
    Kepimpinan ulama' pada wa mmg penting ler cam perlembagaan hati orang yg beriman tu sendiri..mesti dia tau dia perlu panduan,ilmu agama untuk capai destinasi/target...cuma lg jgn ada kekeliruan & agenda ulama' suk (minta doa dijauhkan ler) yg mendulukan kepentingan (kumpulan) sendiri drp jemaah & semua sekutu (rakyat). Mmg payah determine/nak beza akhir zaman ni, tapi insyaAllah sama-sama kita doa keselamatan drp fitnah sedemikian...doa apa nak baca wa serah kat sapa yg lebih tau hal ni ler. Mungkin lelaki_ini, uma leh kot.

    ReplyDelete
  6. hahahaha..

    aku tak pasti ni cite lawak ke ape..

    kayu kokka tu kira ok la.kalau disuruh guna pelepah kurma..

    ReplyDelete
  7. hahaha.... lawal la citer lu aduka....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  8. Amat menarik perbandingan cerita dengan situasi politik yang berlaku di luar sana.
    Diharapkan semua peringkat pembaca dapat faham maksud yang ingin Saudara Aduka Teruna sampaikan.
    Al-Qur'an pun telah menyebut bahawa bertanyalah sesuatu perkara itu kepada mereka yang ahli @ pakar.

    Saudara Lelaki_Ini,

    Sepengetahuan saya, Nabi Nuh yang membina bahtera, bukan Nabi Ibrahim.
    Maaf andai saya silap. Sama-sama kita semak ya.
    Salam takzim.

    ..Nizam..

    ReplyDelete
  9. A'a sori wa silap, thanx bro. Nizam (",)

    ReplyDelete
  10. nak berqias nampak. tapi kebodohan qias saudara lebih terserlah. ni namanya qias ma' alfariq.... eheheh apabila banyak berkata/menulis makin bertambah jelas kebodohan.

    ReplyDelete
  11. asadi@croc...

    ape kebodohan qias pd artikel tu?

    aku cabar kau nyatakan hujah kau,bukan emosi.

    nanti aduka taruna boleh buat thread hujah kebodohan qias kau tu.

    lepas tu kita sama-sama komen.

    kita bandingkan hujah aduka taruna dengan hujah kau.

    jangan lupa kaitkan sekali dengan qias ma'alfariq kau tu.

    ReplyDelete
  12. sebut pasal ulama ni sebab tulah TGNA mengilhamkan sekolah maahad tahfiz sains.... untuk melahirkan ulama bertaraf profesional..... tengok sekolah maahd tahfiz sains di Kok Lanas, Tumpat, Tanah Merah dan ada 2-3 sekolah lagi..... mereka semua ni pemimpin pelapis yang bukan sahaja ulama tapi juga profesional..... takde la lepas ni PAS dipimpin oleh ulama cap ayam cam sekarang.... haru biru.... kacau bilau jadinya....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  13. mare bebeno abghensem kita ni,
    harap masa mare tu
    masih control hensem...haha

    ReplyDelete
  14. jadi, skang ni apa yg patut kita tuntut drpd boneka umno ni. dan apa yg patut ahli pas lakukan utk selamatkan pas daripada boneka umno ni. takkan nak biarkan aje. semakin bermaharajalelalah mereka.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.