Skip to main content

Ulama-ulama bodoh adalah talian hayat UMNO. (2)



Dakwaan rasuah dalam Pas jadi polemik blogger

PENDEDAHAN Ketua Majlis Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi berhubung wujudnya gejala rasuah dalam parti itu mendapat reaksi beberapa penulis blog, termasuk mereka yang cenderung propembangkang.

Mohd. Sayuti Omar (msomelayu.blogspot.com) dalam tulisannya bertajuk Isyarat Penting Mengenai Rasuah Dalam Pas semalam berkata, Mohamed Daud tidak mungkin berbohong mengenai hal itu kerana beliau sangat tahu hukum membuat fitnah.

"Saya yakin 100 peratus Mohamed Daud ada bukti mengenai perkara itu. Kalau tidak masakan beliau berani menuturkannya.

"Tok Guru Nik Aziz sendiri rasanya tidak berani kerana beliau mempunyai perhitungan politik yang jauh ke depan berbanding dengan Mat Iraq yang lebih tulus,'' tulisnya merujuk kepada gelaran Mohamed Daud.

Malah penulis turut mendedahkan dua peristiwa sepanjang muktamar Pas kawasan baru-baru ini yang mempunyai unsur-unsur rasuah.

"Pertama, saya dengar ada beberapa kawasan Pas telah dihulurkan wang sebanyak RM5,000. Tujuan wang itu diberi ialah kononnya untuk membantu Pas kawasan berkenaan.

"Pemberian itu bagaimanapun ada syaratnya. Pas kawasan yang menerima wang itu hendaklah memanggil si pemberi wang untuk merasmikan mesyuarat Pas kawasan berkenaan atau mencalonkan orang itu untuk jawatan-jawatan tertentu,'' tulisnya.

Kata beliau, satu lagi kejadian ialah apabila terdapat individu tertentu yang menggunakan kedudukan dan kuasanya untuk mengugut ketua-ketua cawangan atau para perwakilan.

"Bentuk ugutan ialah sekiranya mereka tidak mengundi calon tertentu kemudahan yang parti anugerah akan ditarik balik,'' tulisnya.

Kata beliau, berdasarkan kepada kejadian-kejadian tersebut maka jelaslah elemen rasuah ketika pemilihan pemimpin parti Pas benar-benar berlaku tetapi ia belum diketengahkan lagi.

Muhammad Azli Shukri (azlishukri.blogspot.com) pula menulis, beliau agak sedih kerana beberapa perkara yang berlaku dalam Pas. Malah mula rasa hilang hormat kepada parti yang selama ini melaungkan kepimpinan ulama dan Islam.

Katanya, perkara itu ialah kerana wujud rasuah atau politik wang pada pemilihan kepimpinan Pas pada kali ini, seperti yang diakui oleh Mohamed Daud.

Selain itu beliau kecewa dengan isu penolakan konsep kerajaan perpaduan oleh Mursyidul Am parti, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Sebuah parti Islam tidak seharusnya mempunyai ahli yang mengamalkan politik wang. Yang jelas, ini adalah kesalahan Pas sendiri, tidak perlu menyalahkan orang lain.

"Pas pada hakikatnya lebih banyak menumpukan kepada politik berbanding dengan urusan dakwah.

" Pas lupa tanggungjawab mereka yang sebenarnya adalah berdakwah dan bukan merebut kuasa semata-mata,'' tulis penulis berusia 29 tahun itu.

Mengenai penolakan kerajaan perpaduan, penulis berkata, adalah tidak wajar mendesak UMNO menukar dasar kepada Islam terlebih dahulu sebelum Pas menerima UMNO kembali.

"Ini merupakan cakap orang yang tidak ikhlas. DAP dan PKR tidak ada dasar Islam pun, tetapi bagaimana Pas boleh percaya dan yakin kepada mereka?

"DAP menentang negara Islam dan PKR pula tiada pendirian yang jelas berhubung penubuhan negara Islam. Jadi bagaimana Pas boleh bekerjasama dengan mereka?'' soalnya.

Kamal Farsya (kamalfarsya.blogspot. com) semalam turut mengupas mengenai gejala rasuah dalam Pas seperti yang didedahkan itu.

Katanya, perebutan kuasa dalam Pas kini sangat ketara sehinggakan terdapat individu yang sanggup memberikan hadiah kepada perwakilan bagi mendapatkan sokongan.

"Rasuah memang wujud dalam Pas tetapi pemimpin mereka mentafsirkannya sebagai hadiah atau sumbangan.

"Bagi Pas, mereka akan menggunakan pelbagai kaedah untuk menutup amalan rasuah dalam parti mereka.

"Dalam Pas semua halal kerana bagi mereka ia hanya berupa sumbangan. Itulah tafsiran Pas,'' tulisnya.

Sementara itu Sofi Wahab (mutaligat.blogpsot.com) dalam tulisan bertajuk Benarkah apa yang didakwa oleh Ketua Ulama? masih belum dapat menerima hakikat itu.

Malah beliau menganggap kenyataan Mohamed Daud sebagai permainan media untuk memburuk-burukkan Pas.

"Saya ingin mengingatkan seluruh pemimpin dan ahli Pas supaya berhati-hati membuat kenyataan kerana media yang menjadi musuh utama kita sedang berusaha untuk menghancurkan Pas.

"Mereka mengutarakan berita-berita negatif supaya perpaduan di dalam Pas menjadi longgar dan kepercayaan rakyat kepada Pas terhakis,'' tulisnya.

Kupasan-kupasan yang dibuat oleh para penulis blog itu sekali gus menunjukkan terdapat polemik nyata mengenai isu rasuah di kalangan ahli dan pemimpin parti berasaskan Islam itu.

Ramai yang percaya dengan dakwaan itu tetapi tidak kurang yang skeptikal mengenainya.

Comments

  1. Haih..wa letih org lemah akal.

    Oi org PAS,lu ingat skang semua org baca harakah ke?ramai lagi yg baca utusan tau.Stupidest of the stupid

    Yg sekarang dok sebok2 kuar statement nih apesal.Pasal perak lu tanak kuar statement plak.Lu tanak selamatkan perak udah la...tayah la pi rosak kan lagi party sendiri.Dah tade tempat lain nak mengadu ke?

    Wa rase jawapan terbaik die petition kita nih AT.Biar diorg nih semua tadak jawatan..tadak gaji.Janji isu rakyat yg menang.

    ReplyDelete
  2. ntahlah,
    bila nak belajo pon x tahu laa..
    tu sal ada ulamak,
    x digalakkan mjadi pimpinan politik
    dlm situasi la ni,
    coz takut kene main oleh musuh.

    elok jadi dok dlm ngo
    or ptubuhan dakwah lain.

    ReplyDelete
  3. itu la politik . amanah diletakan kebelakang ,kuasa no. 1 . bila berpolitik haram bolih dihalalkan . org politik ni -kalau akal yg menjatuhkan hukuman mereka kebanyakannya keneraka jika ada ke syurga mereka adalah orang yang terkebelakang . apa pun itu adalah kerja allah . subhanallah .

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.