Skip to main content

Siapa yang bakar kelambu. Puak konservatif atau puak pembaharuan?

Oleh : AdukaTaruna

Cuba lu bebaskan kejap otak lu. Tarik nafas dan cuba duduk tengah2. Cool n releks.

Pemilihan PAS sepatutnya berlansung dengan bertamadun, dengan keterbukaan yang tinggi. Ketepikan kejap pembolehubah Melayu. Sepatutnya lah. Semua matang, berkempen atas tajuk hala tuju, agenda, etc.

Yang tukang bagi panas ialah media, blogger2 macam gua. Standard la tuh. Tapi lu yang mendabik dada pemimpin politik Islam sepatutnya tidak boleh jadi macam ni. Releks lagi. Tarik nafas kejap. Cool, senyum dan releks.

Katakan dalam PAS ada 2 kumpulan. Kumpulan pembaharuan dan kumpulan konservatif. Gua tak guna team ulama vs profesional, sebab dalam kedua-dua team tersebut, ada profesional dan ulama sendiri.

Tapi, dengan keadaan releks dan tidak menyebelahi mana-mana pihak, cuba lu fikir, kenapa yang kelam-kabut ialah puak2 konservatif? Sedangkan puak2 pembaharuan banyak berdiam diri?

Adakah mereka terdesak untuk bersaing dalam dunia yang menuntut pembaharuan ini? Menuntut kesegaran ini? Sedaya upaya mengekalkan kerelevanan masing2? Releks, tenang dan timbang dengan selesa. Tarik nafas..... letak tangan belakang kepala dan cool.

Taktikal.

1. Kenapa Hadi muncul tentang UG selepas menyaksikan majoriti pro kepadanya tumbang? Dari sinilah polemik ini tercetus. Releks... tarik nafas. Fikir lagi.

2. Kenapa dedahan Nik Abduh berdasarkan maklumat yang dia percayai (bukan melihat dengan mata kepala sendiri), berlaku selepas pengumuman Mat Sabu dan pertimbangan Husam untuk bertanding Timbalan Presiden?

3. Kenapa pro pembaharuan masih mampu mengawal keadaan, tenang dan mengutamakan jemaah dalam kekalutan ini?

Releks.. tarik nafas.. tenang dan terus berfikir. Adakah ulama bersakan mereka akan tenggelam dalam era pembaharuan ini? Dan mula menggelojak kerunsingan?

Ok. Itu persoalan yang wa lontarkan. Skang kita masuk bab kesimpulan. Kesimpulan pada gua lah. Pada lu orang kena taip kat komen.

Pendapat gua.

Pada gua, ulama kekal relevan. Tetapi kotak pemikiran itu membuatkan satu2 ulama itu mampu bersaing dalam 2 zaman berbeza atau tidak. Tajdid beb, tajdid. Refresh. Ulama2 fikrah era lepas seakan takut dengan tajdid atau penyegaran yang datang secara semulajadi ini. Yang memang dijanjikan ini.

Pro konservatif ini yang kelam-kabut sekarang. Apa salahnya bertanding secara professional. Apa gunanya dibakar kelambu PAS dengan mendakwa TGNA tidak mempunyai fikiran sendiri? Bergantung kepada pembantu.

Apa guna sanggup si anak bertembung dengan si bapa secara terbuka hanya kerana musim pemilihan? Bertandinglah baik2. Kenapa takut dengan janji tuhan akan tajdid? Hormati suara jemaah.

Comments

  1. AT oiiii gerak kerja geng pembaharuan ni amat memalukan...
    1.nak kuasa sanggup menjatuhkan imej yang lagi satu...adakah elok wat cara gitu, membunuh karekter lawan...tak pro beb
    2.adakah geng ulamak membalas bila geng pembaharuan ni menyerang mereka? cuba lu jawab..jawabnya tidak..kerana mereka berpegang kepada asas yang diterap dalam prinsip berjamaah, ini lu takleh baca ke sape yang betul atau tidak.
    3.Pada waa geng pembaharuan yang mulakan dulu, cuba lu baca tulisan2 yang punya fikrah cam lu duk kutuk ulamak dan pelbagai lagi... orang cam lu yang cuba bakar jambatan beb...jangan memandai nak tuduh ulamak..

    maaf waa kena bela ulamak kali ni walau ada benda waa tak puas hati kat depa, tapi pada waa cara lu ini bukan cara nak menegur ulama...pemimpin islam dulu pun sedia menerima teguran dari sahabat, tapi cara sahabat tu tegur bukan cara cam lu..mua ha ha..sory bro...dalam solat cuba lu teliti camner makmum ingin menegur imam yang baca salah atau lalai sedikit...ada cara bro penuh hikmah...mua ha ha...

    fanatik`

    ReplyDelete
  2. bro fanatik,

    Mohon kasi contoh terang kat pernyataan 1 and 2.Nak jatuhkan AT ni tak cukup ckp camtuh bro.

    Kalau takat serangan tulisan AT ni nothing bro.Blogger nyamuk jek die ni.Kasi lah contoh dr pimpinan lah.

    ReplyDelete
  3. sebenonya puok yg mengaku profesional tuh yg nak tunjuk teror itu je masalahnya , dpt hapai hadith 2/3 bijik dan hapai makna ayat quran 2/3 patah dah rasa diri hebat xmo taat pd pemimpin .ilmu akhlak kurang diamali oleh puok2 yg mendabik kata pro.

    - nobodi perfek, im nobodi

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.