Skip to main content

Kalaulah 2 ekor badut ni tak buat hal..

Gua masih tak puas hati beb. Benda kita boleh menang secara taktikalnya. Atas kertas beb. Jelas. Umpama Beckham tendang penalty tak masuk gua rasa. Kalau gua penyokong England la.

Mungkin gua terlepas pandang, tapi cuba lu cari kat Utusan jap. Tak tulis langsung berapa undi Husam dan berapa undi Mat Sabu. Undi Nasha jer yang dia tulis.

Kalau si badut Mat Sabu tak menyibuk, kan selamat. Kan selesai masalah.

Kalau si badut Husam mengalah, kan ke gila meroyan MyKMU dan Utusan.

Berbulu habes beb. Benda yang pasti boleh score punya. 2-2 jalan sama. Anti UMNO. Mat Sabu siap warning sapa2 yang berunding dengan UMNO perlu dipecat. Lagi keras dan ganas.

So, kenapa demi kuasa, diorang leh jadi badut? Adeh..... cerdik dalam bangang namanya beb. Kuasa punya hal, diorang sanggup serahkan peluang menang tu kat musuh.

Memang badut la pemimpin muslim ni. Tak paham gua.

Husam dah bagus dah. Dah tahu dah realiti itu. Siap hantar rundingan dengan Mat Sabu lagi. Tapi dah Mat Sabu degil, mengalah jer la. Janji bukan UMNO.

Yang Mat Sabu plak, dah tahu dah dia underdog, jangan la jagi anjing kacau orang. Budus!

Comments

  1. Sudah lah AT ooi..
    Dah lepaih dah.. mai la kita pakat2 bersatu ngan Umno plak.. isk..isk..

    Aku pun semak kepala gak nie..

    ReplyDelete
  2. Tuan,
    Aku rasa lah ini bukannya perang kelompok dalam PAS. Ini lebih kepada memilih individu untuk memimpin.
    Kalau mahu kelompokkan juga aku kira ikut pembahagian Nasruddin Hassan Tontawi iaitu 3 tungku(elemen) lebih tepat: Ulama, profesional dan Aktivis.
    Yang menang tungku ulama'. Dua lagi tungku iaitu profesional dan aktivis takkan nak berpakat kerana mereka wakil tungku masing-masing.
    Patutnya Mat Sabu yang menang sebab dalam PAS tungku aktivis paling ramai, namun akal mereka lebih dipengaruhi oleh ulama maka mereka pilihlah ulama. Iyu yang aku nampaklah!

    ReplyDelete
  3. bagi wa pasni ahli² PAS (wa bukan ahli.... wa cuma penyokong yang undi PAS jer)kena bertegas skit ngan pemimpin PAS... jangan bagi muka..... kalau ada usaha nak khianat parti elok bersuara lebih tegas lagi..... jangan bagi muka.... majoriti ahli n perwakilan masih cenderung setia kepada parti lagi..... wa masih yakin ngan PAS tapi kalau pemimpin PAS makin bongkak n sombong tak nak dengar hasrat akar umbi mungkin paling kurang satu undi wa akan kurang untuk PAS PRU13 nanti....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  4. hehe..KJ dh bg hint muzakarah PAS-UMNO akan dilaksanakan lagi selepas ini..

    http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0607&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_03.htm

    ReplyDelete
  5. Kalau betul terjadi muzakarah antara PAS-Umno lepas ni, aku akan haramkan undi aku dan famili aku pada PAS, kurang la 10 undi pada PAS.

    ReplyDelete
  6. cukuplah tu AT..saya nak tanya awak berjuang untuk islam atau untuk husam..
    dan kepada azman x mau undi pas sudah lah..ahli pas sam'u wa taah kepada pemimpin..bukan macam barua at yang hina pimpinan..

    ReplyDelete
  7. inilah kebodohan tahap cipan Hadi awang!!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...