Skip to main content

Sebuah story Kampung Sengal (3)

Oleh : AdukaTaruna

"Aku ni pewaris nabi. Dan kepada anak muda, akulah musuh anda. Kereta aku jenis Honda Elyntension beb. No plat kereta aku plak PAS17 tu beb."

"Pewaris nabi adalah mereka yang mendapat pendidikan formal bidang agama. Memakai jubah. Hanya mereka ini sahaja yang layak menjadi Ketua Kampung."

"Kalau pakai spek?"

"Kalau pakai spek takpa."

"Kalau rambut panjang?"

"Kan ke nabi dulu rambut panjang?"

"Kalau tak pakai serban?"

"Lagi baik pakai serban. Tapi tak pakai pun takpa. Janji jubah ada dan berpendidikan formal dalam bidang agama. Tanpa pendidikan formal bidang agama, sesat!"

"Hidup Kepimpinan Ulama! Hidup Kepimpinan Ulama! Hidup Kepimpinan Ulama!"

"Hancur, hancur! Hancur golongan muda! Musnah, musnah! Musnah pro-tajdid!"

"Ulama, ulama! Ulama pewaris nabi!"

Kini, dengan bantuan media dan pelbagai agensi Kampung Lanun, kira-kira 40% penduduk Kampung Sengal dipercayai pro kepada Kepimpinan Ulama.

Kepimpinan Ulama dijamin selamat!

Lihatlah sejarah, jangan mudah lupa siapakah yang dulunya pahlawan-pahlawan PAS yang lantang sehingga banyak daripada mereka yang mengkafirkan dan menyesatkan UMNO, kemudian masuk UMNO kerana sebab-sebab tertentu, dan mengeluarkan pula’fatwa’ yang PAS yang sebenarnya sesat. Maklumlah mereka ulama, maka mereka mempunyai A.P untuk mengeluarkan fatwa dan memutuskan hukum-hakam:

Antara nama-nama yang tertonjol ialah:

1.Al-Fadil Prof Madya Ustaz Mohd Nor Idris
2.Al-Fadil Ustaz Datuk Mustafa Taib
3.Al-Fadil Ustaz Wan Ismail Machang
4.Al-Fadil Ustaz Abdul Latif Besut
5.Al-Fadil T.Guru Hj Ghazali Losong
6. Al-Fadil T. Guru Hj Omar
7.Al-Fadil T.Guru Mohd Nor Teliar

"Hidup Kepimpinan Ulama! Hidup Kepimpinan Ulama! Hidup Kepimpinan Ulama!"

"Hancur, hancur! Hancur golongan muda! Musnah, musnah! Musnah pro-tajdid!"

"Ulama, ulama! Ulama pewaris nabi!"

Team Kepimpinan Serban dan Jubah melaung hebat. Team anak muda berdiam diri. Memilih kesatuan Kampung Sengal.

Kampung Lanun sebelah.

Suasana Kampung Lanun begitu meriah. Akhbar mereka laris. Cerita2 artis dan seks yang selama ini tajuk utama dihambat ke pages tengah. Kepimpinan Serban trend baru. Jika sebelum ini Kepimpinan Serban membakar akhbar mereka, kini, Allah terbalikkan keadaan. Kepimpinan Serban pengimport terbesar akhbar Kampung Lanun.

Bila ditanya dalil untuk itu, seorang ulama Kepimpinan Serban memberikan dalil dari surah sekian, ayat sekian yang berbunyi : Wahai orang2 beriman. Sesungguhnya pedaslah barang siapa yang memakan cili.

Sementara itu, para pemimpin Kampung Lanun sibuk bermesyuarat.

"Gilo kau. Tuan Guru Soleh tu nak letak mana? Ntah bila nak mati, wa tak tau la."

"Tu la pasal. Dia jer halangan utama kita."

"Kita mesti mengekalkan imej Kampung Sengal sebagai imej Tok Lebai Kampung beb. Jenis gemok2, boroi2, bodoh2 alang sket. Cakap dengan media tergagap2. Lurus bendul. Senang kena tipu. Mustahak tu."

"Boroi tu cakap pelan2 sket."

"Dak la.. aku cakap siyes ni. 50 tahun Kampung Sengal diperintah Pak Lebai bodoh2 alang. Takda masalah beb. Tapi sejak wujud team anak muda cerdik ni, rasa nak mati kita."

"Lagi satu ni. Kita kena bantu Kepimpinan Serban yang cakap bersembur2 dan menakutkan golongan yang belum tinggi pengetahuan agama. Ini penting beb."

"Cakap2 gak beb. Ni Tuan Guru Soleh ni tak settle lagi. Dulu lagi, wa dah cakap, masa University Deoband mencatat dengan kegeniusan Tuan Guru Soleh ni, kita sepatutnya batalkan kerakyatan dia.

Skang ni tengok, apa dah jadi? 19 tahun Kelantan dia pegang. Tu takda media, takda apa tu. Kalau ada? Paling tak logik, ntah apa sihir dia guna sampai semua bangsa dan agama suka dia. Wa dah cakap dah. Dulu lagi."

"Ekelee.. lu cakap bila? Lu lahir tahun bila?

"Ngeeeee...."


Kampung Sengal.

Keadaan semakin hebat. Kepimpinan Serban secara tiba-tiba menganjurkan seminar dan konvensyen Kepimpinan Serban. Ke arah pengukuhan Kepimpinan Serban.

Team anak muda diasak hebat. Ditanya dan diajukan soalan. Dari pendirian sehinggalah asal usul nama Kampung Sengal. Habis semuanya diasak dan ditanya.

"Setiap zaman akan ada kesegaran. Ini kerja Allah. Kita hanya perlu pentingkan kesatuan jemaah kita. Selebihnya kerja Allah. Biarlah Allah buat sunnahNya."

"Biarlah penduduk pilih sendiri. Jika dia mahu A, undilah A. Jika dia mahu B, undilah B. Kepimpinan Serban atau Kepimpinan Segar bukan isunya. Isunya di sini ialah selangkah lagi kita menuju peperangan dengan Kampung Lanun. Kita harus mengukuhkan kekuatan kita."

"Kampung Sengal tu nama kemudian. Kami difahamkan oleh orang2 lama, dulu nama kampung ni, Kampung Arsenal. Tapi sejak kena titik dengan Man U 1-3, terus dicatitkan penjajah sebagai Kampung Sengal."

(bersambung....)

Comments

  1. apala duk highlight senarai ulama pas masuk umno.TGHH tu masuk umno ker?dah lama dah berjuang dalam pas.kalau nak masuk umno,lama dah dia boleh tinggal.apala AT..

    ReplyDelete
  2. no plat aje ke?
    gamboo kete xada ke?hahah

    ReplyDelete
  3. satu cerita drama swasta dari blog sampah.cerita ko tu xsedapla brother.kene buh kicap skit baru sodap.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.