Skip to main content

Pencatit sejarah.

Oleh : AdukaTaruna

Sejarah tak pernah menipu. Yang menipu ialah pencatit sejarah. Sebab itu sejarah harus diimbangi oleh kesemua motif pencatit. Pencatit bermotif A akan mencatit sejarah Melaka dengan sekian sudut. Pencatit bermotif B akan mencatit sejarah Melaka dengan sekian sudut lain pula. Jadi, generasi akan datang akan menimbang sendiri.

Sama ada di blog gua, atau di wikipedia atau forum atau apa sahaja, sebenarnya Sultan Perak dan Hadi telah tercatit sejarahnya untuk tatapan generasi depan. Tercatit tanpa disedari.

Sultan Perak.

Sultan Perak akan tercatit sebagai Sultan yang dilembukan. Setiap perkara tidak kekal. Termasuk sistem beraja ini. Yang kekal hanyalah Allah. Terer macam Nabi Sulaiman atau Iskandar Zulkarnain pun out gak.

Walaupun satu hari nanti pilihanraya kecil negeri Perak, wa akan memastikan sejarah Sultan yang memilih mewujudkan sensara rakyat demi kepentingan tertentu tidak akan terpadam. Adat Melayu begitu. Sensara dan kejahatan akan hilang bagai debu disedut vakum apabila menerima sedikit kelapangan.

Selaku orang yang mendakwa banyak memerhati tingkah laku Melayu, gua dengan yakin akan meramalkan, 'dosa-dosa' Sultan Perak akan terhapus dalam otak dan perasaan Melayu sebaik sahaja munculnya pembubaran DUN.

Dan gua tidak akan memadamkan itu. Tulisan gua adalah sejarah yang dirujuk generasi depan. Hanya salah satu pencatit sekian motif dari ribuan yang lain.

Hadi Awang.

Hadi Awang akan wa catit sebagai Presiden PAS paling lemah, lembab dan mengkucar-kacirkan keadaan. Sama ada pencatit sejarah lain setuju atau tidak, mereka terpaksa bersaing dengan gua.

Terdapat beberapa kehitaman ulama lemah daya pemikir ini selama diberikan amanah menerajui jemaah PAS.

  • Peluang melenyapkan BN dan peluang PAS bergerak secara solo selepas BN lenyap hilang apabila berkuburnya Barisan Alternatif. Ubat tamat tempoh dan corak pemerintahan Hadi yang sangat bodoh ketika situsi semasa itu.
  • Isu muzakarah secara gelap dan menipu intelek pengundi yang menjadi punca barah segala kekhilafan selepas itu.
  • Bahan sarkas musuh jemaah Islam.
  • Orang yang tidak mampu applikasikan ilmu dengan leadaan dunia sebenar.
  • Presiden yang menjadi punca pertelingkahan terbesar jemaah sendiri.
  • Presiden yang paling tamak jawatan dalam satu-satu masa sehingga kalah terus 2004.
  • Presiden paling lemah level aktivis.
  • Presiden paling lemah seni berhadapan dengan media. Bodoh bahasa Inggeris dan sebagainya.
Semua ini akan terakam secara sunnah alam sepanjang masa. Ianya akan menjadi rujukan generasi depan.

Selagi dunia tidak kiamat, hanya 2 perkara yang kekal. 1 jenama, satu lagi ialah tulisan.

Comments

  1. hati2 bila tulis, wa takut nanti tak pasal2 bro AT kena sumbat dalam ISA plak.
    tak leh la wa nak nak baca blog bro AT lagi

    ReplyDelete
  2. kakakah.

    xpuahati tu.hadi awang jugak yang dia tuju.bengap apa aduka ni.xleh terima realiti ke hah?zaman hadi awanglah timbulnya intelek2 songsang,ahli parti yang bertuankan PKR,ahli parti yang pandai2 buat keputusan sendiri,ahli bergaduh ngn ahli.dalam masa yang sama,masa hadi awanglah pas ada saham di 5 negeri.sebelum ni,xde.pendapat aku hadi awang adalah berjaya sebab dizaman dialah pas capai tahap pertama kegemilangan.pas mengorak langkah kepada strategi2 yang matang.Zaman Hadi awanglah pas akan tapis siapa pejuang sebenar,siapa pejuang yang kejar taik! proses penapisan ni sedang berjalan sekarang.

    bye aduka...

    ReplyDelete
  3. Betul tu bro.aku setuju TGHH adalah seorang yang berjaya.semoga Allah sentiasa memelihara beliau dengan kesihatan dan keilmuan yang berlipat kali ganda. setiap tutur dan gerak langkah beliau akan pelik bila dibaca dengan akal yang panjang sejengkal.tapi bila dibuat kajian, segala tuturkata dan idea yang dilontarkan mempunyai hikmah yang hebat. bravo!

    -naim

    ReplyDelete
  4. baru aku nampak tulisan aduka yang xpuahati.dah2la tu aduka.nanti pecah keyboard komputer ko tu...

    sia2 je hentaman lu tu.cam anjing salak bukit je..oops lupa yang aduka ni memang anjing cina sayur kat belakang rumah aku.hehehe

    ReplyDelete
  5. maaf sedara AT...aku hormati pandangan ko...

    kenapa pandangan AT berpaksi kepada 2004??kenapa perlu ke belakang dari 2004....

    kenapa tidak nilai selepas dari 2004???kenapa disalahkan perbezaan pandangan??...

    perbezaan pandangan mendatangkan perbincangan...perbincangan dikalangan ahli PAS adalah berpaksi pada ilmu...

    kenapa sedara AT tidak anggap perbezaanlah adalah sumber kekuatan???...perbezaan kemudiaannya mendatangkan permuafakatan dalam tindakan??

    tgk ler...betapa ahli yg paham...adanya prinsip wala'...

    sejauh mana kelemahan pada tuan presiden...sebenarnya melambang kekuatan tuan presiden...kerana kita sekarang diserang dalam segenap segi...

    hatta apabila mendapat 5 butir emas...kita masih diserang!!..ketahanan tuan presiden menentang arus amat dihargaii...

    akhir kalam
    "sesungguhnya debu2 yg melekat pd jubah tuan presiden amat mulia jika nak dibandingkan dengan kita"..

    terima kasih...harap maaf

    wassalam...

