1. Hubungi gua di sini.



2. Untuk yang berminat untuk iklan, sila email gua utk pertanyaan harga, etc.



3. Wa lancarkan enovel sulong wa RM10 sahaja. Akaun Maybank no 155014038030 Then, emailkan ke Calling2 Gua butir-butir bayaran anda. Kalau calling2 gua tu tak berfungsi, lu email jer la kat adukataruna2008@gmail.com



Insyaallah. Dalam masa 24 jam, wa akan reply terus e-novel anda beserta passwordnya. Dan anda boleh ulas, bantai, kritik, debat, cadangan, karya tersebut di link ini.





Sahabat

Iklan





260412






011012

May 12, 2009

Perak: Biro Politik Pas mesyuarat Khamis ini


GEORGETOWN: Biro Politik Pas akan mengadakan mesyuarat tergempar Khamis ini, antara lain bagi memohon perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Naib Presiden Pas, Mohammad Sabu, berkata pembubaran DUN yang membolehkan pilihan raya negeri diadakan adalah cara terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak daripada berpanjangan.

"Saya yakin (mesyuarat itu) antara lain akan mendesak dan merayu atau merafak sembah kepada Sultan Perak untuk memohon perkenan membubarkan DUN dan serahkan mandat kepada rakyat. Itu jalan terbaik untuk selesaikan kemelut di Perak.

"Siapa menang pun tak apa. Bagi kami, sama ada Barisan Nasional (BN) kalah ke, Pakatan Rakyat menang ke, tidak menjadi masalah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, di sini, hari ini.

Beliau mengulas perkembangan terbaru krisis politik di Perak berikutan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) memutuskan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Mohamad berkata, krisis politik yang berpanjangan hanya merugikan rakyat Perak dan menakutkan pelabur untuk melabur di negeri itu, sekali gus menjejaskan ekonomi negeri.

"Barangkali ada pihak beranggapan pilihan raya negeri hanya merugikan wang tetapi dengan krisis yang berpanjangan, ia akan menyebabkan ekonomi Perak pada jangka panjang akan menjadi teruk.

"Pilihan raya negeri...hanya tiga minggu dan selesai. Selepas itu, rakyat tahu dan semua tahu siapa yang memerintah Perak," katanya.

0 komentar: