Skip to main content

Mari bergebang tentang pemilihan PAS.

Oleh : AdukaTaruna

Beb. Sesiapa nak join sembang-gebang ni bahaya beb. Tak pasal2 nama lu orang kena lebel bangsat plak kang. xenan kena bawah nama gua jer. Hahaha. Padan muka dia. uma, lelaki_ini semua kena. Cuma Berg jer yang selamat. Ngeee...

Ok. Tanpa membuang masa, kita pergi kat Naib Presiden dulu.

Naib Presiden PAS.

Calon-calonnya ialah :
  • Mahfuz
  • Mujahid
  • Salahudin
  • Tuan Ibrahim
  • Nik Amar
Tapi kerusi ada 3 jer. Dulu masa gua tadika Kemas, ada sukan tahunan. Main rebut kerusi. Final gua lawan budak gemuk. Dari Tadika Kemas tempat lain (lupa). Kemenangan gua dibatalkan sebab gua alihkan kerusi bila muzik habis. Terduduk budak tu gua cakap lu. Hahaha. Tak sengaja ma. Takda plan, tapi refleks terdesak kot.

Apa taknya, time dia lalu kat depan kerusi, dia lambat2 jer. Time dia lalu kat belakang kerusi, dia tolak2 gua nak lalu kat depan kerusi.

Gua ingat kalau Naib Presiden dipilih ikut cara Tadika Kemas, yang menang Mujahid kot. Badan sasa jer tuh. Senang2 jer body contact Tuan Ibrahim. Tapi sebab undi, saiz badan bukan penentu la. Haha.

Gua bukan ahli PAS. Gua mana kenal semua calon2 nih. Kenal melalui media lah. Kalau sebut melalui media, maka, kita masuk tajuk glamer.

Dalam tajuk glamer, hanya 2 nama jer pada gua yang tak glamer. Nik Amar dan Tuan Ibrahim. Nik Amar paling tak glamer pada gua. Jadi, gua pilih atas apa yang gua nampak la. Kebolehan mereka untuk 'hadir sebagai perdana' dalam arus politik negara. Penting nih. Kalau tenggelam, baik gua pilih Hadi.

Pilihan gua :
  • Mahfuz (undi kedua tertinggi)
  • Mujahid (undi ketiga tertinggi)
  • Salahudin (undi tertinggi)
Timbalan Presiden PAS.

Skang Timbalan plak. Calon2nya :
  • Nasha
  • Mat Sabu
  • Husam
Payah ni beb. Kerusi nak satu jer. Kalau ikut Tadika Kemas, kompom wal sahih Mat Sabu menang. Mat Sabu jeling jer, Nasha dah mesti nak nangis dah. Tinggal final Mat Sabu lawan Husam. Kalau tolak2 fizikal kompom Husam kalah.

Tapi, tak guna cara Tadika Kemas. Kalau guna cara UMNO, up siket dari Tadika Kemas, gua pasti Nasha menang. Sebab Nasha paling kaya. Paling disokong UMNO. Jangankan tangkap, jentik pun FRU tak mahu.

Malangnya kita guna cara PAS. Tu yang payah sket tu.
  • Kalau majority perwakilan PAS jenis bodoh = Nasha
  • Kalau majority perwakilan PAS jenis aktivis, ahli Unit Amal ke = Mat Sabu
  • Kalau majority perwakilan PAS jenis intelek, pemikir, strategis = Husam
Kalau berdasarkan kebodohan PAS mengekalkan Hadi, gua ingat majority perwakilan adalah jenis bodoh2 belaka. Kumpulan konservatif-naif. So, Nasha menang. Nak-nak pulak undi pembaharuan PAS terpecah dua oleh Husam dan Mat Sabu.

Kalau dalam keadaan ini, Husam atau Mat Sabu menang, wa tak terkata la. Kalau Nasha menang, memang gua gelakkan jer.

Kalau gua jadi Husam.

Kalau gua jadi Husam, gua pertahankan Naib sahaja dulu. Beri laluan kat Mat Sabu. Tapi kalau risikan gua peluang gua menang tinggi, gua bertandinglah. Mat Sabu diharapkan boleh 'mengawal' kebodohan Hadi.

Tapi terlanjur Husam dah bertanding, gua ingat gua pilih Husam la. Sebab tajuk Husam hampir semua.
  • Husam aktivis juga walau rendah dari Mat Sabu. Kijang Care, selamatkan gadis, etc.
  • Husam dilatih TGNA dalam pemerintahan puluh tahun. Mat Sabu belum ada pengalaman memerintah kerajaan.
  • Husam ada pengalaman kawal DUN dan kawal Parlimen.
  • Husam lebih dekat dengan semua level berbanding Mat Sabu. Mat Sabu tidak dekat dengan level ahli bawahan UMNO.
  • Husam boleh masuk tajuk ekonomi, Mat Sabu tidak boleh.
  • Husam boleh berbahasa Inggeris, Mat Sabu tidak boleh.
Okeh. Skang turn lu orang pulak.

Comments

  1. Lu kecik2 pun dah kuang asam eh, hehe.

    Naib Pres. wa stuju dgn lu: Mahfuz, Mujahid, Salahudin.

    Husam & Md Sabu x defend Naib. So risiko utk mrka t'keluar dr Pusat adalah tinggi.

    Kalo salah seorg menang, di mana kedudukan seorg lg?

    Kalo dua2 kalah, di mana kedudukan mrka kelak?

    Dua2 aset mahal PAS. X de post dlm Pusat adalah kerugian besar.

    Ape pandangan lu bro?

    ReplyDelete
  2. nanti, hadi bwk lah diaorg masuk..
    jadi ajk..hehe

    AT,
    lu kata tuan ibrahim x cukup glamer,
    bior beno...
    dia biasa glamer masuk TV bro.
    tp zaman dulu2 laaa...haha

    wa taruh,
    mahfuz,mujahid,tuan man.

    hehe

    ReplyDelete
  3. mlm ni husam lwn zahid hamidi samseng kt tv9 hujah pukul 9.30mlm.lu org rakam nanti upload kt u tube haaaa.

    ReplyDelete
  4. Uma, si AT tu mane layan RTM. Boikot katanye, haha.

    Uma, bg 10 sbb knpa lu calonkan Tn. Ibrahim?

    Wa calonkan Salahudin sbb dia dah diuji ms mengetuai Pemuda & dia b'jaya (walaupun x secemerlang Mahfuz). Dia byk belajo.

    ReplyDelete
  5. Wa pilih Husam.. Sdh smpai msnya PAS buat pembaharuan.. Angkat golongan intelek.. Skrg ni PKR aje yg ramai intelek, PAS plak ramai ustaz2.. Husam ni mewakili golongan intelek.. Pasni, golongan ni akn lebih terbuka utk menyertai PAS coz Husam drpd golongan intelek tp mndpt didikan direct drpd TGNA.. Klu Nasha yg mng, PAS mmg tknk step up.. Maka, camtu aje la utk 2-3thn yg akn dtg.. Abg Mat wa tk pilih sgt coz abg Mat hy lantang bersuara, tp kuat main redah aje.. Strategi mmg krg.. Hahahaha..

    ReplyDelete
  6. Husam for deputy president,
    leh backup Hadi, lebih kurang maknanya melengkapi la, simbiosis.

    Salahuddin, Mahfuz for vice president, tambah lg sorang yang alim sikit maybe Nik Amar.

    ReplyDelete
  7. Naib Presiden:

    Mahfuz - sapa tak pilih Mahfuz memang bebal la... lagipon wa sokong dia lama dah.. kwang kwang...

    Salahudin - sapa tatau prestasi beliau semasa ketua pemuda. Wa pikir memang seswai

    Tuan Ibrahim - Bekas lecture kanan UiTM. tak silap wa Pesuruhjaya Pas Pahang. Contoh ulama yg profesional.

    Timbalan Pesiden
    Ust Nasha berjaya mengenepikan Ust Shukri dulu kerana faktor reformasi(anwar) dan dia dilihat cerdik. Malangnya prestasi beliau kurang membanggakan. Wa tidak melihat hanya dalam kes muzakarah/muqabalah namun secara keseluruhan. Wa respek Ust Nasha namun wa pikir masanya dah sampai utk let go...perwakilan Pas harus let go ust nasha.

    Mat Sabu, wa akan sedih kalau dia kalah... namun bila difikir semula, dalam Pas ni bukan nak kejar jawatan... Pas boleh fikirkan tugasan yg sesuai utk mat sabu... jd wakil Pas ke luar negara ka.. :)

    wa nampak karisma dan aura Husam lebih menonjol, lebih2 lagi dia di backup oleh TGNA.
    Husam for Timbalan Presiden
    (aiseh Pres dan Tim Pres org pantai timur?? kalau baca segi ni pulak, mat sabu still ada peluang)

    ReplyDelete
  8. Ni kabinet pilihan gua :

    Timb : husam laaa
    Naib : Salahudin, mahfuz, tuan ibrahim

    hujah gua sbb apa pilih husam :

    1) sebab dia ni level pemikir,jadi boleh backup hadi yg kurang bab2 strategi. mat sabu letak la kat posisi bulldozer.

    2) dapat tarbiyah direct TGNA

    3) bijak & berseni & proaktif dlm politik. Dalam byk isu melibatkan PAS vs BN, dia terkehadapan dlm pertahankan PAS.

    4) berani bsemuka dgn sesiapa saja dari BN dgn hujah penuh fakta & tenang. bukti,debat ngan khairy,ajak zahid hamidi,dll di pentas tbuka.

