Skip to main content

Jawatan PAS bersama Tok Bomoh.

Hadi kekal Presiden Pas


KUALA LUMPUR 16 Mei - Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini disahkan menang tanpa bertanding jawatan Presiden Pas. Ini apabila 136 daripada 137 Pas kawasan yang menghantar senarai pencalonan mencalonkan Abdul Hadi.

Pegang tulisan Tok hari ni. Kalau lu orang umur panjang, di fasa hadapan, seandainya 20% sahaja dari ahli PAS dianggotai oleh muslim dan non muslim bukan Melayu, kualiti seperti Hadi ini akan tersingkir dengan cepat.

Walau Hadi tidak ada lagi ketika itu, tetapi kualiti dan keadaan budaya seperti ni akan cepat terlupus. Hanya 20% sahaja ahli bukan Melayu diperlukan untuk kemajuan pemikiran ini. Budaya takut keluar dari kotak, segan, malu dan tertekan menentang arus akan tinggal sejarah kelak.

Peganglah tulisan Tok Bomoh hari ni.


Manakala bagi jawatan timbalan presiden, lima nama disahkan layak bertanding bagi merebut jawatan tersebut.

Mereka yang layak ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Datuk Dr. Haron Din, Datuk Husam Musa, Mohamad Sabu dan penyandang Nasharuddin Mat Isa.

Pada Tok, situasi semasa setakat ini, undi terpecah kepada 2.

  1. Pro konservatif - 40%
  2. Pro pembaharuan - 60%
Pro konservatif.

Jikalau kesemua nama di atas bertanding, maka peluang wujud sama rata. Pro konservatif akan terpecah kepada 2 lagi, dari 40% tadi.
  1. Pro konservatif total - 20%
  2. Pro konservatif segar - 20%
Pro konservatif total adalah golongan jumud yang bermatian takut untuk keluar dari kebiasaan dan keselesaan semasa. Golongan ini selalunya intelektual level rendah, para makan gaji yang tidak berani mencuba atau pekerja-pekerja kawasan pendalaman yang jauh dari cabaran dan asakan persaingan.
  • 100% genetik Melayu tulen.
  • 100% berumur di atas 50 tahun.
  • Undi mereka adalah tepat kepada Nasha. Satu kebiasaan atau kekotakan yang sedia ada.

Pro konservatif segar adalah golongan setengah jumud. Enggan untuk terlalu mahu maju dari keselesaan sedia ada. Hanya mahu sedikit nafas segar dalam kotak dan budaya sedia ada. Golongan ini selalunya ahli-ahli agama pendalaman.
  • Berpendidikan pondok di Malaysia atau beruniversity di Mesir.
  • 100% genetik Melayu.
  • Kebanyakan berumur dalam lingkungan 45 ke atas.
  • Undi mereka berubah-ubah dalam pertimbangan Nasha, Azizan dan Haron.
Pro pembaharuan.

Pro pembaharuan, Tok percaya membentuk 60% daripada undi perwakilan. Ada yang email Tok meminta Tok melegakan sedikit serangan terhadap ulama supaya pro pembaharuan tidak mendapat 'back fire'.

Tapi Tok tolak, kerana Tok bermotif membentuk fikrah golongan muda. Golongan ni harus menerajang pemikiran alam bodoh Melayu di masa hadapan. Mereka harus berbangsa universal, degil, patuh pada tajuk, terbuka, bernaluri pendesak dan sebagainya. Berjaya ke tak berjaya motif Tok, itu Tok punya pasal.

Pelapis ni tidak boleh ditipu atau dibaculkan dengan gelaran. Tan Sri ke, PM ke, jubah pewaris nabi ke, ulama ke, Al-Tantawi ke, Ibnu Al Syed Putra Wal Khalid ke, g jahanam. Kalau salah tetap salah. Kalau betul, tetap betul. Kalau bangang tetap bangang.

Seandainya, semua nama di atas menawar diri, maka, semuanya ada peluang. Tetapi seandainya, satu calon untuk pro konservatif, dan 2 calon untuk pro pembaharuan, maka, gua ramal pro konservatif menang. Ini kata Tok Bomoh lah.

Antara Mat Sabu dan Husam.

Dalam pecahan undi untuk pro pembaharuan, situasi semasa, Tok memilih Mat Sabu akan mendapat persen tertinggi berbanding Husam. Ini kerana Mat Sabu berjaya melonjakan namanya pada situasi Perak terbaru ini. Mat Sabu melonjak dalam tajuk aktivis. Dia ditangkap. Dan memang Mat Sabu adalah Raja Aktivis Malaysia.

