Skip to main content

Kisah 2 Civil Eng rebah pengsan. (3)


Oleh :
AdukaTaruna

Disman si Civil Eng sedang berdebat berdebik bersama 2 rakannya, juga dalam bidang yang sama, dalam penentuan bahan, reka bentuk, kos sebuah rangka bumbung rumah.

"Kita masih dalam target 40% untung walau kita guna kayu Cengal. Mengapa perjudikan kuality dan brand syarikat dengan menurunkan kualiti Cengal kepada Merapuh?" Disman dah berbulu.

"Beb. Cengal tak cantik ma. Skang ni, perjanjian dengan pemilik rumah, dia suruh kita buat cantik-cantik. So, syarikat nak ikut siapa? Nak ikut lu ke, nak ikut customer?" bantah Xenan.

Suasana meeting semakin panas.

"Macam ni lah." Rakannya, Hanz, yang banyak membisu dari tadi akhirnya bersuara.

"Kalau kita berbalah, kita kembalilah kepada Al-Quran dan Hadis. Inilah Kepimpinan Ulama."

"Bagaimana?" Soal Xenan dan Disman hampir serentak.

"Ana akan talifon member ana. Ulama Uma Tantawi. Kita rujuk pada dia. Ana loudkan speaker."

Xenan kerut dahi, Disman telan air liur.

"Hello, assalamualaimum."

"Waalaikumussalam. Anta ke tu Hanz?"

"Naam ya Syeikh Uma. Ana la ni. Ana nak bertanya satu perkara la."

"Sila-sila ya akhi. Apa dia?"

"Ana nak mohon pandangan ustad la. Rakan ana dari tadi dok berbalah lagi ni."

"Pasal apa?"

"Pasal pemilihan kayu untuk bumbung rumah. Mohon ustaz bagi cadangan."

"Begini ya akhi. Kita ni perlu rujuk kepada hadis dan dalil. Ana 20 tahun menuntut di Mesir. Ana cadangkan mereka guna kayu Kokka......"

Belum sempat ulama Uma memberikan hadis dan dalilnya, Xenan dan Disman sudah terbalik pengsan.


**************************************


Ketika xenan dan Disman sedar dari pengsan, para pekerja sudah pun memasang atap genting. 80% siap.

xenan berlari mengarahkan pekerja berhenti.

"Stop! Stop it!"

"Ada apa masalah anta?" Sapa ulama uma Tantawi dengan lunak sambil tersenyum. Tangan keduanya di belakang. Wajahnya jernih. Ada tanda lebam di dahi.

"Lu guna kayu kokka ke as rangka bumbung? Lu gila ke?"

"Masyaallah akhi. Jangan dihina sunnah."

"Sunnah tengkorak mu. Apsal lu tak guna kayu sugi jer." Disman dah panas hati.

"Astagfirullahalazim... jangan hina sunnah nabi. Boleh jatuh kafir."

"Kafir jadah apa? Lu tahu tak berapa ketegasan kayu kokka perinci padu? Lu tahu tak berapa luas atap genting dan berapa tan beban yang kayu kokka kena tanggung."

"Bawak2 mengucap akhi. Yakinlah pada Allah. Kayu tiada kuasa. Kayu Musa pun boleh jadi ular."

Brrruuuuoooommmmmm!!

Tiba-tiba seluruh bumbung runtuh sekelip mata. 9 pekerja Indonesia mati.

"Ya akhi. Kita kena percaya Qada dan Qadar. Ijtihad satu-satu ulama ada 2 pahala. Satu pahala ijtihad, satu lagi pahala kalau ijtihad tu tepat."

"Habis? Yang tak tepat ni lagu mana?" Bentak Disman.

"Ana dapat satu pahala jer la."

Kali ni ulama Uma Tantawi pulak yang pengsan ditumbuk xenan.


