Skip to main content

Debat : AdukaTaruna vs al_madd.

Tajuk : UG : Penyelesai masalah atau penambah masalah.

Panel : AdukaTaruna (bebas) vs al_madd (PAS pro UG)

Tarikh :

Ahad 21 June 2009
12 tengah malam.

Tempat : http://adukataruna.blogspot.com/ (kat TKO kompom kena delete)

Medium : Ruangan komen di N3 khas.

Catitan :

1. Saudara al_madd boleh tarik diri

2. Selain al_madd boleh tawar diri, lebih ramai lebih bagus.

3. Hanya nama yang menawarkan diri, dan mempunyai akaun google sahaja dibenarkan debat. Yang lain, akan dipadam.

4. Ulama2 yang takut dan mahu mendaftar nama baru juga dialu-alukan.

http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=2893#65045

Comments

  1. Salam ... semoga rahmat Allah bersama anda sekeluarga..

    Saya mohon maaf sekiranya anda terkilan dengan kenyataan saya di Blog Aduka Teruna..

    Saya tidak bermaksud nak membelakangi ataupun menghina Tuan Guru Haji Hadi dan Ust Nasha..
    Saya menyatakan sedemikian kerana saya tak mahu perjuangan ini nanti terkubur begitu sahaja..

    Atas sebab itulah saya mahu sekiranya kita ada niat bersama dengan UMNO kita perlulah kembali kepada perjuangan asal kita..

    Setelah lama kita berjihad menentang kemungkaran UMNOBN tiba2 apabila mereka dalam keadaan lemah kita berikan pula talian hayat bagi mereka..
    Lupakah kita setiap prenindasan yang mereka kenakan terhadap kita..Saya tak mahu perjuangan kita sia2 hanya nak memberikan peluang kepada sebuah Parti munafik yang kita dah berikan peluang untuk berubah berpuluh tahun lamanya.

    Apakah UMNO mengambil iktibar dari kekalahannya dalam PRU yang lalu..? Sudah tentu tidak saudara..malah mereka masih bersikap menindas kita serta merampas pula kuasa kita di Perak dengan jijik sekali..

    Bukankah kita sering dimomokkan UMNO musuh Islam yang sudah nyata oleh pimpinan kita hatta Tuan Guru Haji Hadi sendiri.. Jadi kenapa perlu kita bergabung pula dengan mereka..?

    Saya sayangkan Perjuangan kita dan Pakatan Rakyat..kerana dalam masa inilah kita dapat melihat betapa semangat dan ramainya rakyat menyokong kita menentang UMNOBN jadi jangan kita hancurkan harapan rakyat yang sememangnya menyokong perjuangan kita dengan kita bergabung pula dengan UMNO .

    Jika salah dan silap harap dimaafkan.. kita manusia tak lepas dari salah dan silap yang penting mahu mengakui dan berubah..

    Jangan seperti UMNO tak mahu mengambil iktibar malah semakin sombong pula sekarang ini...

    Wassalam..

    ReplyDelete
  2. Pakatan Rakyat tu pon dah kira kerajaan perpaduan la..tak pikir ker?

    PAS skrg dah masok perangkap UMNO..UMNO bukan ikhlas,saje nak pecahkan dan celarukan PAS dan PR.Last2 PAS gak puteh mata.BN tolak PAS, PR pon tolak PAS.PAS sorang2 lak..nak ke camni??Ke mana kerajaan perpaduan nye??kita sekarang dah kerajaan perpaduan la..

    UG utk ISLAM katenya..UMNO nak laksanakan ISLAM ker?sekadar retorik boleh la..kerajaan perpaduan ngan PR, PAS blh laksanakan ISLAM, walaupon secara perlahan. Bahagian Agama, konfem PAS dapat handle.

    Ada org cakap, yg berlalu biarkan berlalu,kita bukak buku baru..Kalau buku lama tu dah lama tak tertulis takpe..ni dah banyak,masih tak berhenti tertulis lagi ni haa..

    nak bukak buku baru senang2 jer.??sedarlah orang2 semua..

    takpe, jangan emosi..dengar hujah masing2..and aku yakin korang akan faham masa depan PAS nanti..

    nak debat,debat cara org matang,cara org cerdik..

    selamat berdebat..

    debat utk cari kebenaran,bukan utk cari kemenangan..

