KUALA LUMPUR: “Ustaz (Akhil Hayy) pernah buat pengakuan mengenai hubungannya dengan penyanyi wanita itu dan meminta izin untuk berkahwin dengannya.
“Saya izinkan mereka berkahwin dan sedia menerimanya sebagai madu, namun kini saya tak tahu sama ada mereka sudah berkahwin atau belum,” kata isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, mengulas isu hubungan suaminya dengan penyanyi Norwahidah Abdul Wahab, 31, atau Waheeda yang sedang hangat diperkatakan.
Menurut Maizawati, secara peribadi dia tidak mengenali Waheeda, tetapi mengetahui gosip hubungan suaminya dengan penyanyi itu melalui media.
Menurutnya, dia tekadkan hati untuk tidak mempercayai apa yang dipaparkan di media kerana diajar untuk tidak mengambil tahu perkara seumpama itu serta meletakkan sepenuh kepercayaan kepada suami.
“Kesabaran saya sudah sampai ke penghujung apabila ustaz tidak pulang ke rumah dan anak pula terpaksa bertukar sekolah kerana menjadi mangsa perli rakan mengatakan mereka mempunyai ibu tiri,” katanya yang mempunyai enam anak hasil perkahwinan dengan Akhil Hayy.
Menurutnya, kali terakhir suaminya pulang ke rumah Februari lalu dan selepas itu, dia hanya mengetahui perkembangannya melalui media.
“Saya tetapkan dalam hati bahawa ustaz keluar bekerja mencari rezeki untuk kami sekeluarga dan tidak pernah menyimpan prasangka buruk terhadapnya,” katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9, semalam.
Dia berkata, walaupun ada pihak terkejut dengan keputusannya mengizinkan Akhil berkahwin lagi, namun dia menganggap itu cara terbaik untuk menjaga nama baik suaminya.
Sebagai isteri, dia tidak mahu nama suami tercemar disebabkan cerita kurang enak yang menjadi buah mulut orang.
“Kerana itu saya mengizinkannya berkahwin dengan penyanyi wanita berkenaan. Saya rasa tidak salah membenarkan suami saya berkahwin lagi kerana dia mampu serta boleh berlaku adil.
“Tambahan pula, ia langkah terbaik untuk menyelamatkan mereka daripada melakukan perkara tidak elok.
“Bagaimanapun, sehingga kini, saya tak tahu apa yang terjadi kerana tidak dimaklumkan apa-apa. Mungkin pihak di sana (Waheeda) tidak sudi menerima saya sebagai madu, jadi biarlah saya mengundur diri dan mendoakan yang terbaik untuk mereka,” katanya.
Yang membuatkannya hairan adalah sikap Waheeda bermati-matian menafikan hubungannya dengan Akhil hingga pernah membuat kenyataan media untuk menepis gosip itu.
Apapun Maizawati mengetahui apa yang berlaku dan dengan hati terbuka membenarkan suaminya mengambil Waheeda sebagai isteri.
“Tapi, saya hairan kenapa dia (Waheeda) seolah-olah enggan menerima saya sedangkan saya sudah mengizinkan dia hadir dalam keluarga kami, malah tampil membuat kenyataan dia dan suami saya tidak mempunyai hubungan,” katanya.
Menurut Maizawati, dia mengambil keputusan memohon perceraian untuk membina kehidupan baru.
“Saya sering mengingatkan anak supaya jangan ambil peduli apa orang kata. Yang penting, saya terima hakikat bahawa jodoh kami sampai sini saja dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ustaz dan wanita itu,” katanya.
Woo.. Kalau btl lah spt apa yg dicerita, mmg tabah & sabar sungguh si isteri tu. Semoga Allah memberkati wanita seperti itu.
ReplyDelete-org kecil
AT oiii kalau lu nak tau inila spesis mee celup, baru reti nak baca quran dan dipangil ustaz dijulang cam ulamak oleh penyokong PAS,
ReplyDeletewaa dah lama angin bila orang panggil dia ni ustaz....saat dia menyanyi diselang seli bacaan quran ramai puji tahap gaban dan dijulang penyokong PAS, muaha ha,
waa sikit pun tak teruja...harap2 amy search pun tak begini akhirnya...buek malu jo, baik dengor AT nyanyi lagi baguih
fanatik`
rosak ikon remaja pas. ni tak lama nanti efek kat pas.
