Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

May 14, 2009

Ulama Nik Aziz pun bodoh gak?






Segerakan bukan Islam sertai PAS
Jimadie Shah Othman | May 14, 09 3:13pm
Kelab Penyokong PAS (KPP) menggesa penyertaan bukan Islam sebagai ahli bersekutu disegerakan kerana sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu kelihatan sudah semakin tepu.

Pengerusinya, Hu Pang Chow berkata, sokongan masyarakat Cina dan India perlu ditekankan kerana sokongan kaum Melayu “tidak berubah” - 40 hingga 45 peratus sahaja yang memilih parti pembangkang itu.

hu pang chaw"Kita kena pandang jauh. Jangan tunggu dekat pilihanraya baru nak ikhtiar (dapatkan sokongan). Macam kita sebut kepada kekasih I love you," katanya.


Gua dapat sms suruh belasah PAS pasal lambatkan Dewan Kelab Non Muslim PAS. Peribadi gua memang gua nak belasah pun. Tapi sebab TGNA yang umumkan penangguhan tu, wa pendam jer lah.

Bukan bermakna gua taksub TGNA. Wa adalah orang yang sedaya upaya mempunyai fikiran sendiri. Mana yang betul (pada gua), wa akan akan kata betul. Mana yang bodoh (pada gua) memang wa akan bodoh. Lu buat benda bodoh, then lu nak selindung dengan jubah pewaris nabi dengan gua, tak dapek do bai. Kompom gua akan pecahkan budaya Melayu yang takut dengan jubah pewaris nabi tu punya.

Tapi soalnya, pada gua, TGNA cerdik yang gua tak dapat trace. Atau jalan dia tu macam ilham pihak atas la. Bukan gua tak pernah belasah TGNA ni beb. Banyak isu gua belasah dulu. Tapi last2 malu sendiri. Sebab 2-3 bulan baru gua nampak. So, kata lainnya, TGNA depan gua 2-3 bulan la.

Sebab dah banyak kali terkena, wa ambil keputusan releks dulu la. Macam UG Hadi, gua tak belasah pun. Gua tunggu jer perincian dia. Masa meletup Hadi pasal UG, mana ada blog gua maki dia membuta. Takdo beb. Gua boleh habiskan masa gua baca blog Hasbulahpit pasal UG.

Tapi sebab Hadi ni kompom bebal, dan banyak kali begitu, keadaan makin kucar-kacir. Last2 time nak pemilihan, lepas ramai pro dia kena terajang, tiba2 dia muncul dengan UG. Bodoh punya ulama. Time ni la baru nak jelaskan sikit2. Time ni la tuduh semua malas membaca dan jahil.

Rupa2nya UG itu hanya dijelaskan bermotifkan kedudukan politik. Bukan demi umat manusia. Pewaris Nabi kepala lutut dia! Tak malu ke? Bangang Melayu ni. Dayus dan tidak mempunyai fikiran sendiri. Kalau bangsa cerdik, dah kena terajang dah spesis bengap camnih beb.

Berbalik kepada TGNA, memang gua tak puas hati, dan memang gua berpendapat PAS silap dengan menangguhkan pembentukan Dewan non muslim. Tapi sebab gua belajar dari sejarah, gua tunggu dulu la. Orang tua ni lain macam sket. Skali wa termalu sendiri kang, mampos gua kena kutuk punya.

Ramai tu yang tunggu wa silap langkah tu. Ngeeee....

14 comments:

al_fatih said...

nilah yang diakatakn kritik tnpa etika. kritik dn kutukan xkn membri ksan bahkn mnunjukkn klmhn diri sndr. bhs yg sakit akn dbls juga dgn bhs yg sakit. tapi komen yg b'tujuan mncri pnylsaian dmi kbaikn akan diraikn

uma said...

lu nie,
mcm dikambeng itam aje yeaa,
tukang belasah...
kira mcm gengster kg dusun gak yeaa...haha

wa rasa
ramai lg yg kureng setuju bab ni,
lu try riki2 pandangan peribadi
pimpinan pas sendiri.hehe

klu hadi lu hentam respondnya
mcm2... klu nik aziz lu hentam confirm leh terbakar blog lu ni..haha

apa2pon
wa leh setuju lu hentam
dari sudut lu lihat.
cume ayat tu,
jgn berapi sgt..
susah org nak telan...haha

Seladang said...

