Skip to main content

Siapa boleh jawab?

Pengkritik Hadi senyap bila Anwar pula nak kerjasama dengan Umno

Tahniah kepada Anwar Ibrahim kerana sekali lagi berjaya membuka mata pengkritik Presiden Pas, Tok Guru Hj. Hadi Awang bila menyatakan kesediaan Pakatan Rakyat untuk bekerjasama dengan Umno-BN yang dipimpin Najib untuk menyelesaikan krisis di Perak.

Sesungguhnya ia adalah satu idea yang amat sensitif terhadap pengkritik Hadi. Seperti kata Ust. Nasaruddin Tantawi dalam blognya;

” Kalaulah idea rundingan ini datang dari Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang , pasti suasana politik dalaman PAKATAN Rakyat kembali bergolak dan berkecamuk .”

Mujurlah Anwar yang kemukakan setelah Lim Kit Siang membuka Gelanggang dan disambut oleh Najib yang kemudian dijawab secara bermadah oleh Anwar.

Benarlah kata Ust. Nasaruddin bahawa, idea Kerjasama bagi penyelesaian politik di Perak ini sebenarnya adalah sebahagian dari agenda Unity Goverment yang diilhamkan oleh Tok Guru dan dipersetujui oleh semua pemimpin Pakatan.

Namun pada ketika itu, pengkritik Hadi buta hati, buta mata, buta akal dan terus sahaja menghukum Hadi dengan mengatakan bahawa beliau nak bawa Pas masuk Umno.

Ust. Tantawi sempat merakamkan ungkapan sindiran yang pernah dilontarkan oleh pengkritik Hadi kerana idea Unity Govermentnya;

Nak runding apa lagi dengan UMNO ? UMNO zalim tak kenal ker ? UMNO tak boleh dipercayai ! Tak tengok apa yang UMNO buat kepada Kelantan satu ketika dulu ? Tak Ingat ker apa yang UMNO buat kepada PAKATAN di Perak ? UMNO fitnah Ir Nizar sampai separuh lemas ! Nak runding apa lagi ? Kenapa nak bagi tali hayat kepada UMNO ?…..

Huh! mana dia pengkritik Hadi, kenapa senyap sahaja bila Anwar dan Kit Siang buka gelanggang.

Saya sebenarnya setuju dengan pandangan Hadi, Anwar dan Kit Siang dalam soal kerjasama dengan Umno. Kita boleh bekerjasama dengan Umno jika ianya menguntungkan kedua-dua pihak. Buat apa berbalah kalau sama-sama rugi dan rakyat pun rugi.

Tidak timbul soal masuk Umno-BN atau tidak. Ia hanya setakat kerjasama dan usaha perdamaian pada perkara yang kita boleh selesaikan bersama.

Jelas Anwar dan Kit punyai pemikiran negarawan seperti Hadi dan mereka menyambut idea itu dengan cara yang lebih bijak berbanding pengkritik Hadi.

Jelaslah pengkritik Hadi itu bukanlah golongan Pro Pakatan, tetapi merekalah golongan yang cuba merosakkan Pakatan dari dalam dan membunuh pemimpin Pakatan.

Insaflah, janganlah buat ‘kerja-kerja bodoh’ itu lagi. Berilah ruang pimpinan menyelesaikan kemelut politik yang ada, jangan buat-buat pandai kalau dah tahu diri itu sememangnya tergolongan dalam kalangan orang-orang yang tak cerdik.

Bila orang tua bercakap, duduk dan dengar. Jangan dengar tajuk jer terus nak buat kepoh satu Malaysia. Nah! sekarang sapa yang malu. Hangpa juga ler.


Hahaha. Siapa buleh jawab? Buih ala2 shaberi kat mulut gua belum hilang lagi nih. Lotih den nak jelaskan konsep kek org level ala2 Tantawi n Herman nih. Ntah sapa marah pasal UG ntah. Orang marah pasal taktikal penyampaian UG.

Baik lantik Hasbullahpit jer la jadi SU politik Hadi ni kalau lu orang syg sangat kat ulama bodoh2 alang nih. Gua jamin apa juga idea 'aneh' Hadi akan dijelaskan dengan baik. Time tu Hadi nak ghaib, menyorok dalam lubang cacing pun masyarakat tak kisah. Semua boleh masuk blog Hasbulahpit jer. Dapatkan penjelasan, perincian.

Ini letak Roslan sms suruh jelaskan tentang UG. Makin jahanam jadinya. Orang cerita plaster syiling, dia cerita cicak. Haru beb. Nasib baik ahli PAS tempat dia tendang. Bermakna cerdik menjatuhkan bodoh.

Ni satu lagi ni. Calon Ketua Pemuda ni. Tantawi. Takda calon lain ke beb? Kalau setakat 4 orang yang Malaysiakini lapor tu, base on maklumat gua, Tantawi jer la yang layak. Tapi memang lauk Khairy jer la nanti. Husam pun buleh kono gak dengan Khairy ni beb, ini plak Tantawi. Gua ramal macam game bola jer. 90% tepat. Kompom Tantawi lauk Khairy.

Bagi la Ketua Pemuda yang bernaluri pendesak sket beb. Jangan yang tunduk kepada pengaruh satu2 tokoh, yang bodoh2 alang. Orang dah masuk peperangan terbuka dah ni. Letak plak Tantawi.. Habes.. dah takda calon lain.

uma n lelaki_ini. Kasi gua calon lain sket la untuk Ketua Pemuda PAS... takkan takdo kot.

Comments

  1. kata-kata John Freeman Clarke, "Ahli politik memikirkan pilihanraya akan datang @PKR. Negarawan berfikir mengenai generasi masa depan @BN." (A politicians think of the next election. A stateman, of the next generation).

