Skip to main content

Sebuah story Kampung Sengal (2)

Oleh : AdukaTaruna

Sejak peristiwa itu, bukan sahaja generasi muda kampung, dan bukan sahaja sebahagian generasi lama kampung, malah Tuan Guru Soleh sendiri mendapatkan pandangan team anak muda dalam beberapa kes.

Senario ini mula mencemaskan team Ketua Kampung. Ustad Kasim dan beberapa orangnya beberapa kali cuba berkerjasama dengan Kampung Lanun sebelah.

"Tak boleh beb. Kalau PRU13 team budak mentah ni menang besar, populariti dan kerelevenan kita akan ghaib ditelan zaman."

Malangnya, bagaimana mereka bercatur, Allah turut bercatur. Beberapa siri kerjasama secara gelap mereka, dan idea kerjasama mereka dengan Kampung Lanun, menjadikan mereka semakin lemas.

Kini Kampung Lanun mengangkat team Kepimpinan Serban sebagai hero. Bacalah akhbar mereka, dengarlah di kedai2 kopi mereka, datanglah ke ceramah mereka, hadir lah ke majlis mereka. Semuanya memuji dan menyebelahi Kepimpinan Serban. Allah menterbalikkan keadaan.

Keadaan membara dalam serkam. Dan sekali lagi dijadikan cerita, Tuan Guru Soleh berangkat ke luar negara. Mengerjakan umrah. Peluang terbuka. Perang dimulakan oleh anak Tuan Guru Soleh.

Tanpa konsep bukti, tanpa konsep mesyuwarah, tanpa konsep dakwaan secara tepat, anak Tuan Guru Soleh menuduh rambang. Dan hanya berdasarkan sumber yang dia percayai. Bukan dari mata kepala sendiri. Semua ini timbul di musim pemilihan dan ketiadaan Tuan Guru Soleh.

Keadaan berkecamuk. Harmoni Kampung Sengal selama ini bergolak. Hanya seorang sahaja ahli team anak muda yang dilihat membalas. Selebihnya, kesemua mereka dilihat memilih mengawal keharmonian. Berdiam diri.

Risiko fitnah yang dinyalakan anak Tuan Guru Soleh disambut oleh seorang lagi ulama. Dia mengemukakan dalil dari surah sekian, ayat sekian yang berbunyi : Siapa makan cili, dia akan rasa pedas.

"Ketua Kampung dan Penolong Ketua Kampung wajib dari golongan serban!"

"Haram hukumnya kalau bagi golongan lain. Kalau serban pun tak dicintai, macamana nak cintai nabi?"

"Ya benar! Mereka lebih percaya helmet ciptaan Yahudi dari serban baginda rasul!" Sampuk Ketua Kampung yang baru turun dari Pacuan 4 roda Rexton.

Sebahagian penyokong team Kepimpinan Serban bertakbir.

"Kenapa naik Rexton dan tidak cintai unta?" Kesemua yang hadir tidak peduli sebab wa sebagai penulis kat situ hanya bertanya dalam hati sahaja. Ngeeee....

Kampung Sengal bergolak hebat. Tuan Guru Soleh menegur anaknya dari Mekah. Anaknya tetap ego. Kumpulan Ustad2 Tuan Guru Soleh memanggil mengadap. Kampung Lanun bersorak, dan menyediakan kemudahan media untuk team Kepimpinan Serban.

"Aku ni pewaris nabi. Dan kepada anak muda, akulah musuh anda."

"Pewaris nabi adalah mereka yang mendapat pendidikan formal bidang agama. Memakai jubah. Hanya mereka ini sahaja yang layak menjadi Ketua Kampung."

"Kalau pakai spek?"

"Kalau pakai spek takpa."

"Kalau rambut panjang?"

"Kan ke nabi dulu rambut panjang?"

"Kalau tak pakai serban?"

"Lagi baik pakai serban. Tapi tak pakai pun takpa. Janji jubah ada dan berpendidikan formal dalam bidang agama. Tanpa pendidikan formal bidang agama, sesat!"

(bersambung.....)

Comments

  1. Bro. jgn lupa selitkan mi celup otak udang, hua hua.

    ReplyDelete
  2. "Kenapa naik Rexton dan tidak cintai unta?" Kesemua yang hadir tidak peduli sebab wa sebagai penulis kat situ hanya bertanya dalam hati sahaja. Ngeeee...."

    Wakakakaka...

    ReplyDelete
  3. Bukan Rexton tu hilang 2 minggu lepas ka? Dengar kata kena sargon kt hotel di KB...?

    ReplyDelete
  4. nasib baik wa tak makan cili.tapi terasa jugak pedasnya.hahaha

    ReplyDelete
  5. haha gambar xbleh blah..
    masuk ah watak seorang teruna di pinggir kampung yang sering memanggil ketua kampung dan teamnya bodoh...namun oleh kerana pendengar setia teruna tersebut hanyalah org di dalam poll di atas sahaja, tiada pembaharuan dapat dilakukan...
    sebagai penutup cerita, teruna tersebut bersama pendengar2 setianya menjadi bosan bercerita hanya sessama mereka lalu beralih kepada semi final champions league..wakakaka

    -orang jauh-

    ReplyDelete
  6. kimak lu aduka...
    lawak giler cita ni..
    ha..ha.. elok ko bagi skrip ni kat azwan ali biar dia create utk program cak..cak dia tu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu