Skip to main content

Kisah 2 Civil Eng rebah pengsan. (2)


Oleh :
AdukaTaruna

Disman si Civil Eng sedang berdebat berdebik bersama 2 rakannya, juga dalam bidang yang sama, dalam penentuan bahan, reka bentuk, kos sebuah rangka bumbung rumah.

"Kita masih dalam target 40% untung walau kita guna kayu Cengal. Mengapa perjudikan kuality dan brand syarikat dengan menurunkan kualiti Cengal kepada Merapuh?" Disman dah berbulu.

"Beb. Cengal tak cantik ma. Skang ni, perjanjian dengan pemilik rumah, dia suruh kita buat cantik-cantik. So, syarikat nak ikut siapa? Nak ikut lu ke, nak ikut customer?" bantah Xenan.

Suasana meeting semakin panas.

"Macam ni lah." Rakannya, Hanz, yang banyak membisu dari tadi akhirnya bersuara.

"Kalau kita berbalah, kita kembalilah kepada Al-Quran dan Hadis. Inilah Kepimpinan Ulama."

"Bagaimana?" Soal Xenan dan Disman hampir serentak.

"Ana akan talifon member ana. Ulama Uma Tantawi. Kita rujuk pada dia. Ana loudkan speaker."

Xenan kerut dahi, Disman telan air liur.

"Hello, assalamualaimum."

"Waalaikumussalam. Anta ke tu Hanz?"

"Naam ya Syeikh Uma. Ana la ni. Ana nak bertanya satu perkara la."

"Sila-sila ya akhi. Apa dia?"

"Ana nak mohon pandangan ustad la. Rakan ana dari tadi dok berbalah lagi ni."

"Pasal apa?"

"Pasal pemilihan kayu untuk bumbung rumah. Mohon ustaz bagi cadangan."

"Begini ya akhi. Kita ni perlu rujuk kepada hadis dan dalil. Ana 20 tahun menuntut di Mesir. Ana cadangkan mereka guna kayu Kokka......"

Belum sempat ulama Uma memberikan hadis dan dalilnya, Xenan dan Disman sudah terbalik pengsan.


**************************************


Ketika xenan dan Disman sedar dari pengsan, para pekerja sudah pun memasang atap genting. 80% siap.

xenan berlari mengarahkan pekerja berhenti.

"Stop! Stop it!"

"Ada apa masalah anta?" Sapa ulama uma Tantawi dengan lunak sambil tersenyum. Tangan keduanya di belakang. Wajahnya jernih. Ada tanda lebam di dahi.

"Lu guna kayu kokka ke as rangka bumbung? Lu gila ke?"

"Masyaallah akhi. Jangan dihina sunnah."

"Sunnah tengkorak mu. Apsal lu tak guna kayu sugi jer." Disman dah panas hati.

"Astagfirullahalazim... jangan hina sunnah nabi. Boleh jatuh kafir."

"Kafir jadah apa? Lu tahu tak berapa ketegasan kayu kokka perinci padu? Lu tahu tak berapa luas atap genting dan berapa tan beban yang kayu kokka kena tanggung."

"Bawak2 mengucap akhi. Yakinlah pada Allah. Kayu tiada kuasa. Kayu Musa pun boleh jadi ular."

Brrruuuuoooommmmmm!!

Tiba-tiba seluruh bumbung runtuh sekelip mata. 9 pekerja Indonesia mati.

"Ya akhi. Kita kena percaya Qada dan Qadar. Ijtihad satu-satu ulama ada 2 pahala. Satu pahala ijtihad, satu lagi pahala kalau ijtihad tu tepat."

"Habis? Yang tak tepat ni lagu mana?" Bentak Disman.

"Ana dapat satu pahala jer la."

Kali ni ulama Uma Tantawi pulak yang pengsan ditumbuk xenan.

Comments

  1. hehe... sibaik bukan wa kena tebik tu.. wa cadang buat lawak isu UG lak AT woii...sbb kita nak kendurkan sikit mana & sapa yg tegang-tegang tu..hehe

    ReplyDelete
  2. hukum tumbuk ulama uma tantawi
    pewaris nabi.
    sendiri mau ingat laaa
    x kan x baca quran hadis kot
    sirah ada tumbuk ulama tak?
    hihi

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Aku pembaca setia blog AT nie, dan aku dalam bidang Civil Eng. ni, ari ni aku betul2 gelak le, release tension ngan UG nie.....
    Apa2 pun bravo bro keep going, ok.......

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...