**************************************


Berita ulama Uma Tantawi pengsan ditumbuk xenan merebak pantas. Rakannya, jurutera Hanz bergegas ke lokasi. Ketika sampai suasana hiba menyelubungi rakan2 dan kaum keluarga mangsa. 9 mayat pekerja Indonesia telah selamat dikeluarkan.

Ulama Uma Tantawi masih pengsan. Hanz menuju ke sisinya. Kebetulan ulama Uma Tantawi tersedar dan membuka mata.

"Inilah sunnah orang yang berjuang...." Ulama Uma Tantawi membuka bicara perlahan.
Hanz masih bungkam dengan seribu satu soalan.

"Nabi dulu lebih teruk dari ni. Bilal kena himpap batu besar atas padang pasir yang panas." Kata ulama Uma Tantawi sambil menyelok poketnya, mengambil hensetnya.

"Akhi Hanz. On bluetooth henset anta kejap." Pinta ulama Uma Tantawi. Hanz menuruti permintaan itu.

"Kenapa terjadi sebegini? Kenapa Tuan Guru berbohong mengatakan kayu Kokka selamat untuk rangka bumbung?" Hanz sudah tidak sabar.

"9 pekerja muslim terbaik kita terkorban. Keluarga mereka kehilangan tempat bergantung."

"Ya akhi... dalam Islam ada tipu sunat. Kan ke ulama Hadi pun tipu kata DAP dan PKR telah setuju tentang UG..."

Ulama Uma Tantawi pengsan sekali lagi. Kali ini ditumbuk Hanz sendiri.

Treeeet. Bunyi henpon Hanz.

Nasyid Sunnah Orang Berjuang selamat dipindahkan.

Comments

  1. y cerita kali ni not so best?
    [URL="http://ushahidu.blogspot.com"]blog saya[/URL]

    ReplyDelete
  2. Ulamak Hadi menipu kata PKR dan DAP setuju UG. Ulamak Mat Iraq menipu kata ada rasuah dalam pemilihan parti. So salahkah ana menipu?
    -Ulamak Uma Tantawi

    ReplyDelete
  3. wa dah agak sebelum ni, bukanlah isu UG yg nk diserang sebenarnya, tapi ULAMAK..isu UG ni hanya alasan nk menghentam ulama2..

    mujo ada Nik Aziz, kira orang tak nmpak sgt la motif nk serang ulama'ni, ye dak aduka?

    skang, sebab aduka, habis pengikut2 dia duk guna perkataan ulama' bila nk maki hamun..contoh mcm komen atas ni, letak tittle ulama nk tunjuk konon ulama'2 ni tak betul..contoh, "ulamak hadi penipu" dan sebagainya..

    tak pasal2 ikut stail musuh Islam...benci satu/dua sekolah agama yg hasut benci kerajaan, tapi habis semua sekolah agama yg kene ban/sekat...

    nasihat: pada pengikut At, hati2..kita tak tahu selama ni kita takjub dan kagum dgn penulisan/gaya/keterampilan seseorang itu, rupanya dia jauh dari jalan Allah...matlamat tidak menghalalkan cara..ingatlah, kenapa ulama diletakkan taraf yg kedua selepas nabi2..

    ReplyDelete
  4. Wa ingat bukan semua yg hentam golongan ulamak tu sbb benci golongan ulama'. Wa sokong sapa yg hentam/marah-2 sbb benci kesilapan tertentu ulama (sbb mrk jg manusia yg tersilap) untuk tujuan pendedahan & pembetulan kesilapan oleh ulama' itu sendiri. Krn kesilapan tertentu ulama' akan memberi kesan yg sgt besar kpd ummah, maka perlu diluruskan kembali. SEKALI diingat, wa hanya b'sama mrk yg berani tegur ulama' (ok cara tu kena beradab gak ler patutnya).

    Kot AT adalah antara mrk yg mmg tak suka ulama' tu wa tak campur la...hehe..walau berani krn benar sekalipun?

    ReplyDelete
  5. duka ni attack apa yang taboo dalam minda Melayu jer. dah lama sy perhati. kalau Melayu taboo dgn ulama, mmg dia akan attack word ulama tu.

