Skip to main content

Kenapa Husam Tidak Layak Untuk Jawatan Timbalan Presiden PAS?


1. Husam Bukan Ulama

Dalam mesyuarat Majlis Syura yang di adakan baru-baru ini yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Nik Aziz, satu ketetapan telah dibuat bahawa keputusan Muktamar Tahun 1982 adalah masih diguna pakai hingga ke hari ini. Keputusan tersebut adalah PAS akan dipimpin oleh Ulama melalui konsep Kepimpinan Ulama.

Diantara maksud kepimpinan ulama yang difahami dan dipraktiskan oleh ahli dan perwakilan PAS daripada tahun 1982 hingga ke hari ini ialah Presiden dan Timbalan Presiden mestilah dikalangan Ulama.

Peristiwa tahun 1982 berlaku disebabkan ahli PAS menolak kepimpinan Dato Asri pada ketika itu yang mula terpengaruh dengan "Konsep Penerapan Nilai-Nilai Islam" yang diperkenalkan oleh Anwar Ibrahim apabila beliau masuk UMNO pada tahun tersebut. Seperti biasa, Anwar bijak untuk mempengaruhi kepimpinan PAS untuk menerima idea beliau sejak hari pertama beliau masuk UMNO hinggalah ke hari ini.

Hanya golongan ulama yang kuat pegangan agamanya sahaja yang tidak mudah terpengaruh dengan propaganda dan retorik Anwar Ibrahim.

Menyedari suasana itulah ahli dan perwakilan PAS di tahun 1982 bertindak menolak kepimpinan Dato Asri dan mengangkat AlFadhil Ust Yusuf Rawa sebagai Presiden manakala Ust Fadhil Nor diangkat menjadi Timbalan Presiden. Maka terkenallah PAS selepas itu dengan Konsep Kepiminan Ulama yang dihormati dan dikagumi oleh kawan dan lawan di seluruh dunia.

Konsep Kepimpinan Ulama (Presiden dan Timbalan hendaklah ulama) tersebut diteruskan lagi selepas Ust Yusuf Rawa melepaskan jawatan Presiden. Beliau digantikan oleh Ust Fadhil Nor sebagai Presiden dan Tuan Guru Hj Hadi dilantik pula sebagai Timbalan Presiden. Gandingan tersebut berkekalan untuk tempoh yang agak lama dan dalam tempoh tersebutlah PAS mula mengorak langkah aggresif untuk menjadi parti alternatif untuk rakyat malaysia keseluruhannya.

Selepas kewafatan Ust Fadhil Nor, Tuan Guru Hj Hadi mengambil alih tugas sebagai Presiden manakala perwakilan memilih Ust Hasan Shukri sebagai Timbalan Presiden. Dua tahun berikutnya perwakilan tetap memegang teguh konsep kepimpinan ulama apabila Ust Nasharudin pula dipilih sebagai Timbalan Presiden untuk digandingkan dengan Tuan Guru Hj Hadi. Dan gandingan tersebut berkekalan hinggalah ke hari ini.

Ini menunjukkan secara jelas bahawa maksud kepimpinan ulama yang diterima pakai oleh ahli dan perwakilan PAS sejak tahun 1982 hingga ke hari ini ialah Presiden dan Timbalan Presiden mestilah ulama. Dan menurut keputusan Majlis Syura baru-baru ini, maksud inilah juga yang perlu diteruskan dan diguna pakai oleh ahli dan perwakilan PAS.

Keputusan Majlis Syura tersebut perlulah difahami sebaik mungkin dan perlulah diikuti sepenuhnya oleh ahli-ahli PAS apabila bermuktamar nanti.

Satu perkara yang patut kita renungi - Kalau dahulu ditahun 1982, disebabkan Anwar Ibrahimlah PAS menukar kepimpinan Dato Asri kepada kepimpinan ulama, janganlah pula sekarang disebabkan beliau juga kita terpaksa kembali berundur untuk membuang konsep kepimpian ulama.

Apa rasionalnya Presiden dan Timbalannya mesti ulama? Kenapa perlu Timbalan Presiden mesti ulama kalau Presiden sudah ulama?
Kerana Timbalan akan jadi Presiden kalau apa-apa berlaku ke atas Presiden sepertimana yang berlaku apabila Ust Fadhil Nor meninggal dunia pada tahun 2002.

