Skip to main content

Kempen satu kerusi untuk 1 isu : Mulakan dengan ISA


"tidak bersetuju mendesak pimpinan pas/pkr meletak jawatan adun/parlimen atas dasar ugutan pada kerajaan.suatu langkah yang bodoh.pelbagai cara dan masih banyak ruang bagi maksud tersebut.pas/pkr jangan sesekali terperangkap dengan golongan orang orang yang lemah fikiran sebegini.amati dan teliti apa yang tersirat didalam petition jzk ini.memang kita ingin bebaskan mereka tapi bukan dengan cara yang bodoh dan diperbodohkan ini."


Baiklah mari kita jadi org bijak pandai dan sama2 fikirkan.Sila fikirkan soalan dan pernyataan ini:-

Ruang Parlimen

Setakat ini pernah kah Akta ISA berjaya di mansuhkan dengan debat atau undi di parlimen?(ini ruang yg paling effective dan pilihan org bijak pandai setakat ini)

Contoh lain ,dapat kah isu IPP dipatahkan dengan hujah dan undi di Parlimen?

Dan pelbagai contoh2 parlimen yg membuktikan pilihan org bijak pandai ini tak berkesan.

Ruang NGO

Ambil contoh untuk pilihanraya, kita ada MAFREL yg serasa saya tak pernah dipedulikan oleh Kerajaan langsung.
Kita ada GMI yg berjuang untuk memansuhkan ISA,tapi pernahkah kerajaan peduli?

Ruang Demo

Mohon maaf pada pendemo2 BERSIH.Sila listkan senarai tuntutan anda yg telah dipenuhi oleh kerajaan.

Kesimpulan

Jalan2 di atas adalah jalan2 yg telah di ambil setakat ini untuk mendesak kerajaan dalam sesuatu isu. Jalan - jalan ini menunjukan kesan positif yg besar hanya pada tahap kesedaran rakyat,tapi tidak memberi impak besar pada menekan Kerajaan.Dalam permainan ini, UBN adalah pd "winning side".Maka beria2 lah kita meminta2 bak peminta sedekah sambil dipandang sinis oleh UBN sebagai penyedekah.

Sila terima hakikat bahawa kerajaan tidak akan mengubah satu2 dasar atau akta melainkan hanya untuk mengekalkan kuasa dan menjaga air muka sahaja.

Jasa - jasa contoh diatas tetap dihargai atas keberkesanannya.Namun persoalanannya adakah kita masih tidak kuat bersuara atau mungkin tidak berani mencuba cara baru untuk bersuara?


Satu kerusi untuk 1 isu : Mulakan dengan ISA

Rekod setakat ini, dalam suasana pilihanraya yg tidak adil sekalipon,PR telah memenangi 4 dari 5 PRK .Insyallah saya sgt yakin, dengan bantuan isu dan situasi di Perak, PR akan dapat meneruskan trend kemenangan.Untuk persoalanan pilihanraya telah diulas dengan bijak oleh bro Aduka disini. Persoalanan membazirkah banyak PRK pon telah dijawab disini. Pendapat saya ini lah satu2 nya "losing side" UBN.Boleh lihat hujah2 nya di sini

Cuba bayangkan setiap debat berkaitan ISA di Parlimen di akhiri dengan ugutan meletak jawatan.Begitu juga dengan isu2 lain.

1 kerusi = Isu ISA
1 kerusi = Isu IPP
1 kerusi = Isu turunkan tol
1 kerusi = Isu Pilihanraya Bersih

Mari bayangkan impak nya. Tahniah saudara2 kerana telah mewujudkan hero2 rakyat yg betul2 berani memperjuangkan setiap isu demi rakyat dan kepada rakyat.Tak akan sia2 lagi hero2 kita berucap di Parlimen kerana dah tentu ada hasilnya.

Janganlah takut - takut untuk "test market". Mari berani mulakan dengan ISA!

