Husam & Md Sabu x defend Naib. So risiko utk mrka t'keluar dr Pusat adalah tinggi.Untuk masalah ini, secara jangka panjang, Hasbulahpit ada ulas dan bagi cadangan. Maleh gua nak cari link dia. Haha. Melayu ma. Gua pun ada bagi cadangan gak. Yakni, satu2 individu boleh bertanding banyak kerusi. Kalau menang lebih, kena pilih satu jer. So, perwakilan ada keupayaan menyusun organisasi. Dia nak letak siapa kat mana.
Kalo salah seorg menang, di mana kedudukan seorg lg?
Kalo dua2 kalah, di mana kedudukan mrka kelak?
Dua2 aset mahal PAS. X de post dlm Pusat adalah kerugian besar.
Ape pandangan lu bro?
Itu semua jangka masa hadapan la. Tapi, untuk situasi semasa, walau calon kalah akan kalah semua (takda jawatan), tapi dia masih ada pengaruh. Cakap2 dia akan mempengaruhi parti sedikit sebanyak.
mlm ni husam lwn zahid hamidi samseng kt tv9 hujah pukul 9.30mlm.lu org rakam nanti upload kt u tube haaaa.Takda pun? Gua siap pesan kat adik gua suruh rakam tu. Tp adik gua cakap takda.
"Ngah, Husam ke Ezam?"
"Husam la. Member bagitau dalam blog Angah tadi."
"Mana ada. Ezam adala.."
"Yeke?"
Mana Husam? Takot ke? Haa.. jawab2.. sebelum gua sekeh. Bangsat punya professional. Hahaha.
Salahudin - sapa tatau prestasi beliau semasa ketua pemuda. Wa pikir memang seswaiWa paling setuju. Prestasi Salahudin memang A++++ la. Sampai boleh masuk dalam AJK SPRM. Walau pada gua, level cerdik dia sederhana, tapi bab kerja, bab prihatin, bab laju, bab berani, bab konsisten, memang gua rakam dalam sejarah sebagai A++++ beb.
Tu pasal gua riso dengan penganti pemuda. Tantawi ke? Huhu...............
utusan balun husam gila2 dgn konsisten myatakan dia ni pro-anwar & erdogan. mat sabu kurang kena balun sbb utusan nampak husam je yg mampu kalahkan nasa, bukan mat sabu. utusan anggap kalo mat sabu menang pun, kurang bahaya bbdg husam menang.Erdogan ni pro Anwar ke? Gua percaya Erdogan ni penunggang Anwar sebenarnya. Masa kes Nik Abduh, wa dapat banyak email cerita tentang individu PAS. Tapi gua tak siar. Gua siar yang gua fikir dan nampak jer.
Tapi bila baca satu N3 Pak Bakaq, Pak Bakaq ada cerita satu individu yang dituduh pro Anwar ni banyak kali bertegang urat leher dengan Anwar. Email yang gua dapat ada menyatakan satu individu pro Erdogan selalu belasah Anwar dalam metting.
Entah la.. fakta gua tak tahu. Tapi gua percaya, tiada sekor pon Erdogan pro Anwar. Baik bagi nama Anwar, kenapa bagi nama Erdogan. Erdogan merujuk kepada sekumpulan yang keluar dari parti induk Islam Turki untuk menyelinap secara taktikal lain bagi membela Islam dalam suasana politik Turki.
tuan ibrahim : ulama tulen, tak emosi mcm tantawiWa tak setuju Tantawi emosi. Tantawi pasif. Kawalan emosi dia tinggi, tapi dia bodoh dan pasif. Tgk la muka dia. Tenang jer. Cool dan jernih.
Dia tak sesuai pimpin pemuda la pada gua. Jgn kata pemuda, jadi ahli politik era peperangan (bukan pemerintahan) pun tak layak. Dia layak jadi penjaga dasar jer. Sebab dia tenang, pasif.
Gua dah kol Alex Ferguson dah. Dia setuju, Kalau mamat macam Tantawi ni jgn letak dalam peperangan. Memang hancur. Dia suruh letak as penjaga dasar dan matlamat jer.
nape nizar x masuk?Wa tunggu jer sebenarnya Nizar tuh. Haha. Nampaknya Nizar kategori boleh pakai la pada gua. Bijak dan tepat dia tak bertanding tu. Sebab :
dia x bertanding ke?
- Dia perlu tumpu krisis.
- Dia tidak boleh dilihat menggunakan publisiti krisis (sensara rakyat) sebagai pemangkin bertanding. Jgn jadi macam Anwar.
tapi kalau husam,korang jangan haraplah dia akan menang.dia akan mengubah halatuju pas diluar dari matlamat pas selama ni.Mak aih. Senang camtu jer ke golongan pro ni nak ubah hala tuju PAS? Pro kalau nak ubah kena langgar Majlis Syura beb. Ulama kalau nak ubah hala tuju PAS, Majlis Syura pun segan nak tegur.
Cuba Husam Presiden. Dia cakap dia nak bubar PAS, buar PKR, buat parti baru dan lanti Anwar jadi kepala. Senang ke tak? Memang kena maki punya.
Tapi kalau Haron Din cakap? Takda siapa nak maki beb. Sebab title ulama. Tu pasal gua desak PAS jadi cerdik macam jemaah Islam bukan genetik Melayu.
Presiden atau sayap politik ni bagi kat professional. Ni tak abes2 dengan falsafah bangang Kepimpinan Ulama. Naik menyampah gua tgk bodoh lu orang nih. Ntah bila nak hapuskan benda sesat ni ntah.
Menarik dan berasas gak. Tapi risiko la Mat Sabu pegang Timbalan. Sebab Mat Sabu takda pengalaman memerintah waktu sukar. Mat Sabu hanya banyak pengalaman jadi seorang pembangkang yang paling power.
So jln tengah terbaik ialah memilih mat sabu sbg tim pres sbg "buffer" semacam mana Anwar jd "buffer" pd geng Pas n geng Dap.
Kalau dak..terpaksa pilih antara usaha pru08 hancur(klu pilih nasha) ataupon Pas boleh pecah Pro vs Ulamak(pilih husam).
Husam wajib ada utk saingi Anwar..tapi bukan sekarang.
Situasi menjelang PRU13 rumit beb. Husam ada pengalaman. Kelantan menang 1 kerusi dulu, kerja jahat UMNO nak robohkan kerajaan PAS Kelantan, etc.
So, Husam ada pengalaman sebagai kerajaan dan sebagai pembangkang. Situasi menjelang PRU13 bahaya ma. Satu sudut Mat Sabu jalan tengah. Satu sudut, Mat Sabu belum terbukti keupayaan mengawal sebagai kerajaan.
Senang2 pilih Roslan sms jer la. Wakakaka. Kompom gua takkan memekak lagi. Dijamin licin dan selamat PAS. Siapa setuju angkat kaki. Lambung!
presd x mau tukar
ReplyDeletejuru ckp surat kabo dia ker?
wa rasa,
nik aziz bergeliga skit
cari org2 kanan & kiri nya..hehe
wa setuju,
dgn lu bro.
klu presd dpt kat harun din,
mesti ramai yg segan nak maki dia,
kecuali lu...haha
tp klu husam...
memang sah xada sapa segan
nak maki...
termasuklah tantawi...haha
wakaka..guling2 wa gelak.Roslan sms lu petik.:)).
ReplyDeleteTapi wa tgk husam bijak pilih utk kuar statement "takan berkerjasama dengan UMNO".Ni isu yg sebenarnya yg patut diutarakan.
Die bijak tak layan atau jawap issue Ulamak vs professional sbb ni amat merugikan die.Kalau husam terus bijak mainkan issue..kebimbangan perpecahan wa berkurangan la.
Wa nak tgk plak pe reaksi nasha psl issue ni
wa nk komen bab2 ni xleh la bro..bleh lyn bace je...mnambah ilmu pngetahuan sbb bab2 PAS ni wa x tau asal-usul sejarah wasilah even arwah atuk aku dlu org kuat PAS Melaka dlu2...hahaha...
ReplyDeletecume ape yg wa nampak golongan muda amat2 berminat untuk menyertai PAS tapi perlu ade bbrapa pemimpin muda yg mampu menjadi buffer antara golongan muda ngn org2 veteran ni..jd soal kepimpinan pemuda slps salahudin adalah amat penting..kbykan golongan muda ni bkn kisah sgt hal2 ulamak vs proff ni..hehe
tua gak lu kan AT...28 taun dh jd tok bomoh..hahahaha
A ah Husam kan anak didik TGNA .. dah kira ulama gak la walau outlook dia professional.. tu dia leh handle press & pressure at any turns. Dia harapan TGNA untuk pelapis pejuang/pencinta gerakan Islam versi ulama professional..terhadapan dlm byk facets berbanding Abg. Mat Sabu kita la...Tapi we're now talking about timing, justeru wa pilih Mat Sabu for Vice President laa. Period!
ReplyDeletebagus gak nizar x terima pencalonan lagi..
