Skip to main content

Contoh plan satu kerusi untuk tahanan ISA.

Oleh : AdukaTaruna

Pendahuluan.

Setelah diterangkan konsep, relevan dalam N3 sebelum ini, gua masuk satu lagi contoh plan ini. Contohlah.

1. Kerusi harus parlimen bagi mengelak majority DUN terjejas.
2. Kerusi harus kawasan bandar bagi mengelak pengaruh media konvensional.
3. Kerusi harus di luar Kelantan bagi momentum penuh kepada Najib.

Kita ambil kerusi Khalid Samad. Shah Alam. Khalid mengugut mengadakan PRK seandainya 2 tahanan ISA 6 tahun tidak dibebaskan. PRK itu akan menjadi pungutan suara rakyat terhadap Najib dan ISA. Dia akan kaji keperluan itu dan mendapatkan pandangan pengundinya.

Ini sebenarnya memberi masa dan tekanan kepada Najib. UMNO akan bergolak. Penyelewengan undi di Bukit Gantang (separuh bandar) pun tidak dapat menyekat suara rakyat, inikan pula Shah Alam yang berstatus bandar.

1. Kalau Najib bebaskan tahanan, kemenangan besar buat semua. Khalid as hero. Kita akan menitis air mata bertemunya abah kepada anak, suami kepada isteri. Momentum yang besar untuk kerajaan memansuhkan ISA.

2. Kalau Najib terpaksa bertanding, karier politik Najib boleh musnah. Sabah dan Sarawak makin panas. Sentimen anti BN disuntik.

3. Kalau BN tidak bertanding, walau apa alasan, PAS menang free. Khalid tetap hero. Mangsa dan keluarga ISA berasa satu dunia bersamanya. Imej BN Najib rosak teruk. Diperlu pemimpin veteran.

Plan contoh.

  1. Khalid berkorban kosongkan kerusi.
  2. Calon PAS kita ambil Mat Sabu.
  3. PRU13 Khalid tidak boleh bertanding kerana 5 tahun.
  4. Khalid pilih sendiri calon untuk Shah Alam PRU13.
  5. Kalau dibolehkan undang2 dan situasi membenarkan, PRU13 lantik Khalid sebagai senator.
  6. Jika tidak boleh, calon pilihan Khalid tadi akan meletak jawatan seperti Wan Azizah kepada Anwar Ibrahim.
Contohlah. Kesemua ini harus dijelaskan secara terbuka. Jangan berselindung. Intelek pengundi jangan diperbodohkan. Kena dapatkan maklum balas pengundi setempat dahululah selepas umumkan kaji letak jawatan tu.

Comments

  1. oke, i see ur point now.

    plan yg boleh dilaksanakan, cuma adun @ mp yg bakal digunakan perlulah dipilih sebaiknya menurut kepentingan perjuangan semasa pr.

    my choice is d least contributive amongst mp.

    ReplyDelete
  2. penerangan mcm ni baru mudah nak faham

    ReplyDelete
  3. Haha tol tu Schizo. AT, projek ni perlu sokongan nasional. Kefahaman jitu di pelbagai peringkat. So corak penyampaian lu kena ikut level awam. Teori/falsafah beserta example :-)

    Secara peribadi, wa optimis dgn projek ni. Sama2 la hebahkan pd kwn2 & sedara mara. Yakinkan diorang.

    ReplyDelete
  4. tu la yg wa selalu menyalak kat dak duka nih.

    guna penyampaian level awam, guna ikot standard level awam.

    Ini dia sorang jer faham. yg lain tkulat2. baik tak payah.. huh

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.