Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

May 4, 2009

Sebuah story Kampung Sengal.

Oleh : AdukaTaruna

Ada satu kampung bernama Kampung Sengal. Kampung ini harmoni. Di perintah oleh satu sistem pemerintahan yang baik. Ketua kampung seorang Imam yang disegani, Ustad Kasim. Walau bodoh2 alang sikit, tetapi sangat alim, baik hati dan rajin membantu orang kampung. Penolong Ketua Kampung juga seorang Imam. Bernama Ustad Selamat.Tetapi lebih kepada 'ada ke takda, sama sahaja'.

Namun, segala keputusan tidak mutlak terhadap Ketua Kampung, apatah lagi Penolong Ketua Kampung. Ianya perlu dibincangkan oleh satu Kumpulan Ustad2 yang diketuai oleh Tuan Guru Soleh.

Di kampung tersebut, ada sekumpulan anak muda yang berintelektual tinggi, cerdik dan berkeupayaan menjadi pemimpin masa depan. Memang kini, hampir seluruh generasi muda kampung itu merujuk kepada kumpulan anak muda itu untuk beberapa bidang kecuali dalam hal2 agama. Senario ini tanpa disedari melemaskan team Ketua Kampung.

Nak dijadikan cerita, kampung ini sudah lama berhadapan dengan masalah pinggan mangkuk waktu kenduri. Selalu pecah-pecah apabila dicuci habis kenduri. Jadi, mendatangkan kerugian, kecederaan di jari, kena beli semula dan sebagainya. Oleh kerana berlarutan terlalu lama tanpa mampu diselesaikan, orang kampung merujuk kepada kumpulan anak muda cerdik ini.

Setelah berbincang, kumpulan anak muda ini mengsyorkan penduduk mengumpul duit untuk membeli satu set pinggan mangkuk melamin. Melamin ni adalah stuktur yang baik pengganti kaca untuk pinggan. Jadi ia tahan hentak.

"Benarkah begitu?"

"Eh.. yeke?"

"Mana ada pinggan yang tak pecah kalau dihempas!"

Keadaan kalut. Orang-orang Ketua Kampung mati-mati tak percaya. Apa gila pinggan tak pecah kalau hempas. Anak muda ini bukan saha dilihat mampu mencabar Ketua Kampung Kepimpinan Imam, tetapi sudah terang-terang menipu.

Lalu, kumpulan anak muda tadi pun melakukan sedikit demontrasi. Satu pinggan melamin di hempaskan ke lantai Balai Raya.

Kepelepang!!

Pinggan itu melantun dan mendarat semula ke lantai tanpa pecah.

Mata orang kampung terbeliak. Orang-orang Ketua Kampung tersedak!

"Sihir!"

"Syirik!"

Kecoh. Keadaan semakin kecoh. Sebagai Imam yang tidak akan berkompromi dengan halal-haram akidah umat Islam, Ketua Kampung meningkatkan tentangan tentang syirik. Kuliah agama, kuliah magrib, kuliah Subuh, kutbah Jumaat semuanya berkaitan dengan syirik dan sihir.

Akhirnya Tuan Guru Soleh memanggil mereka semua. Setelah diperjelaskan, dibahaskan, Tuan Guru Soleh mengeluarkan keputusan pinggan melamin bukan sihir, dan boleh menggunakannya.

Keadaan ini meremukkan kumpulan Ketua Kampung termasuk anak Tuan Guru Soleh sendiri. Ayahku tidak mempunyai fikiran sendiri. Pembantu-pembantu ayahku bihun celup, menghasut dan sebagainya.

(bersambung....)

3 comments:

Xenan said...

wakaka,

Salute bro..cerita best.Wat banyak2..nanti kumpul.wat kumpulan cerita2 pendek.

Anonymous said...

wakaka...novel baru ke bro??
nasib lu buat cter ni...wa da bosan baca cerita asal..wa slalu skip je post2 lu pasal mende ni..wakaka

-orang jauh-

lelaki_ini said...

2 thumbs up bro AT ! Teruskan.. :-)