Skip to main content

Kisah panggung wayang.

Oleh : AdukaTaruna

Panas 1.

Semalam gua tengok wayang beb. Cerita perang gua cakap lu. 2 pihak tengah berperang. Pihak yang jahat tu memang power siot. Macam2 kelengkapan diorang ada. Sistematik plak tu. Yang baik plak, mak aih. Lurus bendul. Bodoh gile. Panas jer hati gua tengok. Memang betullah kata Nabi, kejahatan terancang boleh kalahkan kebaikan yang bersepah2.

Yang pihak baik ni, ketua dia jenis sengal ubi beb. Ubi pun tak sengal macam dia. Nama dia Panglima Had. Kerja dia lepak kat markaz ajar rekrud2 baru. Yang berperang plak kucar-kacir. Kena pulak melintas medan perang tu nak menuju ke markaz besar. Nak tanya arahan.

Ntah apa2 gua tgk. Sekor2 askar baik mampos sebab nak dapatkan arahan jer. Melintas je kena sniper, melintas jer kena bom. Gua dah panas dah. Apa punya bangang lantik panglima perang jenis camtu. Kalau nak lepak markaz bagi ceramah kat rekrud, jadi jurulatih jer la.

Gua bisik kat member gua kat sebelah.

"Psssttt.... Apasal puak baik lantik panglima jenis bodoh macam tu?"

"Kau tak tengok siri 1 memang la. Diorang lantik sebab dia ada jubah sakti."

"Ha?"

"Jubah pewaris nabi."

Panas 2.

Masa tengah perang, datang seorang lagi yang ada jubah sakti tu. Kat name tag dia tulis nama Kapten Iraq. Anehnya, tiba-tiba puak jahat hentikan serangan. Sambut dan raikan orang yang ada jubah sakti tu.

Dalam pada tu, sementara yang lain tengah berperang, sebahagian yang lain berkumpul nak dengar arahan orang berjubah sakti tu. Perisik2 puak jahat pun ada sekali.

Kapten Iraq tahu dan kenal setiap perisik jahat. Tak payah Kapten Iraq la, budak tadika Kemas pun tahu sebab diorang guna pas pengenalan diri. Siap tulis lagi PERISIK JAHAT. Tapi Kapten si bodoh ni boleh keluarkan bom2 dan peluru2, kemudiannya baling dan lempar kat hadirin secara rawak.

"Bom2 ini jangan sesekali kamu jadikan benda rasuh. Faham!!" Tengking Kapten Iraq sambil membaling bom itu ke sana ke sini.

Erm... apa lagi, dapat la kat perisik puak jahat. Letupan demi letupan la berlaku kat kawasan sendiri. Dalam dewan sendiri. Kelam-kabut gua cakap lu.

Tepuk dahi gua beb. Punya la bangang konsep kepimpinan puak jubah sakti.....

Comments

  1. Faktapada akhir zaman Allah akan tarik balik ulama2 yang ada ni satu persatu.hinggalah tiada lagi orang yang memimpin agama dan menasihati amal makruf nahi mungkar.dimasa itulah manusia akan jadi porak peranda.maksiat teramat banyak,moral lingkup,masyarakat xtau nak rujuk kat sape perkara yang mencakupi kehidupan.

    Confirm,
    aku rasa orang macam Aduka Teruna ni lah yang akan menyelamatkan keadaan masa tu.dia akan dijadikan rujukan manusia ketika tu.sebab otak dia bergeliga dan segenap segi boleh menyelesaikan masaalah manusia dengan cara yang amat sistematik sekali.dimasa tu,agama tidak lagi menjadi way of life pada umat islam.Aduka Teruna boleh menyelesai dan menyelamatkan manusia dengan teori dan kecerdikan otaknya.

    jadi dengan revolusi yang menjadi tanda2 penyelamat akhir zaman ini,saya menyeru manusia yang xsuka ulama supaya menubuhkan Kelab Anti Ulama SeMalaysia.Aduka akan menciptakan 1 hari yang dianggap hari kelepasan AM dalam setahun.hari kelepasan am itu,disarankan umat islam yang anti ulama mengadakan perhimpunan dibandar2 seperti diutara ditetapkan di IPOH.di Timur,Kuantan.di barat,KL.di selatan,Johor baru.orang ramai dinasihatkan memakai baju yang ditempah daripada butik Aduka_keramat collection yang memaparkan ayat2 tentang keburukan ulama dan kelemahan ulama dari zaman nabi hinggalah kini.banner2 hendaklah wajib memaparkan perkataan 'Hidup Aduka Teruna'.pencinta2 aduka bolehlah memaparkan perkataan lain mengikut kreativiti tetapi perkataan hidup aduka mestilah terpapar di baju tu.

    ConclusionOleh sebab itu,Marilah bersama2 membanteraskan ulama.jumpa ulama,kita ludah muka dia.bila ditanya,kenapa diludah?.masa tu

    masing2 kena berteriak, HIDUP ADUKA TERUNA!!! hancur ulama.


    Jinnatiwannas

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...