Skip to main content

Kepimpinan Ulama ke mahkamah.


Akhil mahu selesai kes secara maaruf

IPOH: Pengacara dan penceramah bebas, Akhil Hayy, atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai, 40, mahu menyelesaikan kes tuntutan cerai isterinya, Maizawati Zainal, 33, dengan cara paling baik.

Akhil yang juga dikenali sebagai 'Ustaz Rock' berkata, ramai pihak terutama rakan serta saudara mara, termasuk di kalangan ahli keluarga Maizawati, memberi sokongan moral kepadanya dalam menghadapi kes berkenaan.

"Benda ni ana (saya) nak selesaikan dengan cara paling maaruf (baik)," katanya ketika ditemui selepas prosiding kes mereka hari ini.



Mengenai penangguhan kes itu, Akhil berkata ia disebabkan dokumen tidak siap dan tuntutan tidak dibuat secara terperinci oleh kedua-dua pihak.

"Pihak yang nak mencabar kredibiliti (saya) sebagai pendakwah, pihak kawan dan lawan, mungkin sekarang berpuas hati dengan apa yang berlaku.

"Apa hal pun tunggu keputusan mahkamah tetapi perkara yang penting ialah (keadaan) kondusif, ketenangan, kedamaian..ianya sedang dicatur oleh Tuan Punya dunia..tak apalah, mungkin hari ni hari kau, esok-esok pula hari aku," katanya.

Sementara itu, Maizawati berkata beliau tidak ada sebarang masalah untuk bersemuka dan berbincang dengan Akhil bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

"Ini semua ketentuan Allah, selepas ini apa-apa pun saya serahkan kepada peguam..kita tengok apa yang akan berlaku.

"Saya tidak boleh bagi komen, harap semua bersabar dan tengoklah pada 15 Julai nanti (sama ada akan bercerai atau tidak)... Saya akan teruskan hidup macam biasa sehingga 15 Julai," katanya.

Maizawati juga enggan menyatakan perasaannya apabila dapat bersemuka dengan Akhil selepas kali terakhir berjumpa pada Februari lalu.

"Saya tidak boleh memberi apa-apa penjelasan tetapi yang pastinya ikut cara yang sepatutnya," katanya.

Comments

  1. salam...akhil hai tak pernah jadi ulama'lah AT...AT selalu tertukar ulama' dengan ular dalam semak...ulama sebenar AT kata "ular dalam semak"...ular dalam semak dikata ulama'....kompius ke AT????Kalau kompius,belajarlah untuk membetulkan kekompiusan itu.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.