Skip to main content

Story gua tentang Ketua Pemuda PAS

Oleh : AdukaTaruna

Timbalan dan naib ketua dewan tersebut Nasrudin Hassan dan Azman Shapawi Abdul Rani menyatakan minatnya, sementara bendahari Pemuda, Mohamad Zaki Ibrahim dan exco Pemuda, Mohd Firdaus Jaafar juga tidak ketinggalan, demikian menurut sumber-sumber Pemuda PAS.

Walau gua kata dia salah seorang ulama bodoh (dalam tajuk tertentu), tetapi antara kesemua calon, dia paling menonjol. Pada gua lah.

Kalau lu nak tampil diri jadi pemimpin, lu kena berkeupayaan menjelaskan / memudahkan awam pada setiap isu. Kalau semua isu negara lu tenggelam ala Hadi, macamana rakyat nak lihat intelek lu.

Nasrudin Hassan.

Kategori : Ulama.

Nasrudin gua letakkan bawah ulama yang menjadi rujukan. Walau bawah level Saiful Islam, Zaharuddin dan MAZA, Nasrudin juga banyak menyelesaikan persolalan awam. Satu aliran yang baik untuk memimpin pemuda atau manusia umumnya.

Tapi lu jangan tanya bandingan Nasrudin dengan Nasha. Haha. Nasha tu nothing. Apa kategori gua nak letak pun gua tak tahu. Ini bawah tajuk ulama la.

Bawah tajuk aktivis pulak, Nasarudin ni level gua dengan uma jer. Hahaha. uma takut baju made in Ireland dia kotor, Nasarudin plak takut jubah dia kotor. Kotor ni ulama jijik kot. So, kalau nak banding dengan Mat Sabu, taik gigi Mat Sabu jer la. Kalau banding dengan Nasha, Nasrudin lebih bawah level Nasha dalam tajuk aktivis.

Seterusnya bawah tajuk pemikir. Nasrudin bukan kategori pemikir. Tu pasal gua letak dia jenis bodoh ikut pengukur gua. Dia hanya kategori ulama yang agak aktif menyelesaikan masalah manusia menggunakan ilmu yang Allah bagi kepadanya.

Terhad dalam apa yang dihafalnya.


Azman Shapawi.

Mamat sekor ni kurang menyerlah la. Wa kurang sangat dapat baca perwatakannya. Tenggelam. Pada gua, setakat apa yang dia timbul2 tenggelam ni, Azman jenis yang tidak mempunyai personaliti yang kuat. Ikut arus dan tukang tambah kepada pencetus.

Kalau satu icon kata A, dia hanya tukang tambah. Kalau satu lagi icon kata B, dia mencelah dengan ajinomoto. Buang masa la. Berani pun tak, naluri pendesak pun haram. Baik gua pilih Khairy. Barulah pemuda. Cuma Khairy ni diluar tali Islam jer.

Kategori : Nothing. Ulama pun wa tak setuju. Aktivis pun wa tak perasan. Pemikir, jangan kencing gua.

So, setakat ni, berdasarkan apa yang ada, hanya Nasrudin sahaja yang terbaik. Masa Salehudin ari tu kuat juga personality dia. Azman, masuk puteri jer la kot. Jenis tukang tambah jer. Kuang3...


Zaki & Firdaus.

Wa takda nampak apa2 kat mamat 2 ekor ni, setakat ni. Gua baru pestaim dengar nama ni. Zaki TKO ke? Kalau Zaki TKO, gua letak dia bawah terer main bola. Hahaha. Firdaus tendang tong wa tahu la.

Comments

  1. Ikon Pemuda PAS, wa nampak 3 nama :

    1. Abdullah Karim

    - Exco DPP Pusat.
    - Naib Ketua DPP Pahang.
    - lawyer, idea yg sentiasa fresh & realistik.
    - agresif di peringkat negeri & nasional tp x ditonjolkan media.
    - penampilan & karektor b'sifat nasional.
    - fasih English.
    - bole menyaingi karisma Khairy.
    - wa calonkan Ketua DPPP.

    2. Ust Riduan Md. Nor

    - Exco DPP Pusat.
    - x-Ketua DPP Wilayah P'sekutuan.
    - ulama' muda ala Ust Zaharuddin.
    - agresif, rajin turun lapangan.
    - aktivis kemanusian seantero dunia.
    - fasih English, Arabic.
    - wa calonkan Timb. DPPP.

    3. Khairul Faizi

    - Exco DPP Pusat.
    - Ketua DPP Johor.
    - cergas & laju di peringkat negeri & nasional.
    - rajin turun lapangan.
    - hands-on / experience dlm menangani isu kaum.
    - penampilan & karektor b'sifat nasional.
    - wa calonkan Naib Ketua DPPP.

    ReplyDelete
  2. wa mcm setuju je dgn calon lelaki_ini.


    tantawi,
    mungkin level aktivis
    tinggi ckit
    coz dok depan mase demo
    wa & aduka...
    yg paling belakang
    coz berat perut nak lari...haha
    g demo utk lari...
    mcm xpayah turun lg elok je..haha

    ReplyDelete
  3. AT, analisis lu kurang perencah la... maybe sebab lu tak banyak tahu pasal depa nih... Lelaki ini nampknya banyak gak tahu pasal pemuda nih...


    Apapun wa support Nasruddin.. hehe...

    ReplyDelete
  4. tu la bro.. gua rasa byk benda lu tatau pasal pemuda nih.. tp itu xbermakna aku tahu. lu nilai berpandukan pada merit femesnye dia nih..timbul ke x mamat2 ni on the surface..kua tv, kua berita etc..kalo gamba xmasuk tenet,bg lu kurg menyerlah.. sebenarnye aku xstuju sgtla kalo nk nilai dr segi tuh..byk lg benda nk dinilai..aku pon xnak pimpinan pas ni dipilih berdasarkan visibility semata2..ia patut dipilih berdasarkan merit, kemampuan, disiplin, komitmen..ramai yg femes muncul tatkala pas diterima ramai..

    my 2 cents la nih.. arap lu tulis guna otak jugak, asik tunjuk kat org, lama2 sendiri dpt bodoh tu..

    orait bro, pis

    ReplyDelete
  5. laki ini punya simple analisis tu ok cuma gua lebih suka itu bro dolah letak timb, kasi ust duan chief sebabnya dolah tu kalau korang nak tau, tgh bulan ni baru la nak nikah..
    maknanya, terlalu muda belia sangat lagi..
    bagi can dua thn ni dia sbg timb utk dia berlajar dan timba pengalaman lagi...
    tapi nak cerita, dia ni org pahang tapi pemuda2 pahang ramai x bekenan dgn dia sebab dia nampak selalu sgt nak berkonfrotasi dgn nasarudin yg merupakan ikon kuat pemuda pahang..
    tapi yg pelik, dalam tak suka tu pun memang tanpa betanding naib ketua dpp negeri pahang..
    memang pelik tapi itulah kenyataannya...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...