Comments

  1. Idea yg menarik. Tapi aku rasa

    ramai tak setuju
    - depa tak setuju stail engko. tak beradap la. apa jwtn dlm pimpinan dan sebagainya
    - engko tak dedah nama n gambar sebenar engko
    - engko bukan org yg dikenali. Bukan adun, mp atau mempunyai jawatan dalam jemaah

    Tapi aku setuju.Tapi yg aku nampak ramai mp,adun x bersetuju. Hilang gaji beb...

    ReplyDelete
  2. oi at..len kali cut n paste tuh..paste la kat html die..semua link die tak kuar ni bro.
    hahahaha

    ReplyDelete
  3. Quote Joe penang
    "- depa tak setuju stail engko. tak beradap la. apa jwtn dlm pimpinan dan sebagainya
    - engko tak dedah nama n gambar sebenar engko
    - engko bukan org yg dikenali. Bukan adun, mp atau mempunyai jawatan dalam jemaah"

    bro, jwpn tentang bantahan ttg adab AT, kami pun tak setuju dgn perangai biadab dia terhadap ulama. sila rujuk posting n komen2 kami sendiri dimana kami membantah kebiadaban AT nih.

    Tapi, dalam keadaan tertentu, bilamana idea dia boleh dipakai, kita kena pandai 'manipulasi' idea dia demi kepentingan sejagat.

    Sila rujuk posting disini dimana ada yang membantah kerana petisyen ini bukan datang dari majlis syura atau pimpinan. Klik disini

    "Menjawab beberapa bantahan tentang petisyen"Sila kemukakan lain2 bantahan. InsyaAllah akan cuba dijawab.

    "Online Petition"

    ReplyDelete
  4. Memandangkan ada yg mungkin malas nak klik, disini saya sertakan sikit merujuk kepada bantahan Joe Penang.

    a) Petisyen ini sebenarnya mendesak Pakatan Rakyat(PR) meleburkan sekurang-kurang 2 kerusi untuk mengugut kerajaan Barisan Nasional melepaskan tahanan ISA.


    b) Ini adalah gerakan civil (civil movement) atau gerakan rakyat peduli akan nasib tahanan ISA.Sesiapa yang sedar boleh menyertai kami.Ia terbuka tanpa mengenal batasan kaum dan agama.Maka,kami bukan dari mana-mana badan pertubuhan NGO atau parti politik.


    c) Oleh kerana kami ini civil movement,kami tidak terikat dengan mana-mana ulama atau yang dikatakan 'majlis syura'.Kami mengalu-alukan ulama,'majlis syura', paderi,sami buddha dan
    lain-lain menyertai kami.

    2. Mestikah sebuah petisyen atau usul untuk menyokong keadilan itu datang dari badan-badan yg berjenama atau hanya lahir dari autoriti-autoriti tertentu?

    Oh tidak semestinya.Ini adalah gerakan rakyat yang sedar.Walaupun kami bermula sedikit,atas
    nama kesedaran,rakyat mula mengorak langkah bersama kami.Setakat hari ini sudah 100 orang
    menandatangani petisyen kami.Mari bersama kami.Title rakyat itu sendiri adalah jenama yang
    menggerunkan.'People Power' lah yang meruntuhkan kerajaan beraja Peranchis, memerdekakan
    Amerika Syarikat dari British dan membuatkan Queen of England tunduk dan patuh dengan
    perlembagaan rakyat Great Britain.

    ReplyDelete
  5. Mungkin ramai yang menganggap cara AT ni membazir dr segi kos pilihanraya, masa dan tenaga ketika kepmpen yang sepatutnya perlu diutamakan ketika krisis ekonomi kini. Tapi, bayangkan sudah berapa lama akta ini menekan dan merubah suasana politik negara ini...

    ReplyDelete
  6. bg wa utk situasi la ni,
    leh diguna pakai kan.

    disaat BN/UMNO mgelak berlakunya PRK.

    masa UMNO suke PRK,
    strategi ni bg wa kureng
    leh pakai sgt.hehe

    so saat ni,
    bukan selalu berlaku di msia.
    so gunakan sebaik yg mungkin.
    dlm mgatur tuntutan semasa.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.