Skip to main content

Latihan menjelang mangkatnya Nik Aziz.

Oleh : AdukaTaruna

Kepimpinan Ulamak: Semua Pemimpin dan ahli kena memahami konsep sebenar dalam Perlembagaan PAS

Ahmad Awang sanggah Mat Iraqi

Tok Guru Nik Aziz tiada ‘Pembantu Sesat’ - Ketua Pemuda PAS Kelantan

Di atas antara kekalutan PAS. Tapi kekalutan PAS tahap tinggi beb. Tahap falsafah. Tahap dasar yang ingin ditegakkan. Kalau UMNO punya kalut, hang letak tarif sendirila.

Kali ni Tok Bomoh datang lagi. Nak ramal satu peristiwa besar. Tok ada 2 jin. 2-2 spesis paling power beb. Afrit. Apa barang jin Melayu. Pontianak la, bunian la. Jin Tok jentik jer, terbalik jin2 Melayu tu. Hahaha.

Satu jin Tok Bomoh belum balik dari Sepanyol. Tok arahkan dia risik dan laporankan kekuatan Barcalona. Kemudian dia akan ke Chelsea. Satu lagi diberi tugas risik game Man U dan Arsenal.

So, Tok tak dapat guna 2 jin Tok ni. Bukan apa, Tok nak suruh diorang g kaki langit jap. Riki perbualan malaikat. Sebab kepala otak Tok sedang menangkap sesuatu yang besar ni, walaupun manjang silap jer. Haha.

Yerlah, mana tau 2 jin tok dapat maklumat tentang Malaysia punya umat Islam, sebelum mereka dihambat tahi bintang. Bolehlah disahkan ilham Tok ni benar ke tak. Korang tgk2 la langit kebelakangan ni, kalau nampak tahi bintang 2 secara berkembar, tu maknanya 2 jin Tok dikejar. Dan bermakna, sahlah maklumat tu.

Ramalan Tok.

Sekarang ni, umat Islam terbesar dalam jemaah PAS. So, kalau yang jahat terhadap ALlah pun dalam percaturan Allah, inikan pula jemaah umat Islam. Bila sebut percaturan Allah, sudah tentu watak utamanya ialah pemimpin.

Apa yang Tok nampak, kekalutan dalam PAS semakin parah. Kebetulannya atau secara takdirnya, kemuncak kekalutan ini ialah sewaktu ketiadaan TGNA. TGNA g umrah beb.

Antara isipati kekalutan ini ialah :

  • Krisis kepimpinan
  • Perebutan
  • Penonjolan watak2 bodoh
Pendek kata bab pepimpinan la. Jadi, deria Tok kuat menyatakan sebenarnya Allah melatih jemaah Islam supaya bersedia menghadapi fasa kekalutan menjelang mangkatnya TGNA. TGNA takda skang ni beb. Dengan anak buat hal, dengan ulama sekian hal, dengan puak2 satu hal.

So, ini ramalan Tok lah. Sapa2 yang belum sempat salam dengan TGNA baik tunggu TGNA kat airport nanti. Sapa2 yang buat silap, minta maaf awal2. Itu satu bab. Di bawah tajuk personal. Time ni Malaysia berkabung, Kelantan akan menjadi 'Mekah'. Seluruh dunia sampai. Baru lu tahu title Serambi Mekah tu dalam sudut lain. Peniaga akan kayo.

PKR, DAP, UMNO, BN, pejuang Pattani, pejuang Selatan Filifina, semua gencat senjata. Dunia nusantara 'hang' kejap.

Di bawah tajuk kepentingan jemaah, lu orang (PAS) kena stanby. Anytime TGNA takda. TGNA ni agent pencantum. Agen menaut. Takda, tak mustahil terbarai kejap. Memang akan bersatu semula, sebab Islam. Tapi sejarah buktikan, fitrahnya akan berlaku kekalutan sedikit.

"Baru kejap TGNA takda, dah kelam-kabut kapal PAS."

Comments

  1. haha. Betul2. Wa sokong komen lu kali ni.
    p/s amcam ngn jin lu kat spanyol? Terbeliak tak mata dia tgk barca belasah real. haha. Tunggu chelsea plak nak kena balun. hahahahahahaha.

    ReplyDelete
  2. AT walau waa ada kenangan dengan TGNA ni, namun pada waa tidak sepatutnya kita terlalu mendewakan beliau...ajal maut semua orang akan hadapi...waa tak berapa selesa tengok ahli duk taksub berlebihan kepada TGNA, atau TGHH...

    waa ingat lagi kata2 beliau saat selepas solat, dia ingatkan perkara tu..

    fanatik

    ReplyDelete
  3. Aku tersentak baca entri ko nie...ntahla, mcm signifikan juga..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...