    ReplyDelete
  6. AT nih cam wolverine la kot..ala yg cam werewolf tu la, eh bukan yg hat muncung pjg & ada siung tu..tu b***...jd AT ada sifat cam binatang buas, mmg dia ganaz & tak b'ati porut, dia akan terkam mangsa dia, gigit tengkuk & baham sampai tggl tulang jo...hehe...tapi dia hero dlm pilem tu (blog dia), tak leh buat pa ler, sapa-2 tak puas ati, leh la tutup mata & idung kalo tak tahan...hehe

    ReplyDelete
  7. bukan pengikut AT bro..tapi buka minda masing2,berfikir dan bukan sekadar mengikut saja.oo org tu ulama,ikut aje apa dia kata.

    ReplyDelete
  8. bodoh punye Melayu!

    asal pendapat same je kate pengikut.
    asal pendapat same je kate penyokong.
    asal pendapat same je kate satu kapal.

    kalau macam tu jika Haji Hadi sokong usaha kebajikan mangsa banjir oleh persatuan Kristian maka Haji Hadi penyokong Nasrani ke?

    bodoh piang punye Melayu!

    lu ingat Aduka tu sape ade pengikut? he's nobody.
    orangnye pun tak kenal.
    bodoh tak boleh diajar punye Melayu!

    ReplyDelete
  9. Salam,
    Aku bukan nak ttg ulama, tapi kat sini kami ni tak mau wala' babi buta, tu je, Dulu ulama2 nie ajar jgn wala' pada pemerintah yg zalim dan tak taat pada allah, jd adakah salah kami menolak pimpinan yg nak sekongkol ngan umno yg zalim dan tak taat kat allah ni. Kalu kita nak maju, kita kena brani dikritik, coz ngan kritikan baru kita boleh lihat kelemahan kita untuk dibaiki. Pada sapa2 yg wala' khinzir buta tu, hg pi le seronok kat blog ampusana ampusini, kat sini kalu sapa betul kita taruk, umno ke pas ke apa je le termasuk le aku sendiri pun rela ditaruk. Korang taruk aku, aku nanti taruk korang. Ok, Peace.......

    ReplyDelete
  10. Salam,
    Wa nak perbetulkan pandangan tentang wala' dan Thiqah pada Ulul Amri dan Ulama,

    wala' yang Ulama teraskan itu ialah berdasarkan syara' dengan displin2 tertentu.

    Yg PAS seru supaya Tidak Wala kepada Ulul Amri itu bukan berdasarkan satu atau 2 hujah, Semua itu berdasarkan kepada disiplin2 ilmu yang diterangkan bersama penegasan menentang pemimpin2 Yang zalim.

    Dan begitu juga jika kita ingin menggunakan Konsep ini ke atas ulama/pemimpin yang tidak kita setujui seperti dlm PAS.
    Kita boleh menolak tapi dengan disiplin2 yang digariskan oleh ulamak2 terdahulu, bukan dengan hanya 1,2 perkara dan beberapa sokongan keratan akhbar.

    Jika kita tak nak wala' kepada TGHH dan beberapa Pemimpin PAS yang lain, konsep ini tidak lari.
    pemahaman Wala' dan thiqah ini bergantung pada dalil aqli dan Naqli tidak berlawanan dgn hujah yang dikemukakan.

    Sama juga contoh perang Siffin di zaman Saidina Ali,

    Ada sahabat wala' kepada Muawiyah atas beberapa hujah yang kuat dan bersandarkan Hadis dan Quran.
    Ada Juga sahabat wala' kepada Saidina Ali atas hujah yang kuat juga.

    Sekalipun dalam masa sekarang, Ramai yang tidak Sokong TGHH, pendekatan secara ISLAM wajib diteruskan, Kita ini Muslim bukan gelandangan kota raya. Kita ini berakal bukan otak kambing.