    ReplyDelete
  3. PAS perjuangkan ISLAM.
    Tujuan pertama Pakatan Rakyat sudah tercapai iaitu melemahkan BN. Tapi agenda ISLAM seakan terhenti seketika. Sedarkah Kita? kalau nak laksana hudud, Perlembagaan perlu dipinda?
    Dan ketika pakatan rakyat memerlukan Kita dan ketika UMNO/BN lemah. Di saat ini lah kita guna kuasa tawar menawar untuk meminda perlembagaan. Gunakan pindaan supaya Hudud dapat dilaksanakan di negeri2 PAS. Kita hanya ingin mengangkat ISLAM ke tempat sepatutnya. Rasanya, masa inilah, kita ada kuasa tawar menawar. Jangan kita tamak kepada sesuatu yang belum pasti. Kitab tak tahun Bila UBN akan Pupus. Sekuat manapiun kita berusaha menguburkan mereka, kuasa penentu di jalan ALLAH. By logic, semua alat mereka pegang, SPR, Polis, Mahkamah dan lain2 lagi. Jika kita berpegang pada politik dendam, kita hanya bermain politik Murah pilihanraya. Kita perjuangkan ISLAM dan hak rakyat. Bukan perjuangkan kemenangan PRU yang mutlak.

    kita boleh tuduh orang tak bijak, tetapi kita juga perlu sedar akan diri kita.
    pilih pemimpin Untuk dia mengetuai, bukan untuk ditentangi.
    Jika pun ada perselisihan, cuba kembali kepada sejarah ISLAM. Cuba lihat bagaimana reaksi Umat ISLAM ketika Khalid Al walid dilucutkan jawatan panglima perang, sedangkan sebelum itu, Khalid tak pernah Kalah?? Tapi apa Hujah Umar? Umah berhujah supaya Umat ISLAM ingat akan ALLAH, ISLAM bukan menang kerana khalid, tetapi itu semua di tangan ALLAH.

    Fikir-fikirlah sahabat...

    ReplyDelete
  4. Mungkin benar tuduhan Adukataruna. Ulama PAS banyak yang bodoh. kerana mereka lebih setia pada ISLAM daripada setia kepada Kemenangan politik. tetapi setia inilah yang membawa mereka dekat kepada ALLAH.
    Kerana setia inilah, dan bodoh inilah mereka tidak rela ISLAM di bawah.

    Mereka belajar Dari sahabat, dari tabiin,
    Perjuangan Menegakkan ISLAM bukan senang, tambahan pula dalam sistem Demokrasi berat sebelah ini.

    Namun Dalam demokrasi ini, kita boleh guna kuasa tawar menawar supaya ISLAM yang dipegang tidak tergadai.

    Sedangkan kita boleh duduk semeja untuk Keadilan.
    Sedangkan Kita boleh biarkan Non Muslim Minum Arak..
    Kita telah mengalah beberapa perkara dengan Non Muslim, dan tika ini mereka juga perlu mengalaha dengan permintaan kita. itulah Kerjasama namanya? Masing2 ada untung.. Tapi mana untungnya PAS sekarang? satu dasar ISLAM tak dapat tertegak..
    Tidak bolehkah kita meminta supaya Perlembagaan dipinda untuk Hudud dan Hukum ISLAM dilaksanakan di negeri2 PAS??..

    Celikkah kita dengan ISLAM?
    Peka kah kita dengan Keadaan ISLAM?

    Atau kita hanya peka pada Menang?
    Hancur BN? Hancur UMNO??
    Selepas itu, apa agenda kita??
    Sebab itu kita perlu teliti..

    Betul, PAS menang PRU 12 kerana IKLIM semasa? Tapi siapa yang tentukan IKLIM Semasa?
    Siapa takdirkan Anuar Ibrahim Jadi pembangkang?
    Siapa Takdirkan ABdullah Badawi yang lemah Jadi PM??

    kalau kita lupa kerja ALLAH,
    kalau kita lupa akan kuasa ALLAH..
    Siapalah kita?

    -------------

    kalau tiada halangan, wa nak tawarkan diri berdebat gak laa..
    Tapi lebih kepada membetulkan Tanggapan, bukan sokong/lawan UG.

    Tapi wa setuju dengan Topik itu sebagai tajuk debat..!!

    ReplyDelete
  5. Ana cadang debat Adukataruna VS Searchforheaven 1 by 1, tiada gangguan org lain. Tajuk ikut persetujuan bersama. Ana tak sabar nak tengok.

    ReplyDelete
  6. salam....

    saya ingin membuat bantahan..

    saya ingin jadual debat diubah jadi sabtu,tanggal 20..start pukul 5ptg waktu malaysia dan habis hari selasa pukul 5tg juga...

    saya membantah debat mula pkul 12 malam...kena bangun awal solat subuh..tidak menghormati jadual solat saja...mohon diterima...

    ReplyDelete
  7. aku rasa tajuk debat ni tak betul, selesai masalah apa? tambah masalah apa? Apa masalah yang dimaksudkan?

    Sebagai contoh kereta kancil selesaikan masalah orang tak cukup duit nak beli kereta besar untuk memiliki kereta tapi menambahkan masalah kesesakan jalanraya...ha...kalau macam gini open punya tajuk sampai bila pun tak selesai

    adjust balik tajuk tu

    ReplyDelete
  8. saya setuju dengan student pondok panas...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.