Berbanding Husam, Husam melonjakkan namanya juga dalam kes Perak. Malah lebih lama dan lebih konsisten dari Mat Sabu. Cuma Husam dalam tajuk pemikir. Dia banyak memberi cadangan penyelesaian, forum2 perlembagaan dan sebagainya. Itu Husam. Level intelek dan level pemikirnya lebih dari Mat Sabu.

Jadi, Mat Sabu lebih rapat dengan akar umbi kerana Mat Sabu bergelumang dengan mereka. Level aktivis Mat Sabu memang tertinggi. Cuma persoalannya, adakah golongan akar umbi itu membentuk majority perwakilan yang mempunyai kuasa undi?

Ini kerana Husam pada Tok lebih rapat dengan para intelektual, pemikir dan cerdik pandai. Dan Tok percaya hampir semua intelektual, pemikir dan cerdik pandai berada dalam saf perwakilan yang mempunyai kuasa undi. Tok tak kata semua perwakilan PAS cerdik pandai, sebab Tok dah pecahkan tadi. Ada yang jumud. Tetapi hampir semua level cerdik pandai memang sahlah berada dalam perwakilan, bersama-sama dengan perwakilan jumud.

Senario Husam.

Husam berseni, dan matang. Tidak mudah melatah. Tetapi pada Tok, sekarang ni Husam melalui situasi sukar, kerana hampir semua blog intelek terbuka menyerang ulama jumud. Dan Khalid yang dikaitkan dengan Husam pula rajin membalas peperangan professional-ulama.

  • Arus yang menyerang ulama2 jumud akan dilihat sebagai menyerang ulama secara total.
  • Seterusnya akan dilihat Khalid turut menyerang ulama walau Khalid tidak pernah menyerang ulama.
  • Seterusnya akan dilihat Husam menyerang ulama. Sedangkan Husam berbunyi sedikit pun tidak.

Ini situasi semasalah. Situasi ini, kalau berterusan, akan menguntungkan Mat Sabu. Tetapi kalau lebih lama lagi berterusan, akan menguntungkan Nasha, seandainya hanya Nasha sahaja calon pro konservatif.

Sekian dari Tok Bomoh setakat ni.

Comments

  1. brapa ekor jin lu panggil ni?
    wa punye jin pon
    rasa seperti mana jin lu rasa...haha

    ReplyDelete
  2. Faktapada akhir zaman Allah akan tarik balik ulama2 yang ada ni satu persatu.hinggalah tiada lagi orang yang memimpin agama dan menasihati amal makruf nahi mungkar.dimasa itulah manusia akan jadi porak peranda.maksiat teramat banyak,moral lingkup,masyarakat xtau nak rujuk kat sape perkara yang mencakupi kehidupan.

    Confirm,
    aku rasa orang macam Aduka Teruna ni lah yang akan menyelamatkan keadaan masa tu.dia akan dijadikan rujukan manusia ketika tu.sebab otak dia bergeliga dan segenap segi boleh menyelesaikan masaalah manusia dengan cara yang amat sistematik sekali.dimasa tu,agama tidak lagi menjadi way of life pada umat islam.Aduka Teruna boleh menyelesai dan menyelamatkan manusia dengan teori dan kecerdikan otaknya.

    jadi dengan revolusi yang menjadi tanda2 penyelamat akhir zaman ini,saya menyeru manusia yang xsuka ulama supaya menubuhkan Kelab Anti Ulama SeMalaysia.Aduka akan menciptakan 1 hari yang dianggap hari kelepasan AM dalam setahun.hari kelepasan am itu,disarankan umat islam yang anti ulama mengadakan perhimpunan dibandar2 seperti diutara ditetapkan di IPOH.di Timur,Kuantan.di barat,KL.di selatan,Johor baru.orang ramai dinasihatkan memakai baju yang ditempah daripada butik Aduka_keramat collection yang memaparkan ayat2 tentang keburukan ulama dan kelemahan ulama dari zaman nabi hinggalah kini.banner2 hendaklah wajib memaparkan perkataan 'Hidup Aduka Teruna'.pencinta2 aduka bolehlah memaparkan perkataan lain mengikut kreativiti tetapi perkataan hidup aduka mestilah terpapar di baju tu.

    ConclusionOleh sebab itu,Marilah bersama2 membanteraskan ulama.jumpa ulama,kita ludah muka dia.bila ditanya,kenapa diludah?.masa tu

    masing2 kena berteriak, HIDUP ADUKA TERUNA!!! hancur ulama.


    Jinnatiwannas

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.