    View Profile: Rantong™

    ReplyDelete
  2. wa sambung ayat orang utan atas ni...
    eh jap, mcm mana org utan boleh berkata-kata..wakaka

    pikir dunia akhirat la bro...kalau setakat generasi masa depan tuh, dah 50 tahun dah..nak tggu generasi depan mana lagi..haha
    xkan nak tggu sampai generasi orang utan betul2 berevolusi jadi manusia kot..

    ReplyDelete
  3. Antara yang lantang menghentam TGHH ialah perakexpress...

    Kenapa matsamankati senyap bila boss besar dia buka langkah baru..??

    ReplyDelete
  4. bro UST IDRIS AHMAD ok dak...
    tak pon si ZAKI kelantan nuu...

    thah aku tak nampak bakat la selepas salahudin nie...

    yg nak robos sikit selepas zaman mahfuz dulu...

    ReplyDelete
  5. KO NI PERASAN LA BRO.
    HAMPASSSS

    DIORANG TAK KENAI PUN NKO. YG KO ULAS MCM DEPA NAK BERDEBAT DAN BERJAWAB NGAN KO APASAL. PERASAN STATEMAN KE MAMAT NI

    BLAH LA DGN OTAK KO TU. BIARPUN KO HEBAT, ORG TAK PANDANG PUN IDEA KO YANG DISAMPAIKAN DENGAN PENUH EMOSI, EGO DAN SEMUA ORANG RENDAH AKAL DR KO

    KIRA2, ORG TOLAK CARA PENYAMPAIAN KO LA, BUKAN IDEA KO HAHAHAHA

    ReplyDelete
  6. asalamualaikumum
    minta beradab sikit dengan ulama'
    jangan kurang ajar..

    ReplyDelete
  7. dr. mujahid je yang sepadan dengan khairy dalam segenap sudut plus mujahid ustaz..boleh die goreng KJ bab agama.

    second Zaki boleh la..dari segi keberanian die menyanggah mantap. tengok kes terajang kat dun kelantan dulu..

    ReplyDelete
  8. Wa dah cite pjg lebar calon2 Pemuda wa dlm N3 lu 'Story gua tentang Ketua Pemuda PAS', lu x baca ka?

    ReplyDelete
  9. wei bro biaq lu saja jadi presiden pas. nak kata cerdik, tak bleh jugak pasal penulisan bro dlm blog semua penuh dgn sentimen ngan emosi dengan tok guru...

    gua cadangkan bro buat satu organisasi macam pas, amik 4, lima orang...cuba buat tadbir sendiri, gua nak tengok bleh tak bro tadbir organisasi gua....bro nie cakap blehlah, pilah cuba buat keja.

    apa benda yg bro pernah buat rr??turun padang?jumpa rakyat? yang gua tau bro nie macam makcik yang suka membebel belakang rumah gua...bodoh!!!

    bro bila nak buat organisasi lebih kurang mcm NGO....gua cabar bro, boleh ker tak tadbir...takpalah gua lantik bro jadi presiden, ulamak pun bro...ok selamat buat organisasi...serapkan idealisme bro dalam tuie dan laksanakan kata-kata bro...buat 3,4 orang dulu...hahahaha

    ReplyDelete
  10. maap lah AT,
    wa punye jin dah ilang...
    so info2 kureng skit..
    nanti wa beli jin yg baru yeaa..haha

    lelaki_ini,
    wa rasa byk jin gak tu..haha

    ReplyDelete
  11. Roslan sms mmg hampeh. Tak layak langsung jadi s/u akhbar. layak jadi tukang bancuh kopi je dalam PAS.

    ReplyDelete
  12. Aduka teruna punya idea bernas??
    Ciss,kucing kurap dia..apa barang,main hentam2 lari.ko ingat TGHH akan terjejas ke dengan pukulan lu tu.mintak maaflah beb.pukulan yang sehebat mana pun xkan menghancurkan semangat yang ada pada beliau.malah terus utuh memacu PAS.

    ReplyDelete
  13. IDEA YANG BAGUS DARI SEORANG NEGARAWAN YANG TERBILANG.PAYAH ORANG NAK BACA IDEA TERSIRAT BELIAU.MELAINKAN ORANG YANG CELIK MATA HATI DAN PANJANG AKAL.ITULAH TGHH.

    GOODBYE TERUNA..

    ReplyDelete
  14. hebat2 pejuang agama ni.dipukul dihentam,dicerca last2 akan naik dengan gagahnya.semakin ditindas,semakin kental perjuangannya.

    aku sokong tuan guru!

    -Kamal-

    ReplyDelete
  15. cik anon ni pun satu, nak komen jgn la selindung dibalik nama anon tu. bg la nick name skali dgn email ke. takkan kutuk2 tp takde email? at least blog ke? ek enna...

    ReplyDelete
  16. ni email gua..cinonet@yahoo.com..lu nak buat apa ngan gua..wahai nyle barua aduka..

    ReplyDelete
  17. cantet.. den nak ajak lu sign petisyen nih.. kalu tak sudi, takpe.. -_-

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. salam perjuangan bro,

    mohon kehadiran suara ke blog kami "Misi Membebaskan Tahanan ISA" dengan mendesak agar pimpinan PAS/PKR menunjukkan keikhlasan dengan berani menawarkan letak jawatan kerusi ADUN/PARLIMEN sebagai ugutan kepada pihak kerajaan.

    sila lawat: "Blog Bebaskan Mereka"seterusnya, mohon menandatangani petisyen kami di:

    "Online Petition"JZK

    ReplyDelete
  20. ni aku bagi email aku.hantar yer... ADUKA_ank_Haram@yahudi.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.