ReplyDeletebmbang cepat naik, cepat jatuh..
step by step..
kena mula dari bawah..
at?mana husam dalam tv semalam?
ReplyDeletetakut kuar ke apa ni?profesional apa main nyorok macam tikus tengok patung kucing ni.lu duk lambung2 husam,nape xcall dia semalam hah?aku call pun xdapat2 dia tutup handset.apa punya pemimpin ni,last2 bagi ezam pukul sorang2.
apa barang ni.belum jadi pemimpin dah takut.aku pasti dia conform kalah.OUT OF TUNE.
-zaragosa-
husam x masuk gelanggang smlm sbb mule2 dorunk jadualkan Husam vs Zahid..tp ble husam mai, alih2 zahid x dtg sbb uzur..ni kenyataan penuh husam:
ReplyDeleteTarik Diri Dari Hujjah - Kenyataan Husam Dari Sri Pentas PDF Print E-mail
Tuesday, 26 May 2009 21:25
Setelah tiba di Sri Pentas Bandar Utama, untuk menyertai program Hujjah secara langsung di TV9 jam 9.35 malam ini sebagai ahli Panel bersama Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, saya dimaklumkan oleh penerbit rancangan, YB Menteri berkenaan tidak dapat hadir kerana keuzuran.
Oleh yang demikian saya dengan rasa dukacita, menarik diri dari menyertai program ini dan menasihati penerbit rancangan supaya ianya ditunda kepada satu tarikh lain di masa hadapan yang sesuai dengan jadual YB Menteri. Ini kerana pengganti yang dijemput mengambil alih tempat YB Menteri, tidak memegang jawatan di dalam Kerajaan dan juga partinya yang memberi beliau keupayaan untuk bercakap bagi pihak Kerajaan atau partinya apalagi keupayaan untuk membawa perubahan kepada pentadbiran Kerajaan serta partinya.
Saya mencadangkan kepada penerbit rancangan supaya menjemput Pengerusi GERAK bagi menggantikan tempat saya. Ini amat sesuai memandangkan ahli panel yang menggantikan tempat YB. Menteri adalah bekas Pengerusi GERAK.
alasan xboleh dipakai tu.apa yang nak ditakutkan? dah kita ni terer,belasah je lah.orang yang terer dan strategis xperlu takut.musuh sama je,yang pegang jawatan dalam kerajaan dan yang jadi kucing kurappun.kalau kita rasa kita hebat,satu peluru betul untuk musuh yang hebat dan satu peluru pistol air untuk musuh persis kucing kurap(ezam) tu.janji korang belasah dua2 sebab kita ni orang yang hebat.mesti geraklaku dan perancanganpun hebat juga.ni stakat nak dapat political miliage,apa barang ni bro.ni bukan pemimpin hebat ni,main nyorok2,tengok2 dulu,intai2 peluang.betul2 OUT OF TUNE. AT sila jawab.
ReplyDelete-zaragosa-
hehe,
ReplyDeleteZaragosa.Org gelojoh je camtuh semua nak bedal.Die tak rase die hebat la die tamau debat ngn ezam.Lu dah jawab pon.
Sapa ezam ni yg nak dipenting2 kan sgt ni?mamat provoke jek die ni..tayah layan.
berdebat ni biar padan, sama level, sama handal,terkenal,etc...
ReplyDeletesebab debat org yg saksi leh nampak sapa menang (hujah, ketrampilan, etc)..maka tu kalo betul si Zahid tarik diri drp program, maka wajar laa Husam pun tarik diri..tak layan laa sapa nak ganti si Zahid pun.. Dr.M ker, Dato' K ker, Ezam WHO? supersub ker superhero ker, tak yah laya la.. lain kali jer debat. Fair enough!
apa ni bro,biar padan atau sama level,handal dan terkenal?bunyi macam angkuh je.pemimpin islam xleh main angkuh camtu.musuh tanaman ramai. xkira tikus,babi,musang,tupai,belalang,burung,ulat bulu,ulat babi,siput babi,babi hutan,gajah etc..
ReplyDeletekalau kita hanya ada senapang gajah untuk tembak gajah bila merosakkan tanaman,alamatnya habislah tanaman kita.kene stanby jgk ridsect ke,lastik burung ke,apa2 ke untuk kita hapuskan musuh kita.ni tidak,jadi kecut perut sampai xjadi lawan musuh persis ulat bulu tunggu kita.lawanlah kalau hebat.ni baru hero penyelamat ummah.kalo camni,x layak jadi timbalan presiden.jadi pembantu parti jelah.
-zaragosa-