ReplyDelete-org org
wahaha..lu mmg kejam bro:))Terkedu geng sana tu.
ReplyDeleteheh..wa dah jumpa balik jwpan beza ulamak2 dr benua arab n india.Boleh juga translate dgn keadaan sekitar sekarang nih
"Pelapis Ulamak pas paling tidak memuaskan"Jawapan ni dr Mat sabu yg juga di tuduh syiah oleh sesetengah org Pas sendiri(bkn utusan yer).
Bagi gua yg berpeluang mengikuti harakah dr zaman 80an ini adalah normal sbb ketika tu Revolusi Iran mmg menjadi idola Pas sendiri.
Apa yg mat sabu kata ni mmg sealiran ngn pemikiran wa.Adakah wa pon syiah jugak??Pelik betul pemikiran sesetengah PAS.
Ini juga promosi mat sabu sbg timbalan pres.heheheh:))
Wa mmg leh agak dulu lg si Akill ni akan kantoi gak kalo dikelilingi mambang di kayangan astro & lbh lhb lg rupa & perangai cam 'ustazah' waheeda. Wa mmg respek dia leh ceramah & his points are there for taking..tapi bab runtuh umah tangga wa mmg tak suka la ..malukan diri kamu jer brader Akill...insaf laa brader..selamatkan umah tangga kamu..Bermadu takpa lagi..jgn sampai bercerai-berai...Wa tak leh terima la...Insaflah ..balik ke pangkuan jln .. (sebagaimana insapnya AT..hehe)
ReplyDeleteOh Xenan sokong/undi Mat Sabu ker? Ok wa sama la wa vote Mat Sabu gak... wa lg suka "orang biasa" (Mat Sabu tak ler teruk mana) yg hura hara drp alim (ustaz) yg berselindung di balik serban & jubahnya ..maksudnya kejahatanya diselindungi demi dpt nama, kejar pangkat, dll..+ bini muda /kawin lain ...hehe ..sorry brader Akill ..lu silap byk, wa pangkah ler.
ReplyDeletehehe..
ReplyDeleteSayang hanz kita bukan perwakilan.wakaka.
Tapi mat Sabu patut naik sbb keselamberan die "berani kerana benar"
Pas tuk lebih maju pada "Fasa Perjuangan" ni perlukan org cam mat sabu.
Org cam husam plak perlu utk "Fasa Pemerentahan" di kemudian hari.
Vote for Mat sabu...wahaha
a ah sayang kita bukan perwakilan...Betul cakap hang tu..Mat Sabu adalah pejuang sejati, tertara keikhlasannya selama hari ni...tapi takpa..kurang-2 kita tau Mat Sabu bukan "musuh dlm selimut".
ReplyDeletekes 1
ReplyDeleteBN hantar adun Bota join PKR...
adun Bota join BN semula + 3 katak
kes 2
Mahkamah tinggi umum Hj Nizar menang....
Mahkamah Rayuan umum Mahatma Zambery menang
STRATEGI SAMA...
kalah dulu menang kemudian
"Pompuan2 yg jahat adalah utk lelaki2 yg jahat, dan lelaki2 yg jahat utk pompuan2 yg jahat; dan sebaliknya pompuan2 yg baik utk lelaki2 yg baik, dan lelaki2 yg baik utk pompuan2 yg baik" (maksud surah an-Nur ayat 26)
ReplyDeleteMgkn ketika ditemukan, akhlak mrka setaraf. Fitnah dunia hiburan mengubah segala2nya. Apabila akhlak mrka x lg sekufu, maka ditakdirkan tiada lg kesatuan hati.
Maizawati seorg yg tabah, taat & ikhlas. Keistimewaan yg ada padanya tu ditakdirkan bkn milik Akhil selamanya, hnya dipinjamkan sementara sebagai cermin diri.
Alangkah b'untungnya Muslim yg bakal memilikinya kelak. Seindah syurga dunia ialah wanita solehah.
Golongan isteri plg mudah ke Syurga, hnya perlu taatkan Allah, Rasul & suami. Menjaga maruah suami & m'didik anak2, itulah jihad mrka, sedang si suami di luar b'jihad & m'cari rezeki.
Sang singa hnya mampu memerhati dr jauh sekumpulan rusa meragut rumput. Sang singa langsung x berani menyerang. Apabila seekor rusa m'asingkan diri dr kumpulan, tnpa m'buang ms sang singa terus menerkam.
