1. Hubungi gua di sini.



2. Untuk yang berminat untuk iklan, sila email gua utk pertanyaan harga, etc.



3. Wa lancarkan enovel sulong wa RM10 sahaja. Akaun Maybank no 155014038030 Then, emailkan ke Calling2 Gua butir-butir bayaran anda. Kalau calling2 gua tu tak berfungsi, lu email jer la kat adukataruna2008@gmail.com



Insyaallah. Dalam masa 24 jam, wa akan reply terus e-novel anda beserta passwordnya. Dan anda boleh ulas, bantai, kritik, debat, cadangan, karya tersebut di link ini.





Sahabat

Iklan





260412






011012

Jun 6, 2009

Apa ke hal bebudak PKR ni?

Krisis Pakatan P Pinang terus merebak...

Athi Veranggan | Jun 5, 09 5:05pm

Krisis yang melanda Pakatan Rakyat Pulau Pinang semakin merebak apabila DAP terus mendesak lapan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) dari PKR - yang membantah pelantikan presiden baru MPSP semalam - supaya meletak jawatan.

Pada masa yang sama, pemimpin PKR terbabit pula meminta pemimpin DAP tempatan supaya "jangan menjaga tepi kain orang lain".

guan eng sue utusan 250209 ng wei aikHari ini, dua lagi pemimpin DAP menyokong desakan tersebut yang dibuat oleh ahli parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi semalam supaya ahli MPSP dari PKR itu meletak jawatan kerana membantah pelantikan seorang kakitangan awam, Mokhtar Mohd Jait sebagai presiden MPSP.

Kedua-dua mereka ialah ADUN Komtar, Ng Wei Aik (foto) dan ketua wip DAP di MPSP, Soon Lip Chee.

Mokhtar, bekas pegawai daerah Seberang Perai Utara (SPU), mengangkat sumpah di ibupejabat MPSP di Bukit Mertajam semalam sebagai presiden majlis perbandaran tersebut.

Ng, yang merupakan setiausaha politik kepada ketua menteri, menuduh lapan ahl MPSP dari PKR bertindak seperti "ahli Umno".

"Mereka fikir mereka dari Umno, tetapi kita, DAP, bukan dari Gerakan.

"Pendirian DAP ialah mereka mesti letak jawatan serta merta," kata Ng kepada Malaysiakini hari ini.

Sementara itu, dalam reaksinya, ketua wip PKR di MPSP, Johari Kassim menasihatkan Ooi - yang juga ketua kakitangan di pejabat ketua menteri - dan Ng supaya tidak bertindak melewati bidang mereka.

majlis perbendaharan seberang jaya mpsp pkr walkout 040609 johari kassim"Mereka tidak patut campurtangan dalam urusan kita. Kita dicalonkan oleh PKR sebagai ahli majlis (MPSP)," katanya.

Oleh itu, kata Johari (foto), terpulanglah kepada parti tersebut untuk menentukan kedudukan mereka, dan bukannya DAP (kanan).

Hanya seorang sahaja ahli MPSP dari PKR - Farid Arshad - menghadiri majlis angkat sumpah Mokhtar semalam.

Johari juga menasihatkan Ooi dan Ng supaya menjaga kawasan pilihanraya masing-masing dan bukannya mencampuri urusan MPSP.

2 komentar:

Suhaimi Said said...

PKR harus lebih matang, ini perkara remeh temeh, meloyakan. Kalau tak setuju keputusan Ketua Menteri, letak jawatanlah. Jangan politicking melampau-lampau, merugikan PKR, merugikan PR.

Suhaimi Said said...

PKR harus lebih matang, ini perkara remeh temeh, meloyakan. Kalau tak setuju keputusan Ketua Menteri, letak jawatanlah. Jangan politicking melampau-lampau, merugikan PKR, merugikan PR.