    Kita ingin membina negara dengan ISLAM, bukan dengan cara Yahudi.

    Dan ada juga yang berkecuali atas beberapa Hujah yang kuat. Ada riwayat menyatakan tidak lebih 30 sahabat yang mencampuri dalam krisis ini.

    Ulasan Artikel ini:

    Orang yang diangkat ulama ini bukan kerana mereka mengaku ulama tetapi kerana dipersetujui taraf ulama di kalangan mereka yang berilmu.

    Seorang ulama takkan digelar ulama jika hanya belajar sekolah pondok tetapi tiada dapat dia mengajarkannya semula.
    Ulama juga terbatas pengetahuannya dalam bidang2 tertentu seperti dunia dan sebagainya.

    Ulama digelar ulama kerana peranannya diiktiraf masyarakat setempat dan dikelilingi oleh Ahli ilmu bidang lain yang menjadi kepada pelengkap hidup dunia dan akhirat.
    Fungsi Ulama ialah supaya dalam setiap tindakan mahupun amalan dunia dan akhirat, semua itu hendaklah tidak menyalahi undang2 ALLAH dan sunnah RasulNYA.

    Jika dalam isu engineering, Ulama tidak bagi nasihat tentang bahan tetapi memberi nasihat supaya tiada khianat dlam proses engineering tersebut.

    Jika dalam isu pembinaan, ulama tidak memberi nasihat tentang ukuran dan qualiti bahan, tetapi Ulama menegaskan supaya pembinaan itu hendaklah benar dari segi bahan binaannya dan benar dari segi perlaksanaannya.

    Artikel ini too cynical utk title ulama kerana kita merendak taraf cara kita kembali kepada ulama itu sendiri.

    Kita merujuk ulama bukan dalam isu bagaimana Mahu kita laksanakan.
    Kita merujuk Ulama untuk memastikan cara kita tidak melampaui lunas2 ISLAM.

    Kita pun faham, ada Ulama yang Pintar dan ada Ulama yang Kurang Pintar.
    Ada ulama baik dan ada ulama jahat.
    Tetapi menghukum baik dan jahat itu perlu ada dalil yang jelas dan Selari dengan Quran dan hadis.

    Kita tidak mahu melakukan sesuatu yang zalim.
    Zalim kepada diri sendiri.
    Zalim kepada Masyarakat.

    Ambillah iktibar surah AL-Asr;

    "Demi Masa"
    "Sesungguhnya manusia itu dalam Kerugian"
    "Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh"
    'Yang menyeru kepada Kebenaran, dan Yang menyeru dengan kesabaran"

    Kita, orang yang Beriman hendaklah menyeru KEBENARAN dengan KESABARAN.

    Jika tidak, jadilah kita orang2 yang rugi walaupun kita BENAR...

    ALLAHUAKBAR!!!1

    ReplyDelete
  11. Bpdph lembu. Buktikan saja TGHH menipu. Lu ingat LGE tu wakil mutlak DAP kah?

    ReplyDelete
  12. LGE tu sapa?
    ajk DAP ke?
    hadi bckp pasai UG ni dgn sapa?
    dengan ajk dap ke?
    or dgn pgerusi DAP?
    klu hadi ckp dgn ajk DAP
    memang patutlah LGE x tahu.hehe

    so salah sapa?
    klu hadi bckp dgn ajk DAP
    bukan dgn pggerusi DAP.?

    kesimpulan nya,
    hadi mungkin terangkan bukan pd pgerusi DAP iaitu LGE.hehe

    ReplyDelete
  13. Kau ingat LGE saja pemimpn DAP?

    Satu lagi, Pengerusi DAP Karpal la kawan. LGE tu SUA.

    Sila baca komen Ali zaidan. Topik bila ulama kencing berdiri. TGHH cakap lain, LGE disoal ttg hal lain.

    ReplyDelete
  14. hai anon di ats, promote komen sndiri nmpk? ali kazzab takde teloq, wakaka

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.