    5) menonjol sbg pemimpin PR yg smart, bseni dan disegani dikalangan PKR & DAP. kalo anwar kena ISA, husam akan ganti tempat anwar utk hadapi BN

    6) prestasi mantap dlm pentadbiran negeri, pernah jadi ahli parlimen yg dikagumi lawan dek kepetahan beliau bhujah dgn fakta.boleh tgk kat video lama2 kat youtube masa dia tibai menteri penerangan smpi menteri tu xdpt balas.

    7) otak ekonomi, pandai cari duit utk majukan PAS. dan tak byk birokrasi dlm parti dlm bab2 bagi duit utk aktiviti parti. lancar jek.

    8) imbangi org2 kat keliling hadi mcm dr shamsuri, roslan sms, cikgu pa dll yg byk pengaruhi hadi. husam adalah org tbaik utk tune balik hadi.

    petunjuk luaran yg gua guna sbg basis :

    1) utusan balun husam gila2 dgn konsisten myatakan dia ni pro-anwar & erdogan. mat sabu kurang kena balun sbb utusan nampak husam je yg mampu kalahkan nasa, bukan mat sabu. utusan anggap kalo mat sabu menang pun, kurang bahaya bbdg husam menang.

    2) hujah2 sentimen utk tolak husam kebanyakannya berkisar bab2 yg xde bukti mcm "husam ni taksub anwar", dan sindiran2 mcm "pakai baju kemeja kotak2", "husam tabur duit", "husam ni bukan golongan ulama".

    So, bagi gua, kalo nak betul2 talqinkan umno, lu kena letak level pemikir tahap tinggi mcm husam, bbdg mat sabu yg level aktivis yg boleh diletak dlm posisi yg lebih strategik dlm parti.

    Apa pandangan tempurung lutut lu org?

    ReplyDelete
  9. sbb apa gua pilih salahudin, mahfuz ngan tuan ibrahim?

    salahudin : ketua pemuda yg benar2 perform spjg memimpin pemuda. tahan lasak, dah teruji, politik matang dan berseni,bpandangan jauh, luas pbacaannya, berani buat ijtihad & eksperimentasi, disegani pimpinan PKR & DAP dll. future leader beb.

    mahfuz : ketua penerangan yg perform dgn cemerlang, clean dari label mana2 puak, disenangi semua kem wpun pro-PR dan anti-muqabalah. phujahan mantap (aku igt lg dia balun ahli parlimen BN dlm hujah tv9, smpi merah muka mamat tu,haha), bijak manipulasi isu, mesra rakyat.

    tuan ibrahim : ulama tulen, tak emosi mcm tantawi, kepimpinan cemerlang sampai PKR ngan DAP phg mmg respek dia, zuhud, warak, rasional, tak mudah diperdaya (ada ptalian kerabat ngan TGNA, sbb tu genetik mengalir kot,hehe).future leader utk ganti TGNA dlm majlis syura pada masa akan dtg. dah tak banyak ulama mcm dia ni, byk yg dah swing ke nasa.

    ReplyDelete
  10. kesimpulannya, gua nampak semua calon2 pilihan gua boleh diprojekkan jadi universal leader yg bukan saja boleh pimpin PAS, tapi boleh jadi harapan utk pimpin PR, seterusnya jadi pemimpin negara.

    adios, gua blah dulu.

    ReplyDelete
  11. tuan man,
    dpt undi yg tbyk utk ajk pas pusat tu..hehe

    wa rasa,
    tuan man,
    campuran antara prof & ulamak.
    sesuai utk PAS
    dan sesuai luar sana.
    dan wa tgk x byk
    wat songeh lg...haha


    salehudin,
    wa respect siap leh tegur wa
    kat pudu tu...haha
    wa suke pimpinan mcm ni.
    cume wa x leh nak taruh dia as
    naib je...hehe

    nape nizar x masuk?
    dia x bertanding ke?

    ReplyDelete
  12. Salahudin tegur lu sbb lu buang sampah merata2 ke? Haha.

    Nizar dicalonkan Naib tp tarik diri.

    ReplyDelete
  13. bagus tul MB wa tu,
    sedar diri..hehe

    tp wa rasa MB wa tu,
    icon yg sesuai utk PAS
    meneroka pale otak masyarakat
    yg pbagai yg ada dlm realiti msia.

    salehudin,
    bg wa bergaya friendly,
    kepimpinan yg wat gaya elit
    nak je wa terajang.haha

    bg wa,
    bukan mudah nak buang org lama,
    tambahan lg hadi..
    bg wa
    hadi adalah icon spirtual dlm PAS pd zaman dulu2.
    dan bg wa,
    hadi perlu diberi posisi
    yg sesuai dgn networking nya
    dgn gerakan islam yg lain.


    timbalan:husam
    naib: mahfuz,mujahid,tuan man.

