IPOH: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau akan meneruskan tugas sebagai Menteri Besar Perak selepas Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini membenarkan permohonan penagguhan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.
Sehubungan itu, Zambry meminta Nizar dan Pakatan Rakyat menghormati keputusan Mahkamah Rayuan seperti Barisan nasional (BN) menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytihar Nizar sebagai Menteri Besar Perakl yang sah.





0 komentar:
Post a Comment