Islam x memerlukan kita, tp kita yg memerlukan Islam. Sekali kita m'asingkan diri dr jamaah, musuh akan terus m'ambil kesempatan. Musuh dr kalangan syaitan mahupun manusia.
bro, skang ni fasa strategi & pemikiran,so husam mmg jauh ke atas meninggalkan mat sabu,apatah lg nasa. skang ni problemnya hadi dikelilingi oleh penasihat2 bengong. jd kat sini la peranan timb pres utk nasihat hadi dari segi strategi.
ReplyDeleteso,husam lebih STRATEGIK diangkat sbg timb pres.mat sabu masih tahap naib pres lg beb.
cilakak punyer ustaz+artis=ustiz cangkul hayy....
ReplyDeletemeruntuhkan rmah tangga...
poorah...
iklan sedikit...
vote for husam musa.............
ni lah sikap orang kita... asal jer nampak orang berkopiah dipanggil ustat..... asal jer berjubah dipanggilnya haji..... tempat wa ada sorang mamat tu... mentang² la dia ni AJK masjid.... pastu petah berucap plak.... reti baca doa bukak majlis.... trus jer orang keliling panggil ustat.... satu hari ustat mee celup ni kantoi kuar ngan anak dara orang..... hahaha..... terkedu orang kampung..... tersekat suara nak gelar mamat ni ustat lagi..... tu lah senang sangat label orang ustat....
ReplyDelete-abanghensem
ustaz haram jadah hapa mcm tu.... dulu bukan main lagi dok bagi ceramah sana sini..... dah insaf lah....... kempen utk PAS perjuangan menegak keadilan...... keadilan apa yg ustaz ni dok perjuangkan..... anak bini sendiri pun tak mampu nak bagi keadilan.... Inilah contoh seorang ustaz dimata murtad dihati.... Terimalah laknat Allah ke atasmu wahai Akhil......
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletepak lang dari dulu tak berapa caya ngan mamat ni. cakap sapa pun boleh. abdullah bin ubai bin salol bin bahalol cam ni la. pak lang ingat ni pun jelmaan spesis ni jugak. pak lang nak tunggu apa dia nak meraban lepas ni....pi jahanam la lu akil.
bro kudin mansor,
ReplyDeleteYg diperlukan ialah sorg yg pantas bergerak dan berani berkata2.Keneutralan mat sabu juga paling penting untuk mendamaikan geng pro UMNO n pro Anwar (jika adala..normal la pro2 ni) dlm pas.
Creditnya lagi,imagine Tim pres Pas selalu keluar masuk lokap.Impak die besar pd imej Pas sbg party yg "walk the talk".
Pd wa zaman strategi n pemikiran tak masuk lagi.Baru masuk sikit kot.
Husam mmg sgt sesuai namun die berimej n berjiwa lebih tenokrat.Namun kesesuaian die paling sesuai di kala zaman memerintah ataupon andaian pru13 dimenangi Pas.
abis lu masuk jarum yeaaa...haha
ReplyDeleteaku rasa ada conspiracy ..mungkin ustaz ni kena kidnap, then di kurung kat mana2.. lps tu buat cerita heboh ada hubungan intim bla bla.. pasal dia ni pun selalu gak bagi ceramah kutuk kerajaan ..bukan susah bagi kerajaan nak lancar sabotag sesaorang tu .. sedangkan d.s Anwar Ibrahim pun dgn mudah di sabotag dan di tolak keluar kerajaan.. hmm tipuhelah dunia .
ReplyDeletetakper memula kita bagi husam menang..
ReplyDeletepastu next pemilihan, husam vs TGHH, kita vote Mat Sabu for timb pres lak... ok tak?
pasal akill hayy, doa je moga dia kembali ke pangkal jalan.
wa dah kata dah, sejak dia tinggalkan pakaian sunnah nabi tu... akan hanyut jugak....
tak payah jadi artis leee. dunia artis ni penuh dengan maksiat...tak tahu ke...kalu nak bersih kan tong tahi mesti terpalit juga tahi tu kan...
ReplyDeletehati isteri mana tak terguris kalu macam ni... ceramah berdegar-degar macam ayam berkokok tapi ekor penuh tahi...buat malu je....
ReplyDelete