TGNA dan TGHA dua manusia di Malaysia ini yangt bertaraf ulamak tetapi mampu memainkan peranan politik untuk kepentingan ummah. Oleh itu PAS mesti berhati-hati jangan sampai termakan dengan taktik jahat media arus perdana dan belaci-belaci Umno/Bn untuk meruntuhkan PAS.

Yahudi nampaknya baik tetapi hati perutnya jahat! Berawaslah!

ryukk said...

Aku bab kutuk2 semberono mmg x masuk campur. Dosa tangung sendiri sbb tuh tak mahu terlibat.

Saya setuju dgn 1 perkara sahaja dgn AT iaitu mempercepatkan proces penerimaan non-muslim ke dalam PAS. Golongan - golongan ini terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia iaitu golongan bijak pandai, pemimpin, profesionalisme , kakitangan kerajaan dan swasta terutamanya.

Golongan2 ini pada saya lebih kepada sifat terbela dgn keadilan islam dan disaluti ingin tahun tentang Islam itu sendiri yg dibawakan oleh parti PAS di Malaysia. Ini pada saya dapat membuka peluang kepada masyarakat untuk lebih berani dalam mendekati Islam di Malaysia. Diharap pihak PAS dapat meneliti peluang ini dan mempercepatkan procesnya.

Perkembangan Islam di serata dunia semakin meluas sehingga beberapa siaran TV membuat kenyataan Islam sebagai agama yg terpantas dalam penyebarannya. Apakah golongan ulama dan bijak pandai Islam mahu ketinggalan dalam menyahut kenyataan ini?

Dari sudut pandangan peribadi saya, perkembangan Islam di Malaysia secara terbuka amatla mendukacitakan. Ini tidak dinafikan kerajaan takut akan isu2 sensitiviti kaum akan bermain semula di minda masyarakat Malaysia. Tetapi itu dahulu, berdekad2 dulu2 ... untuk waktu sekarang rakyat Malaysia telah berubah dan semakin matang dan berani dalam isu2 sebegini.

Sekiranya peluang itu tidak dapat dilakukan kerana sekatan oleh pihak2 tertentu, Pas sepatutnya mengambil langkah alternati dalam penyebaran Islam di Malaysia. Apakah kerana nafsu politik dan kuasa sudah menular di kalangan pemimpin Pas? Jika begiru memang malang sekali, dan pemimpin berfikiran begitu harus di ketepikan.

Saya berkesempatan melihat bagaimana sesi dialong, debat dan perbincangan yg dihadiri oleh non-muslim di luar negara dan sambutan nya amat menggalakkan. Mungkin ada segelintir dari mereka yg bersuara lantang dan memaki hamun tetapi pemimpin yg bijak dapat mengatasinya dgn cara profesional. Saya tidak faham kenapa di Malaysia suasana begitu tidak ada. Yang Islam nya merempit kesana kemari kemudian merompak. yang bukan Islam dibiarkan sahaja tidak didakwah dikenalkan ttg kecantikan Islam.

(tak percaya tgk youtube pasal Islam converts, serata2 dunia tuh)

Diharap ada perubahan di Malaysia suatu hari nnti, InsyaAllah.

Xenan said...

wa sokong lu uma,

rugi aa bro.Kritik lu melaut jd nyer.Mender yg lain sampai kat reader.

~xXXxx~ said...

Ko ni anak Polis ke FRU..??

Macam kena badi je..??

Setahu aku anak Polis dan FRU jer yang ada badi...

Anak UMNO suweh....

Che said...

wa sokong uma ngn xenan tu bro..walaupun idea2 lu terkedepan dr idea2 kami rakyat marhaen(cume lu xleh lwn TGNA jela), tp idea lu telah diselubungi oleh perasaan benci pembaca terhadap bahasa2 laser lu yg ala2 azwan ali versi keras..so point ade, tp smpai kt kapilari darah otak je..nk masuk kt neuron x lps, sbb otak2 dorunk merejek ayat2 lu tu..hahahaha

wa x kisah pon bace ayat2 lu ni sbb ayat lu ni mmg bhse prbualan bdk2 kt lua tu,tp maybe ble pak2 bdk bace tu yg jd senget cm kapal titanic je tu..tu yg berat kt lu je nk kne attack..takot kene doa je bro...hahahahaha

Anonymous said...

