Skip to main content

Husam jangan menyemak sangat.

Calon Pas akan diumumkan

KOTA BHARU 3 Jun - Pas akan mengumumkan calonnya bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai seminggu sebelum penamaan calon, 6 Julai ini.

Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pihaknya telah menyenarai pendek bakal calon bagi pilihan raya kecil kawasan tersebut dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk diumumkan.

Beliau berkata, calon-calon itu disenaraikan hasil maklum balas semua pihak terutama akar umbi yang akan mengundi di DUN Manek Urai.

''Calon sudah ada tetapi tidak boleh bagi tahu lagi, seminggu sebelum penamaan calon kita akan umumkan,'' katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas persediaan parti itu untuk menghadapi pilihan raya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini.

Pada gua, dalam tajuk PRK Kelantan ni, berikutan keadaan semasa, Husam jangan menyemak. Jangan menyibuk keluar kenyataan. Bio TGNA handle. Lu tu dah la ramai dengki. Kasi slow down sket. Demi jemaah.

Sebab ada beberapa gelagat Husam yang gua tak berkenan baru2 ni.

1. Pengumuman Dewan Harian memanggil ulama bangang. Daud Iraqi. Spoil beb pada gua. Patut, Hadi atau orang lain yang buat kenyataan tu. Barula takda back fire.

2. Kenyataan media dia yang menawarkan diri bertanding, dimasukkan unsur menyerang Nasha. Tak boleh beb. Lu pemimpin PAS sesama pemimpin PAS lain. Mana boleh bertindak macam blogger vs pemimpin PAS.

Walau seandainya gua adalah perwakilan, wa akan undi Husam demi taktikal Islamic State, tp dalam tajuk ini, gua minta Husam belajar dari Mat Sabu.

Dia bertanding atas diri dia, demi jemaah. Keburukan, kelemahan lawan dia tak mahu sentuh langsung. Yang dia sentuh ialah kenapa, sebab apa dia bertanding. Apa yang dia boleh buat kalau dia sebagai Timbalan. Kalah ke menang dia tak kisah.

Ini sepatutnya. Cara blogger adalah cara blogger. Cara pemimpin mana boleh tiru cara blogger. So, gua harap lu repair dan belajar sket.

Jangan besar kepala macam Anwar sudah. Memang takda tempat la lu dalam blog gua ni.



Comments

  1. mcm la Datuk Husam teringin sgt nak msk blog lu ni aduka

    ReplyDelete
  2. wa ingat datuk husam kena link dengan lu punya blog baru dapat balance. pedih ke, suka ke, guris hati ke...yang penting boleh timbang-timbangkan

    ReplyDelete
  3. setuju dgn lu bro,
    elok gak katok pale husam skit2..haha

    ReplyDelete
  4. nak jd pemimpin no 2 dlm harakah islamiyyah ke mcm nih? akhla xcomey bey, dpt penyokong dr blogger pong xcomey jugak akhlaknya, tp itula biasa org xberakhlak sokmo sokong yg tiada adab dan kureng berakhlak ke guane? kat mate ore xberakhlak selalu nampak baik je dgn ore yg dia bersetuju dgn berbagai justifikasi utk menyokongnya .

    ReplyDelete
  5. betul ke aku dengar husam ni cucu pahlawan Mat Kilau? kalau betul, memang wajib la jadi TP.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu