Skip to main content

Senang gile nak pengaruhi TGNA.

Oleh : AdukaTaruna

Rujukan : Bukan senang mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz.


Wa sebenarnya sedaya upaya citer bab terer TGNA. Sebab nak bebaskan diri wa dari dipersepsikan pembaca sebagai pro TGNA. Wat malu TGNA jer. Haha. Terer Hadi selalu la wa tulis. Tapi lebih selalu plak wa tulis bodoh Hadi.

Kali ni, wa hanya kongsi atas pendapat yang sama. Pendapat gua la. Pendapat lu orang kompom tak semestinya sama. Smol meter.

TGNA pada gua sentiasa segar beb. Zaman dan era tak pemadan relevan beliau. Wa malas nak citer bab ni lebih2. Tapi terpaksa ma untuk N3 ni. Dulu, masa fenomena Mawi, wa meluat gile kat mamat tu. Haha. Takda dosa mamat tu kat gua. Wa meluat sama kes macam Man U la. Sebab fenomena Melayu. Haha. Hasbulahpit mesti geleng2 kepala nih. Tak kukuh langsung.

Betul. Tiba2 TGNA buat konsert Mawi. Jangan kata ulama konservatif, gua yang liberal dan sesat ni pun bantah. Tapi tu la, TGNA mendahuli zaman. Sentiasa segar.

Skang ni lu tgk. Banyak rakyat, ramai artis dah faham, cane nak urus hiburan ikut Islam, cane nak handle seniwati2. Cane nak susun sukan ikut Islam. Kebanyakan dah nampak. Kalau ikut gua dan team konservatif dulu, sampai mampos la hari ni benda tu tak selesai. Just jatuh hukum jer la. Alternatif takda.

Satu contoh la. Malas gua nak bagi byk2. Motifnya di sini, kepala otak TGNA (wa letak bawah keajaiban peratus teroka) yang macam tu, takanlah senang2 nak dipengaruhi? Sohai. Otak dia kawal semua beb. Otak dia tahu kelemahan dan kekurangan dia.

Tu pasal TGNA banyak kali tolak jadi orang tengah. Sebab kepala otak TGNA bagitau TGNA bahawa kelemahan dia ialah mudah kesian. So, kepala otak TGNA memberi keputusan menolak sebarang tawaran orang tengah atau wakil perunding.

TGNA tak jadi orang tengah konflik Patani beb.
TGNA tak jadi orang tengah runding kerusi sesama BR.

Sebab sedar diri. Ni masalah tak sedar (bodoh dan lemah) diri ni yang payah ni.

TGNA tolak anugerah nobel keamanan Manila sebab konflik Selatan Filifina beb. Kita2 ni tak terfikir pun seteliti itu.

Maleh la gua hujah banyak2. Husam cakap jer nak bertanding Timbalan Presiden, tetiba keluar pulak pembantu TGNA hasut TGNA. Bodoh sgt ke TGNA tu? Dari sumber plak tu, bukan dia tgk sendiri. Wa bukan pengikut Husam. Cuba dia buat benda bangang tengok....

Kalau nak bertembung dengan bapa sendiri atau nak bakar kelambu jemaah, kenapa tak dari dulu? Ni time musim pemilihan plak tetiba dia dedahkan. Sohai. Takan belum matang lagi kot? Mentang2 ada tiket Pewaris Nabi. Kompom masuk syurga.

Mashitah Ibrahim pun ulama gak ma. Jangan pukul rata la semua ulama pewaris nabi.

Comments

  1. AT setahu waa nik ajis tolak anugerah dari selatan filipina tu sebab ada perkara lain...pasal selatan filipina tu hanya alasan untuk cover sahaja tak nak cakap pasal perkara sebenar..

    sebab sebenar waa takleh beritau kat sini,itu waa boleh cite kat lu sorang jer, secara email.. wa rasa mungkin ada kelompok jamaah yang tau kut pasai tu...secret AT mua ha ha

    fanatik`

    ReplyDelete
  2. GAMBARAN MANUSIA YANG BERDOSA DI PADANG MASYAR............... ....

    -BERWAJAH KERA
    Suka menabur fitnah sesama manusia
    -BERWAJAH KHINZIR (babi)
    Suka memberi & menerima rasuah
    -BUTA KEDUA BELAH MATA
    Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman
    -PEKAK DAN BISU
    Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang lain.
    -TUBUH YANG MENGALIR NANAH & DARAH YANG AMAT BUSUK SERTA MENIKAM LIDAHNYA BERULANG KALI
    Golongan yang berilmu & mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri tidak sama dengan apa yang dikatakannya.

    Jauhkan kita dari sikap sedemikian.

    ReplyDelete
  3. Lu pun kata ulama' xmaksum so what? TGNA pun xterlePAS drp xmaksum itu klu tak mana mungkin meletak brahim ali atas tiket PAS dlm keadaan majoriti bawahan xsetuju. mesti ada tgn2 kotor yg menabur racun

    ReplyDelete
  4. AT,
    Perangai orang Melayu ni, anak yang pandai dia hantar sekolah baik-baik, yang kurang cerdik tu dia hantar sekolah ugama. Katanya, kurang-kurang boleh jadi ustaz, lepaslah untuk diri.

    Jarang sangat yang memang mahu jadikan anaknya ulamak.

    Kebanyakan anak yang kurang cerdik ni berhimpun kat Mesir. Bila balik jadi ulamak.

    Jadi kalau nak cari pemimpin ulamak, cari ulamak yang pandai. Jangan asal ulamak sahaja.

    ReplyDelete
  5. mana fakta yang mengatakan budak kurang cerdik dihantar sekolah agama, waa rasa lu ni tak tau pun pasal latar belakang budak sekolah agama..jangan nak memain tetuduh...waa nak cakap kat lu..nak masuk sekolah agama yang terpilih banyak syarat ooo, bukan sekadar result upsr je, perkara lain pun diambik kira.
    lu jangan tengok SAR bro...panasa waa ni..lu kutuk pelajar sekolah agama..

    fanatik`

    ReplyDelete
  6. wa asal sekolah agama YIK.... wa junior TGNA..... tapi gen wa gen genius sama ngan gen TGNA..... wakakaka...

    -abanghensem

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...