    ReplyDelete
  6. Bro aduka,
    nice analysis, satu cetusan idea yang membuka matahati org2 yang mahu berfikir. masalah dgn org kita ni bila sesuatu pendapat atau pandangan itu bertentangan dengan kehendak dia, dia akan menganggap pendapat itu silap. teruskan aduka.

    ReplyDelete
  7. penyokong TGHH susah betul untuk fikir di luar kotak...heran aku...

    ReplyDelete
  8. Atas prinsip kebebasan bersuara saya menghormati tulisan AT.
    Ada juga yang betul dan ada juga yang terpesong.Teruskan tulisan Tuan,agar dapat menerajang otak para pembaca.

    ReplyDelete
  9. aduka,presiden tidak perlu lakukan semua perkara..

    utk mulut becok jawab media ialah kerja ketua penerangan...
    hang tibailah ketua penerangan Pas!!

    untuk think tank bla..kerja dr dzulkifli..
    untuk lawan musuh kerja Mustapa ali..
    utk cerita falsafah perjuangan kerja nik aziz..

    utk nampak gah kerja unit amal..
    bla bla...

    ReplyDelete
  10. Betul gak tu Perunding.. tapi kalaulah media cri org2 tu dri Presiden... huhu...

    ReplyDelete
  11. To some degree hanz setuju psl TGHH ni Aduka... mmg ada kekurangan TAPI tak ler seteruk mike kata tu. Kira aku pun kritis tapi aku rate TGHH ok ler setakat yg ada ..tiada pengganti dia yg layak setakat hari ni. Kalau boleh teman nak org cam Ir Dato' Seri Nizar jer Presiden...hehe..insyaAllah akan datang ..next change kot 10 tahun lg.

    Psl Sultan aku setuju baginda ada silap yg beso gak ler... terkesan hingga ke hari ni masalah yg baginda sengaja/tak sengaja lakukan. Entah ler... TAPI betul gak kata setengah blogger tu..HATI_HATI ler Aduka..kang tak pepasal mike ke dlm...ouchh! terpaksa aku sign 1 lg petition...hehe

    ReplyDelete
  12. siapa pernah dengar ahmedinajed ngan erdogan cakap bi?

    ReplyDelete
  13. waa ingat AT pun dah terpengaruh dengan bahasa inggeris bahasa ilmu nie wakkaka....sebab tu dia sokong ppsmi he he...

    yang lu kutuk hadi awang ngalah lu kutuk UMNO ni apasal AT...zaman hadi awang lah , banyak kejaayaan dalam PAS, lu kena ingat tue....sejarah satu hari nanti ayat dia cam gini...

    Sewaktu hadi awang jadi presiden PAS mampu menerobos kubu kuat umno di johor, menjadi MB diperak, kedah dan kelantan, dan membentuk kerajaan di selangor bersama bla bla bla...dan PAS menjadi kuasa penentu dalam arena politik malaysia..

    fanatik

    ReplyDelete
  14. Betul fanatik,
    masa ni orang xkenang lagi apa yang hadi awang buat.tapi selepas ni,akan kedengaranlah jasa dan perjuangan beliau dihargai dan dibukukan dalam sejarah kejayaan PAS selama 27 tahun ulama memacu ummah.kejayaan tahap pertama dicetus oleh hadi awang.tahap kedua siapa pula ye?kemudian akan dikembangkan seterusnya oleh pencinta2 islam setiap zaman.lalu lah,generasi zaman itu akan berkata tuhan telah mengurniakan seorang ulama yang hebat dizaman datuk nenek aku dulu...

    ReplyDelete
  15. kalau renung2 banyak hikmah kejadian yang berlaku sekarang, yang penting terus istiqamah berjuang, hasil serah pada Allah dia yang menentukan, masa Fadhil Nor presiden PAS dulu memang wa respect tapi 2 negeri je PR dapat, Hadi ni memang la nampak lemah tapi sebab apa Allah kasi plak PR 5 negeri? Kembali la renung sejarah..nabi nuh adalah nabi yang paling lama dakwah manusia tapi nabi yang punya paling sedikit pengikutnya, tapi Allah tak pandang hasil dakwah .. Allah pandang kerja2 dakwah, kejarlah reda Allah daripada leka mengejar reda nafsu...

    ReplyDelete
  16. kutuklah sepuas-puasnya aduka..selagi lidah dan jari yang dikurniakan oleh Allah taala boleh berfungsi dengan baik.TGHH hanya manusia biasa,sama jugak dengan kamu.cuma bezanya beliau adalah guru dan pemimpin yang ada tahap/level disisi tuhan.selagi kamu bernafas dan hayat masih ada kamu kutukla secukup2nya sehingga nyawa berada dihalkum. dimasa itulah kamu akan tahu dimana tahap kamu disisi tuhanmu. setiap perbuatan didunia pasti ada balasannya disisi Allah.Dia xakan sesekali leka dalam menulis amal perbuatan kamu walau sesaat.

    takbir!!

    ReplyDelete
  17. pedih hati aku dgr ulama kna hina...

    ulama pewaris nabi...

    ReplyDelete
  18. Astagfirullah..dah sesat AT ni aku rasa

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.