Skip to main content

JOM KITA LAWAN !

Berikut ialah email yang saya terima dari seorang ahli PAS yang pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS kawasan (saya tak edit sikit pun):
Assalammualaikum wbt Dear Pak Bakaq,

1.Semenjak habisnya Mukhtamar PAS 2009 jiwa saya tidak senang dan senantiasa tertanya-tanya akan halatuju PAS .

2.Persoalan akan halatuju PAS dengan kepimpinan yang dibawa oleh Presiden ,Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS bukan saja menghantui saya, malah perasaan sedih juga meresap dijiwa.Sedih kerana PAS suka 'shoot its own foot'.Sedih kerana apabila PAS dan rakan-rakan didalam Pakatan Rakyat sudah dalam 'cruising mode' gear 5, tiba-tiba nak masuk gear 'gostan' (i.e. patah balik dalam bahasa Kedah).

3.Pilihanraya Umum Mac 2008 merupakan satu titik tolak baru dalam sejarah politik negara.Lebih kurang 49% daripada pengundi yang menolak UMNO/BN.Pada mulanya saya beranggapan bahawa ini hanyalah 'an occurance' atau hanya satu 'event' rakyat hendak mengajar UMNO/BN.Saya juga berpendapat bahawa susah untuk rakyat 'continously reject' UMNO/BN, sebabnya persepsi UMNO/BN = Malaysia menular disanubari majoriti rakyat.Namun pilihanraya-pilihanraya kecil diPermatang Pauh, Kuala Terengganu,Bukit Selambau,Bukit Gantang dan Penanti memberi kefahaman yang berbeza kepada saya.Daripada 'an occurance' atau 'only an event' penolakan rakyat terhadap UMNO/BN telah menular kepada satu 'trend' dan keputusan diBukit Selambau dan Penanti adalah bagi saya satu manifestasi akan citarasa rakyat BERKEHENDAKKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT ! Bagi warga koperat, ini bermakna Kerajaan Pakatan Rakyat adalah 'VIABLE'.

4.Didalam dunia koperat persaingan adalah lumrah.Setiap syarikat malah individu akan berlumba bersaing.Didalam perlumbaan ini ada batasannya, nilai-nilai moral dijaga dan ini dimanifestasikan dalam konsep dan tindakan 'Rules of Engagement' yang menghormati undang-undang dan pegangan nilai akhlak dan moral masing-masing.Namun sebagai warga koperat saya perasan sejak 10 tahun kebelangkangan ini unsur rasuah menjadi-jadi.Didalam tempoh pentadbiran Perdana Menteri yang ke5, amalan rasuah berkemuncak dan saya rasa dibawah pentadbiran sekarang pun ayat 'amalan rasuah' harus ditukar kepada 'wabak rasuah'.Apabila kita kaji akan fenomina wabak rasuah ini asal usulnya, atau ' the roots of the problem' adalah UMNO.Amalan rasuah menjadi wabak kerana parti ini.Merekalah bukan saja mengamalkan amalan ini, malah mereka mempelopori wabak ini.Teringat kembali saya akan ucapan-ucapan Almarhum Ustaz Fadhil bahawa UMNO ini adalah 'toghut' dan 'toghut' itu jahat dan mengajak masyarakat membuat kerja jahat.Dan rasuah adalah kerja jahat yang paling besar, yang bukan saja meruntuhkan negara, malah empayar sekalipun runtuh kerana wabak rasuah.Andaikata kita tidak membendung amalan rasuah, Malaysia akan hancur....

5.Bagaimanakah kita hendak membendung amalan rasuah dinegara tercinta ini ? Bagaimana bisa Pak (seperti cakapnya orang Indonesia) ? Bagaimana bisa sedangkan UMNO HIDUP dalam rasuah ! Bagaimana bisa,apabila UMNO itu sendiri 'TRIVE ON' rasuah ! Semalam dalam Harakah , Presiden PAS seolah-olah menunggu UMNO berubah kearah kebaikan.Bolehkah 'toghut' berubah ? UMNO dalam mabuknya, dalam rasuahnya, dalam kehinaanya bolehkah berubah ? Atau bukankah lebih baik daripada menunggu dia berubah kita BUANG saja dia !