AT ni cam askor upahan la pulak, ikut main redah je...hu hu hu...
waa tak leh nak komen dah akhir2 ni...sebab tak sebulu pendapat mua ha ha...

fanatik

petunjuk bijaksana said...

TGNA jenis yang berlembut dan penuh ketelitian.

TGHH jenis yang berkeras dan semberono.

itu perbezaan antara dua TG ni yang aku perati dari dulu.

cuba terima dahulu pandangan TGNA mengenai penangguhan kemasukan kelab penyokong pas yang terdiri daripada non-muslim ke dalam pas.

bg wa kemasukan ini ada baiknya ditangguhkan kerana selepas masuk nanti mereka akan dijadikan sebuah sayap parti setaraf dgn dewan lain yg sedia ada iaitu ulama, pemuda dan muslimat.

mungkin ada penelitian yg perlu dilakukan di peringkat pimpinan mengenai hal ini.

tidak perlu terburu-buru melakukan sesuatu.

insyaAllah sesuatu yg baik itu akan berjaya juga dilaksanakan nanti.

wallahu a'lam.

Anonymous said...

Dia ni anak haram

Semua orang haram belaka. Dia saja yang halal. Sekali Allah tarik mulut tu, jari tu baru tahu nikmat Tuhan tu pinjaman aje.

Dia takut kutuk Nik Aziz sebab dia tahu, sampai kiamat org akan kutuk dia hahahaha penakut.

Hoiiiiiii Hj Hadi ko berani kutuk, Nik aziz tak berani pengecut.

Anak haram bukan sebab mak pak ko zina, tapi mulut lu asyik haramkan otak orang. Mcm le otak tu dia tukang sendiri.

hahahahahahahahaha, pagi esok bangun tengok otak dia meren, baru tau.

Anonymous said...

Salam... Sama mcm org gila.. x pernah mengatakan dirinya gila.. Begitu jua dgn org bodoh.. dok mengata orang sana bodoh org sini bodoh.. walhal diri tu sekadar pandai menaip jer. Aku x pernah mempertikaikan pendapat siapa2. cuma aku nak kata sejauh mana ilmu yg ada didada kita untuk mengatakan org lain bodoh? Orang yg sentiasa cuba mendekatkan diri kepada Allah walaupun dia bukan insan yg sempurna dikira bodoh. Adakan kita sudah cukup sempurna? Confirm ke kita dulu masuk surga dari dia? agama apa yg dianut ni? jangan nanti begitu pandai berkata2 tp baca niat hadas besar pun x lepas.. Wallahualam.

(Hamba Allah)

Anonymous said...

Ko kalau nak mengata melayu bangang ngan bodoh aku xheran. Aku pun melayu, aku tau la ramai spesis melayu yg islam sbb keturunan ni mls improve knowledge dunia/akhirat, mls berfikir diluar kotak, mls usaha, nak dpt hidup mewah dgn cara mudah (kat dlm Umno byk yg mcm ni, tp kat dlm PAS pun ada)..
Ni kata ulama bodoh ngan bangang yg aku xleh terima...xkira la mana2 ulama pun ....wlaupun depa x maksum tp sekurang2nya ilmu agama dia lg hebat dr ko dgn aku. Ni dok maki2 org, mengotorkan hati dan air muka sendiri jek!

-orang kecil

Anonymous said...

aduka teruna plak berselindung disebalik Taik!!

Anonymous said...

aku rasa,kesudahannya aduka teruna ni jadi macam pengemis jalanan jugak akhirnya.apa tidaknya,idea yang dijaja yang difikirkan terbaik,last2 orang xterima.bila xterima mengamuk maik aii..siap sembang bab otak lagi tuh..cerdik sangat ke?otak penuh ngan taik,jangan sembang pasal ulamalah.bab islampun ko xlayak jika ko x bertaubat.baik ko terjun 7 kali dalam lumpur pastu lumur badan ngan taik.confirm baik nyerr.