    ReplyDelete
  14. korang jangan takut.aku rasa yang menang adalah nasa.perwakilan akan pilih dia berbanding dengan yang lain.mat sabupun ada peluang.tapi kalau husam,korang jangan haraplah dia akan menang.dia akan mengubah halatuju pas diluar dari matlamat pas selama ni.kalau nak kira dia tu pandai pentadbiran,baik korang pilih ciput yang terer pentadbiran tapi hancur dlm matlamat supaya kepentingan islam dalam malaysia ni terjamin.

    husam, out of tune.

    -zaragosa-

    ReplyDelete
  15. husam ubah hala tuju PAS?
    x brapa logic lah bro,
    klu husam nak ubah
    pdekatan
    or pcaturan..
    tu lebih logic dari akai wa.

    ReplyDelete
  16. hum..wa nak tanya balik.Apekah halatuju Pas yg husam nak ubah tu?

    Pd wa yg berubah ialah pendekatan.kalau dulu(baca:Pru2004) pas cuba mcm "memaksakan" idea negara islam pd masyarakat majmuk malaysia.Dah tentu ditolak at least 50% rakyat malaysia.

    Kini(baca PRU2008)Pas ambik tindakan mendekatkan dulu masyarakat dengan unsur2 "good governance" n "justice" yg dah tentu terkandung dlm agenda Negara Islam.Terbukti berjaya.Halatuju berubah ke??

    Tp probnya pendekatan ni tak berapa disetujui oleh geng "old school of thought".

    So jln tengah terbaik ialah memilih mat sabu sbg tim pres sbg "buffer" semacam mana Anwar jd "buffer" pd geng Pas n geng Dap.

    Kalau dak..terpaksa pilih antara usaha pru08 hancur(klu pilih nasha) ataupon Pas boleh pecah Pro vs Ulamak(pilih husam).

    Husam wajib ada utk saingi Anwar..tapi bukan sekarang.

    ReplyDelete
  17. Skrg Hadi n Nasha jd ketua.. BN lsg tk tkt dgn 2 org ni malah mudah di pengaruhi. Buktinya, gerakan 'bwh tnh' Hadi n Nasha dgn UMNO. Tp dek kerana TGNA msh ada n berjaya mengawal dua2 yg kt ats ni, klu tk dh lama PAS bergelumang dgn BN.
    Tp, Husam plak di geruni oleh BN kerana level inteleknya yg mmg tk blh di atasi oleh pemikir BN. Beri peluang kpda Husam utk memacu PAS spya dpt bersedia dgn tenaga br sepenuhnya bg menghadapi PRU13.. Jika tdk, PAS akn trs ketinggalan dr segi bilangan kerusi dlm PR..

    ReplyDelete
  18. Manakala Abg Mat Sabu plak, bg wa amat sesuai utk jd ketua penerangan.. Bkn ape, abg mat lebih kpda 'kaki tibai' lwn.. kata2 n hujah beliau lebih di geruni, tp dr segi strategi agk krg berksn. Utk menghadapi suasana politik br M'sia yg lebih open, PAS memerlukan golongan pemikir spya PAS tidak akn di tinggalkan di blkg..

    ReplyDelete
  19. wa malas nak komen bebanyak..... wa pemerhati jer....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  20. abghensem
    nak jaga hensem dia je...haha

    ReplyDelete
  21. ye ke mat sabu tak pandai bi? tipikal melayu anggap gitu sbb gen melayu fikir, kalau pandai bi mesti kena cakap bi. wpun ada yg boleh bi tapi selalu guna bm. org begini dikelas keduakan oleh gen melayu tersebut. ini akibat daripada madeyisme.
    mereka ingat kalau tak berapa fasih bi, bodoh dan mudah kena tipu aje. org bisu pun boleh hidup. apa sangat kalau tak fasih bi. sengal tahap oren.

    ReplyDelete
  22. Wa dan jumpa secara personal dengan semua calon-calon tu... walau x berborak sekalipun tapi sekurang2nya sekali wa pernah salam dengan diorang...

    Secara peribadi, wa memang ada kecenderungan terhadap orang-orang tertentu... tapi apa yang wa nampak adalah... pasca selepas pemilihan...

    Wa sangat takut akan namanya perpecahan... so, wa sangat harap siapapun yang menang.. agenda utama adalah berbaik dengan sesiapa yang kalah.. bukan sikit manusia yang sokong sorang2 tu...

    Itu jauh lebih penting coz apapun jawatannya.. akhirnya adalah bagaimana mereka mampu berperanan dalam PAS walaupun tanpa sebarang jawatan!

    ReplyDelete
  23. hehehe.... uma... wa perhati jer sambil kontrol hensem....

    -abanghensem

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.