6.Berdasarkan kepada fakta-fakta yang tertera diatas , saya menjadi bingung apabila Presiden Pas bercakap-cakap tentang Kerajaan Perpaduan.Mula-mula saya ingat kenyataan - kenyataan itu adalah ' slip of the tongue' atau ' a slip of the mind' tetapi tingkah laku beliau sejak akhir-akhir ini menunjukkan bahawa beliau istiqamah dengan kenyataannya.Apabila dilihat jawatan-jawatan penting dalam PAS diisi dengan orang-orang yang sekepercayaan dengannya, ia memantapkan kefahaman saya bahawa Presiden dan orang-orang kuatnya 'will follow up and follow through the unity government with UMNO'.

7.Saya mengambil peluang ini untuk merayu kepada rakan-rakan sekalian yang sayang kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk terus kita berjuang dan berusaha menggagalkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO ini. Dan usaha kita perlulah ditingkatkan kepada landasan kefahaman bahawa andaikata puak-puak mukabalah ni masih nak berkawan dan berkahwin dengan UMNO, mereka pun harus disingkir daripada PAS dan Pakatan Rakyat.Kalau kita perlu 'menebas' mereka sebelum kita hancurkan UMNO, maka adalah wajib bagi kita berbuat demikian.Kita tebaskan habis mereka dan UMNO, barulah negara kita yang tercinta ini dapat ditanam semula dengan benih-benih yang lebih baik.Benih-benih yang dapat memberi kebahagian kepada kita didunia dan diakhirat nanti.

8.JOM KITA LAWAN !

Sekian terimakasih.Wassalam.

Comments

  1. laaaa duka, aku ingat 'jom kita lawan' umno kat Manik Urai nnti..rupanya lawan 'kumpulan' UG ni..haha..

    tak habis2 lg ngn isu UG ni bro..stop kejap...jom tumpu Manik Urai..jangan riso la, PAS xkan masuk umnonye, adehhh takut sgt..

    aku yg agak tegar PAS ni pun xde takut sgt, ko yg bukan ahli PAS lak beriya2 takut..haha..duka2..

    ReplyDelete
  2. ahhhh..pakatan pun sama dah kelepet duit rakyat kt kelantan wat derk jek..tutup mulut dgn duit rakyat gak hasil jual balak

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.
    Saya rasa bukan kerajaan perpaduan itu menjadi soal. Tetapi persoalannya ialah kerja dakwah. PAS sebagai parti politik tidak boleh menutup pintu dakwah. Berbincang bukan bermakna PAS akan mengikut segala cakap umno.

    Kenapa bila Anwar Ibrahim hendak bincang dengan MP umno kita boleh terima, tetapi bila pAS nak bincang dengan umno tidak boleh diterima? Adakah Anwar sahaja yang memiliki kuasa berbincang dan PAS hanya punya kuasa menurut sahaja apa yang Anwar Ibrahim buat?

    Kerajaan perpaduan (dalam bahasa arab disebut Hukumah al-Wahdah al-Wataniah) bermakna kerajaan yang dianggotai oleh semua parti. Tanpa ada pembangkang. Contoh yang paling dekat ialah kerjaan Fatah-Hamas di Palestin. Mereka berpadu membentuk kerjaan menghadapi musuh mereka Israel.

    PAS boleh mencorak apa saja masa depannya. Tetapi harus mengambil kira pandangan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Walaupun Nasa ada pengalaman berbincang dengan umno era Dato' Fadzil Noor dulu, tetapi beliau harus mengambil kira situasi politik kini. Begitu juga dengan TG Haji Hadi yang perlu menghormati pandangan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Jangan peristiwa tersungkurnya PAS di Terengganu berulang.

    Pada masa yang sama, DAP juga harus tolerate dengan prinsip Islam PAS. Sama seperti PAS yang harus menghormati pandangan rakan Pakatan Rakyat, DAP juga harus menghormati rakan dalam gabungan. Kenyataan menyokong isu anti-Islam amat menyakitkan hati orang-orang Islam. Kenyataan-kenyataan dahulu seperti "langkah mayat saya dahulu kalau nak tubuh negara Islam" telah menjadi beban sejarah kepada PAS. Begitu juga dengan penggunaan kalimah Allah, kes-kes pertikaian saudara baru dan lain-lain. DAP harus menghormati orang-orang Islam yang memilih untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia.

