Skip to main content

Peluru berpandu Malaysia lebih canggih


WASHINGTON 21 Mei - Peluru berpandu yang dilancarkan dalam ujian terbaru oleh Malaysia adalah peluru berpandu pendorong pepejal dengan jarak yang paling jauh pernah dicatatkan, demikian menurut seorang pegawai kerajaan Amerika Syarikat (AS).

Ia sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai teknologi peluru berpandu Malaysia yang dilihat semakin meningkat.

Pegawai AS yang enggan dikenali ketika membincangkan perincian teknikal program peluru berpandu Malaysia, menyatakan bahawa Kuala Lumpur sebelum ini hanya mempunyai peluru berpandu jenis itu untuk jarak yang dekat. Yakni sejauh dari KLCC ke Kampung Baru sahaja.

Roket yang menggunakan pendorong pepejal menjadi kebimbangan kerana ia boleh dihasilkan sebelum disimpan atau disorok berbanding roket menggunakan pendorong cecair yang perlu dilancarkan segera selepas bahan api diisi, seterusnya menjadikan ia lebih mudah dipantau dan dipatahkan.

Namun menurut Setiausaha Pertahanan, Robert Gates, yang semalam memberikan pengesahan pertama AS berhubung ujian peluru berpandu oleh Malaysia, menyatakan yang peluru berpandu milik negara itu mampu terbang sejauh 2,000 hingga 2,500 kilometer

Ini bermakna ia mampu mengenai Singapura, pangkalan-pangkalan AS di Asia Tenggara dan sebahagian daripada Eropah Timur.

"Maklumat yang saya terima menunjukkan ujian tersebut adalah berjaya," kata Gates kepada House Appropriations Committee, lapan jam selepas ujian itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak. -

Comments

  1. haha.. silap2... boleh sampai Malaysia peluru tu bro.. hauhua

    ReplyDelete
  2. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0522&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_05.htm

    ReplyDelete
  3. hahaha..najib bace berita ni die buang negara lu ke iran atas tuduhan mempersendakan dan cubaan mengaibkan Malaysia ke peringkat antarabangsa...

    lu nk gune berite ni sbg bukti teori otak lu la ni?haahahha

    ReplyDelete
  4. Apa da, mana leh sampai ke Eropah Timur? Bangla pun tak sampai lg... hehe...

    ReplyDelete
  5. lambat lagi kot. kena tunggu ppsmi berjaya. skang tengah kejar istilah baru, muncul setiap minit.

    ReplyDelete
  6. Itulah Amerika Syarikat, fikir diorang kuat sangat. Ambik kau, sekali Allah utuskan negara Malaysia kita yang tercinta ini untuk membina sendiri peluru berpandu jarak jauh sebagai satu amaran kepada ke atas Amerika Syarikat balik, baru diorang tercenggang. Satu berita yang tertinggal iaitu, negara Russia dan China ingin membantu negara Malaysia kita untuk meningkatkan lagi keupayaan dan jumlah peluru berpandu negara kita ini. Negara jiran kita yang terdiri dari Indonesia dan Singapura yang mendengar berita bahawa negara Russia dan China akan bantu negara Malaysia kita bina peluru berpandu jarak jauh ini, menyebabkan mereka marah dan ketakutan. Ini kerana negara Indoensia dan Singapura adalah negara yang kurang senanag dengan negara Malaysia kita sudah lama. Mereka penuh dengan perasaan cemburu, ego dan negatif kepada Malaysia. Tetapi, " ALHAMDULILAH!!!!!!!!! Negara Malaysia kita yang tercinta ini, turut berkemampuan dalam menghadapi senjata canggih Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Israel, Singapura dan Indonesia. Sekarang Amerika syarikat, United Kingdom, Perancis, Israel, Singapura dan Indonesia dalam ketakutan kerana kemampuan negara Malaysia yang kita sayang ini dalam membina peluru berpandu jarak jauh.
    ALLAHUAKHBAR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    Akhir sekali,

    " SATU BERITA YANG SANGAT RAHSIA DI MANA SUMBER MENGATAKAN BAHAWA, NEGARA MALAYSIA YANG KITA CINTA DAN SAYANG INI,TELAH PUN BERJAYA MENCIPTA BARU SATU SAHAJA PELURU BERPANDU JARAK JAUH YANG MAMPU MENGGELILINGI DUNIA DALAM SATU KALI SAHAJA. YANG PALING MENGEJUTKAN PENCIPTAAN PELURU BERPANDU JARAK JAUH YANG BOLEH MENGGELILING DUNIA HANYA SATU KALI SAHAJA INI, DI BINA OLEH PAKAR TEMPATAN NEGARA MALAYSIA KITA SENDIRI TANPA BANTUAN NEGARA LUAR. SEDANGKAN NEGARA-NEGARA LUAR SANA YANG SUDAH LAMA MAJU DALAM BIDANG KETENTERAAN SENDIRI TIDAK TAHU LANGSUNG MENCIPTA SEDEMIKIAN RUPA. MEREKA YANG DAPAT TAHU BERITA YANG MENAKUTKAN INI, HANYA MAMPU TERCENGGANG, TERGAMAM, TERKAKU, TERKEJUT, TERSENTAk, TERKEBIL-KEBIL,TERKEDU SEKETIKA DAN TIDAK MAMPU MENGUCAPKAN APA-APA LAGI. MEREKA SENDIRI BELUM CAPAI LAGI KEUPAYAAN INI KECUALI NEGARA KITA.

    KONKLUSINYA, SYABAS NEGARA MALAYSIA YANG SAYA CINTA DAN SAYANG. TERUSKAN MEMBANGUNKAN TEKNOLOGI KETENTERAAN PELURU BERPANDU JARAK JAUH, HASILKAN JUMLAH PELURU BERPANDU DALAM JUMLAH YANG BANYAK PADA HARI DEMI HARI. DAN AKHIR SEKALI DARI SAYA, NEGARA MALAYSIA PERLU TINGKATKAN KEMAMPUAN JARAK JAUH PELURU BERPANDU KITA INI BOLEH PERGI. KALAU BOLEH BIAR PELURU BERPANDU KITA INI, BOLEH SAMPAI KE TEL AVIV, IBU KOTA NEGARA ISRAEL KALAU BOLEH LAGI, BIAR SAMPAI KE IBU KOTA SINGAPURA DAN INDONESIA.

    BARULAH MEREKA AKAN TERKENCING- KENCING !

    ReplyDelete
  7. jgn nk berangan. berita tu dituju kpd iran tp admin ubah kpd nama malaysia. mmg bongok la ko ni admin. fitnah setiap penjuru. dosa fitnah lagi besar dr membunuh (surah al-baqarah)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.