Dan yang lebih penting lagi Presiden dan Timbalan Presiden adalah ahli Majlis Syura sejak konsep kepimpinan ulama diperkenalkan. Pentingnya Presiden dan Timbalannya perlu berada di dalam Majlis Syura ialah kerana Majis Syura adalah institusi terpenting dan paling berkuasa di dalam hirarki pentadbiran PAS. Dalam Fasal 7 Perlembagaan PAS, antaranya Majlis Syura mempunyai kuasa mentafsir perlembagaan dan dasar PAS, menentukan halatuju PAS, menentukan boleh atau tidak bertahaluf dengan badan lain dsb. Melihat kepada tugas dan peranan Majlis Syura yang sebegitu penting, Presiden dan Timbalan nya perlu berada didalamnya untuk menetukan hala tuju PAS dan dengan itu barulah mereka dapat memimpin PAS dengan lebih berkesan.

Apakah pula syarat-syarat untuk melayakkan seseorang itu duduk sebagai ahli Majlis Syura? Dalam Fasal 7 (4) (a) di jelaskan secara terperinci syarat-syarat untuk menjadi ahli Majlis Syura iaitu :
"Seseorang yang hendak dilantik menjadi ahli "MAJLIS SYURA 'ULAMA" itu hendaklah seseorang yang mengetahui masalah-masalah pokok (AL-USUL) dalam syariat Islam dan hukum-hukumnya atau/dan dapat merujuk masalah-masalah itu kepada Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak dan Qias dengan faham akan maksud dan maknanya yang muktabar dan hendaklah seorang yang adil yakni tidak melakukan dosa besar atau terus menerus melakukan dosa kecil dan hendaklah terpelihara maruahnya serta hendaklah seorang ahli PAS."

Pada saya, ini jugalah syarat-syarat yang perlu ada pada seorang Presiden dan Timbalan Presiden PAS.

Berdasarkan kepada hujah tersebut jugalah dapat disimpulkan bahawa Husam Musa (dan juga Mohamad Sabu) tidak sesuai dan tidak layak untuk menjawat jawatan Timbalan Presiden PAS.

Comments

  1. Husam dan Mat sabu, buat dosa besar atau buat dosa kecil terus menerus. Rasanya ulama' kena bagi sebab. Atau ulama' dah tak dosa. Kalau nak senaraikan kelakuan dosa kecil @ dosa besar ulama' kita boleh senaraikan seorang demi seorang. Melainkan ada ulama' yang merasakan dirinya tiada berdosa, ini lebih berdosa lagi.

    ReplyDelete
  2. perhh baekk punya... dah mat sabu & husam di reject, sapa yang tinggal??? ngeh ngeh...

    ReplyDelete
  3. Di Malaysia ada dua parti sahaja. Satu Parti bodoh dan satu lagi parti cerdik.Jika dalam sesebuah parti itu majoriti adalah orang cerdik maka boleh berperanan melemahkan parti satu lagi.Sejak 50 tahun parti mana yang dapat melemahkan BN Parti Cerdik atau Parti Bodoh ?

    ReplyDelete
  4. Saya tengok Mat Sabu nilah yang tak henti-henti pergi seluruh Negara, dia dapat tarik golongan muda, dia dapat perbanyakkan ahli parti, dan dialah yang membuatkan PAS diminati oleh generasi muda.

    Pimpinan Ulama, bagtus. Sebab itu dalam PAS ada Dewan Ulamak disetiap peringkat. Ada pula Mursyidul Am, semua itu nak mempastikan parti itu mengikut landasan perjuangan Islam.

    Semua ahli PAS tidak melanggar prinsip ini. Dan didalam pentadbiran parti pulak, tengok-tengoklah Ulama jenis mana, jangan sampai nanti orang kata PAS ni dari Presiden sampai ke Juru Odit diperingkat cawangan semuanya di pegang oleh Ulamak (yg sesetengahnya tak tahu berpolitik dan tak tahu berorganisasi). So, tengoklah Ulamak jenis mana.

    Mat Sabu dan Husam, kedua-duanya layak memegang jawatan penting dalam PAS.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.