    Isu ini bagi orang politikbukanlah isu besar pun. Boleh diselesaikan. Tetapi diperbesarkan dengan kekalahan Husam. Sepatutnya bila kalah, beliau berdiam diri sahaja dan menghormati keputusan para perwakilan. Tindakan beliau menggunakan pentas untuk menyerang Dato' Harun Din di atas pentas amat kurang ajar. Beliau juga membuat analogi kononnya ulama pemimpin PAS akan masuk umno pada suatu hari nanti seolah-olah Nasa yang menang itu akan masuk umno dan beliau akan mati dalam PAS seperti Ustaz Abu Bakar Hamzah. Jahat benar sangkaan itu. Kepada golongan JIM dalam PAS ini, hormatilah tradisi PAS. Hendak bertamu, silakanlah. Tetapi jangan pecahkan pinggan mangkuk dalam rumah.

    Sekian.

    ReplyDelete
  4. Aku tak tau polemik lepas Husam kalah jawatan TP PAS baru dia & orang-2 buat kecoh pasal UG. Pasal yg aku tau aku tak kisah sgt Husam kalah tu. Tapi aku amati sendiri 'gerakan pro-muqabalah' memang makin ligat lepas kebanyakan mereka menang jawatan dlm muktamar tempoh hari. Maka terbukti Husam & yg hat lain kata tu ada sikit kebenaran (dah terserlah masa ni)...Tu yg RAMAI bebulu, bengkek,marah-2,etc perasaan yg membuahkan kesan tak disangka melanda PAS sekarang ni, khasnya kpd. puak 'kerajaang perpaduang' UG. RAMAI di sini adalah kebanyakan ahli PAS & penyokong PR sendiri, rakyat in general. Kalo nak syok sendiri puak UG nih mmg TGNA pun depa langgaq.. Majlis Syura pun kalo tak secerdik bacaan politik cam TGNA usah labun 'dakwah' la. Pi perkemas usrah & tarbiyah ahli PAS serata M'sia dulu.
    Dakwah tu penting tapi buat cara lain la kalo nak dakwah sama UMNO pon. Contoh ajak orang UMNO masuk PAS moga-2 depa paham anjuran PAS camna. Cam dah tadak cara lain nak dakwah selain kita lak kena berkerjasama dgn UMNO-BN? Idea UG ni bukan saja merapu tapi sah idea gila, daripada mereka yg gila kuasa, jawatan dll. Dan RAMAI syak puak 'kerajaang perpaduang' la yg terhegeh-hegeh & menyenden jawatan dlm kerajaang perpaduaang nanti (jika idea ni jadi kenyataan..nauzubillah). Time will us more.

    ReplyDelete
  5. typo..mengenden..bukan menyenden...wa silap tang tu ...hehe

    ReplyDelete
  6. Laporan media aku copy dari blog husam:

    Beliau juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri.

    "Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya.

    -------------------

    Inilah 'antara' gambaran UG yang diilhamkan oleh TG Hahi Hadi.

    Kenapa TGNA dah sedap hentam-hentam Nasha baru sebut hal ni?

    Apa yang TG NIk Aziz faham tentang UG yang diilhamkan oleh TGHA sebelum ini?

    Adakah TGNA silap faham tentang UG, yang dalam kepala beliau "bawa PAS masuk UMNO/BN"?

    Siapakah yang memberi nasihat kepada beliau dalam isu UG?

    Kenapa Husam highlightkan artikel Tok Guru suh Nasha masuk UMNO?

    ReplyDelete
  7. ibnu ali, TGNA dah sebut benda tu sejak dulu lg. rujuk artikel 'kerja2 bodoh dlm Pas' tulisan nik abduh. TGNA cuma ulang smula dan beri penegasan. masalah utama ialah TGHH timbulkan benda ni tanpa penjelasan lengkap. pimpinan, ahli, pengundi, parti lawan smua bingung dan tertanya2. klu TGHH timbulkan beserta pelan yg lengkap, tak timbul kekeliruan, tak wujud manipulasi media.

    -orang utan-

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.