Skip to main content

Penjaga gol tak glamer..


Oleh : AdukaTaruna

Sebuah padang bola di sebuah kampung ini sentiasa panas. Bukan sahaja kerana cuacanya, tetapi perlawanan yang berlaku di atas padang itu.

Team Surau yang menjadi belasahan sejak lebih 50 tahun dulu, di padang itu, kini semakin digeruni. Itu pun setelah berhijrahnya para pemain muda, bertenaga, cerdik sejak 1998.

Posisi dan susun atur berubah mengikut alam. Pemain2 muda ini semakin dipilih dan semakin menjadi sebutan.

Cuma, penyerang. Penyerang team Surau memang menjadi bualan hangat penonton. Bahan maki popular para pemerhati. Dengan lembabnya, dengan selalu passing bola kat lawannya, dengan terpinga-pinganya, dengan gemoknya.. entahlah.

Penyerang ini enggan menjadi penjaga gol demi pasukan, apatah lagi menjadi pembancuh air. Tak glamer katanya. Lagi pun masih ada saki-baki penonton dalam lingkungan 50-70 tahun yang suka penyerang lembab ni.

Ketika Hasbullah Awang dan Hasbulah Pit mendapatkan pandangan peminat berumur tua, mereka memberikan pendapat begini :

"Penyerang boroi tu imam masjid. Hormatla sikit. Bukan sedikit jasanya terhadap padang bola ni." Kata seorang tua.

Manakala rakannya pula mengatakan begini.

"Dalam team Surau, penyerang 1 dan penyerang 2 wajib seorang Lebai."

Bukankah pasukan Surau mempunyai para pengarah yang terdiri daripada Lebai dan Imam? Jadi, praktikalkah perlawanan bola diwajibkan penyerangnya juga seorang Lebai dan Imam?

Jika kita lihat pasukan surau di negara berbangsa cerdik, mereka ada sayap untuk perlawanan bola sendiri. Dan sayap bola itu dikawal oleh para pengarah Imam dan Lebai mereka. Serahkan sesuatu bidang itu mengikut ahlinya.

"Ala.. hang ni. Jangan mengarutla. Penyerang tu pewaris nabi la. Haram hukumnya menggantikan beliau. Haram hukumnya penyerang dalam sebuah pasukan bola sepak diberikan kepada bukan Lebai dan Imam."

Apa dalilnya?

"Tu la. Suruh mngaji tak nak. Ayat sekian dari surah sekian yang berbunyi, wahai orang2 beriman, pedaslah siapa yang memakan cili."

Betul ke dalil tu?

"Woi budak.. aku ulama la. Pewaris nabi. Hujung nama aku ni bertitle Tantawi beb."

Comments

  1. Aduii... pedasnya! Cili dari mana ni, sdr. aduka?

    ReplyDelete
  2. penyerang mesti ade instinct sbg penyerang..direct,terbuka,bijaksana(mcm Torres),pandai berkata2(cm Drogba..hehe),sentiase mewujudkan peluang merembat utk rakan2 lain...bknnye wat hantaran bola berjenama UG kepada rakan sepasukan yg kaki bangku lalu terus klua padang minum fres oren...

    ReplyDelete
  3. lu bakal seorang sasterawan. sasterawan dalam bikinan. leh ganti pak samad. syabas!

    ReplyDelete
  4. pandai berlakon cam ronaldo skali bro. hahaha

    penyerang yg ada skang, buat taik sampai satu team bertumbuk. Tak lama lagi ada la yg bakar kete tuh. kah kah kah

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.