Skip to main content

Cerita anak-anak tikus.

Oleh : AdukaTaruna

"Nak pergi mana cikgu?" Tanya ketua murid. Seekor tikus yang memakai kaca mata.

"Kita akan menyaksikan satu pembelajaran. Saje cikgu kasi suspen sket."

Maka, berbarislah anak2 tikus mengikut cikgunya ke satu tempat. Girangnya anak2 tikus apabila menyertai pembelajaran luar kelas.

Tidak lama kemudian, mereka sampai ke sebuah tempat yang menempatkan labu yang besar.

"Pumpkin!"

"Labu!"

"Sedap!"

"Besarnya!"

"Cantik ma..."

Teriak anak2 tikus yang teruja melihat labu itu.

"Bila boleh makan?"

"Eh, nanti. Kita bukan nak makan labu ni." Jelas guru.

"Alaaaa..... " Sorak mereka kecewa.

"Sabarlah, kita akan makan lepas menyaksikan satu pembelajaran."

Anak2 tikus angguk kepala.

"Labu cantek ini dibentuk bersama oleh seluruh rakyat Malaysia selepas PRU10 lalu." Guru mula memberikan penerangan.

"Canteknya.." Kata salah satu anak tikus.

"Ya memang cantek, tetapi masih peringkat awal. Masih ada cacat di sini sana. Kena perbaiki lagi."

"Siapa nak repair tu?" Tanya anak tikus yang lain.

"Sepatutnya rakyat Malaysia juga yang repair. Step by step, perlahan-lahan ke arah semakin cantek dan semakin baik. Tapi..."

"Tapi apa?"

"Tapi Labu ni kita akan lihat jahanam nanti. "

"Laaaa.... kenapa pula?"

"Sebab itu cikgu bawa ke mari. Kita nak belajar satu pembelajaran. Kemudian baru kita makan labu tu. Sekarang, mari kita sembunyi."

"Mari!!!" Jerit mereka sambil lari bersembunyi.

Tidak lama kemudian, muncul seorang berserban, boroi dan penuh dengan pangkat. Di bahu kiri, di bahu kanan, di dada kiri, di dada kanan, penuh dengan pangkat, tamak dengan amanah.

"Wah... segak tuan kita. Penuh dengan paku." Terdengar penasihatnya bersuara.

"Mestilah. Ayat Al-Quran sekian dan surah sekian mengatakan, kita tidak boleh menolak amanah. Itu harapan umat Islam."

"Lepas muktamar hari tu, ana diberi sokongan penuh nak repair ini labu lah. Itulah tujuan kita kemari."

"Hidup Kepimpinan Serban!" Sorak penasihatnya.

Maka, merepairlah 2 lelaki itu akan labu2 itu. Semakin direpair semkin cacat. Semakin diukir semakin teruk. Pemberontakan berlaku di sini sana. Keadaan semakin kalut. Labut hampir menjadi jahanam.

Akhirnya penasihatnya bersuara.

"Saya guna perkataan merayu kerana saya tiada autoriti mengarah. Saya merayu kegiatan merepair Labu dihentikan."

"Ya. Rakyat Malaysia malas membaca. Ini ukiran futuristik. Menjangkau masa." Kata si serban tadi.

Kemudian kedua mereka berlalu. Tikus muncul semula.

"Apakah pembelajaran yang kita dapat hari ini?!!!!" Teriak guru tikus dengan kuat.

"Bagaikan Hadi membaiki labuuuuuu!!!!!!" Balas anak2 tikus dengan penuh semangat.

"Sekarang kita buat apa?!!!!!!" Tanya cikgu. Juga dengan kuat.

"Mari kita makan dulu!!!!!!!!!!" Sorak anak2 tikus sambil menyerbu labu2 tersebut.


Fakta dan seruan.

Labu Barisan Alternatif dibina rakyat Malaysia pada PRU10. Musnah di tangan Hadi pada PRU11.

Kemudian dibina semula oleh rakyat Malaysia pada PRU12. Sekarang dalam proses musnah oleh team ulama celaka.
  • Hadi Awang
  • Mustapha Ali
  • Nasharudin Mat Isa
  • Hassan Ali
Kuasa pengundi bebas,

Saya, AdukaTaruna, menyeru kepada sesiapa yang bersetuju, supaya menghukum calon politik yang berpotensi khianat kepada perjuangan rakyat pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

1. Calon PKR yang berpotensi khianat.
2. Calon DAP yang berpotensi khianat.
3. Calon PAS yang berpotensi khianat.

Kuasa pengundi bebas,

Mereka terlupa bahawa kuasa penentu tidak berada pada ahli berdaftar mereka. Sebaliknya, sebenarnya, kuasa penentu, kuasa mutlak, kuasa terbesar terletak kepada kita semua. Yakni pengundi bebas.

Dalam isu terbaru ini, ahli politik PAS yang menghina aspirasi kita sebagai rakyat harus ditolak sebagai satu gerakan awam. Dalam isu terbaru ini, iaitu Kerajaan Perpaduan, saya menyeru kepada pengundi bebas di kawasan yang mana mereka bertanding, supaya menolak mereka.

1. Hadi Awang
2. Nasharuddin Mat Isa
3. Mustapha Ali
4. Hasan Ali
5. Nasrudin Hassan Tantawi

Kuasa pengundi bebas,

Kesemua mereka di atas berpotensi mengkhianat aspirasi kita sebagai rakyat. Mereka terlupa bahawa mereka berkuasa bukan kerana ahli berdaftar mereka, tetapi sebaliknya kita.


Tolak calon khianat, bukan tolak parti.

Tolak calon khianat, bukan tolak parti.

Tolak calon khianat, bukan tolak parti.



Bukan ahli PAS yang meletakkan pemimpin PAS di DUN atau Parlimen, tetapi kita semua.

Bukan ahli PKR yang meletakkan pemimpin PKR di DUN atau Parlimen, tetapi kita semua.

Bukan ahli DAP yang meletakkan pemimpin PAS di DUN atau Parlimen, tetapi kita semua.



Ajar mereka tentang ini!

Comments

  1. KERAJAAN PERPADUAN

    Kuasa politik Melayu/Islam semakin terhakis.

    Hanya kuasa politik melayu/Islam sahaja yang boleh mempertahankan agama, bangsa dan negara.

    Semua pemimpin Melayu/Islam harus sedar dan kembali kepangkal jalan.

    Selamat kan kuasa politik Melayu/Islam sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  2. TGHH rosakan labu , Biarkan , biarkan .......

    ReplyDelete
  3. Salam tok_gajah,

    Allah amanahkan Islam kepada semua manusia, tak kira Melayu, Cina India atau pribumi Malaysia Timur.

    Yakinlah, Islam tidak akan hilang dengan hilangnya bangsa Melayu.Janganlah takut sangat hingga masa depan kegemilangan Islam dikaitkan dengan perpaduan Melayu.

    Kegemilangan Islam adalah hasil ketakwaan mereka yang menyerah diri dan bertakwa kepada Allah, tampa mengira kaum.

    Mari kita ' Membangun bersama Islam 'atas dasar ketakwaan dan bukan kaum seperti yang di tunjuk oleh rasul saw.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.