Skip to main content

Cerita Ostad Fadhil.

Sebelum gua cerita, sumber yang gua ambil ni tak terlibat langsung dalam corak tulisan dan fikrah gua. Cuma gua nak rakam benda sedih berharga ni dalam blog gua.

Masa dulu gua lagi berdarah panas dari ini. Memang suka melawan punya. Walau gua masih belum menjadi penulis nyamuk, tp hati gua tak pernah memberontak akan Ostad Fadhil.

Gua follow jer seni orang tua ni. Macam follow citer CSI kekadang. Tak bosan beb. Ada jer isu panas, memang gua beli Harakah punya. Masa tu internet2 ni gua belum heavy lagi. Tujuannya, nak baca kenyataan Ostad.

Dapat jer kenyataan Ostad, gua ada guide line beb. Member tanya ke, bertekak dengan sesiapa pun gua kompiden. Punya lapang kepala otak gua. Memangla ada kala tak setuju, tapi kebanyakannya best. Laju giler.

Zaman tu macam mustahil penyokong PAS dibiarkan teraba-raba terlalu lama. Cepat gile settle. Isu A keluar pagi, lewat petang Ostad dah bagi penjelasan. Kepala otak laju giler. Perwatakan sempoi.

Semua tu hanya kenangan gua. Lepas Subuh ni, gua boleh terbaca pulak benda alah ni. Teringat fasa dulu.



Manusia tetap ada kelemahan. Walaupun beliau memang banyak kelemahan kerana sifatnya sebagai manusia, saya lihat sedikit-sebanyak Almarhum Ustaz Fadzil Noor memenuhi ciri-ciri itu.

1. Tak lupa Allah bila melihat dunia

Hampa ingat orang tak umpan Ustaz Fadzil dengan macam-macam benda? Selepas 29 Mac 1982 bila Anwar mengkhianati rising tide of Islam di negara ini, tergedik-gedik kawan-kawan Anwar menggelinjang dalam Umno. Waktu itu, selepas Anwar, Ustaz Fadzillah yang paling diidamkan untuk menjadi panglima pembunuh rising tide of Islam. Kalau setakat orang-orang Abim yang lain, taraf nasi tambah ja depa tu!

Saya tahu pelbagai umpan yang terhidang di depan Ustaz Fadzil, sesetengahnya atas nama ulama Pak Arab mana aku pun tak tau. Tetapi, Ustaz Fadzil tetap istiqamah dengan perjuangan Islam sehingga ke akhir hayatnya.

2. Tak jakun dunia

Hidup Almarhum sangat sederhana. Dan, tidak pula kedekut taik idung masin. Tak bina istana walaupun berlambak korporat yang nak sponsor kereta dan rumah lebih selesa kepadanya. Seingat saya, harta paling banyak yang dia perolehi adalah apabila beliau menyaman pihak yang menganiayai atau memfitnahnya. Sebelum dapat duit saman, dok pakai kereta Mazda kecik yang buruk tu lah!

Selepas dipecat sebagai pensyarah UTM, saya tak lupa Kak Jah isterinya jual asam keping dan beras pulut kerana nak cari rezki dan Allahyarham Pak Mat Jawa pula tolong jual kain pelikat dan batik untuk Ustaz Fadzil.

Bila dia jadi Ketua Pembangkang, memang dia pakai Mercedez terpakai, tetapi berhutang. Bila beliau kembali ke pengkuan Kekasihnya, hutang tak habis bayar lagi dan anak-anak dia tolak balik kereta tu.

Saya malas nak sebut ulasan-ulasan spontan Ustaz Fadzil terhadap orang-orang yang mewajarkan tindakan mereka pakai kereta mewah dan duduk hotel mewah. Takut ada yang terkena pula.

3. Sahabat rakyat

Saya tak ingat siapa sebut kat saya. Tetapi orang tu kata, "Semua orang rasa dia rapat dengan Ustaz Fadzil". Dalam ayat saya sendiri, saya selalu kata, "Ustaz Fadzil ni jenis orang yang kita rasa kita boleh pegang-pegang dia. Kita rasa rapat sangat dengan dia. Padahal, takkan Ustaz Fadzil rapat dengan bakaq!"

Itu illustrasi saya tentang Ustaz Fadzil. Kalau hampa tak faham, jangan nak kona-kona cakap aku!

4. Rajin

Orang tua tu tua atas jalan, tak rajin apanya! Hampa tau ka apa maksud tua atas jalan? Maknanya tak lekat di rumah, dok pi sana sini kerana nak ajak orang sokong perjuangan Islam, nak kuatkan PAS, apa saja kerana Allah. Maksudnya, sebahagian besar usianya dihaabiskan dalam perjalanan kerana berjuang.

5. Berani

Antara pemimpin PAS yang paling kuat maki polis yang kurang ajar ialah Ustaz Fadzil. Hampa mungkin tak pernah dengar pemimpin PAS yang cakap pandai tapi tanya ada permit ke tidak bila orang jemput berceramah. Ustaz Fadzil tak peduli semua itu. Kalau Pemuda PAS Kedah umpamanya kata "kita langgar ja, Ustaz," dia langgar.

Ada pemimpin yang suruh Pemuda PAS Kedah ubah tempat ceramah kerana takut kat polis. Ustaz Fadzil tak peduli semua itu. Setakat polis jaga road block selalu kena jerkah dengan dia, "Tepi! Orang nak pi ceramah ni!"

Saya tak lupa kata-katanya ketika berceramah sempena Muktamar PAS di Dewan KIA, Alor Setar pada tahun 1984, "Umno ni kita nampak kecik ja!"

Sebab itulah, apabila disembur oleh polis dengan air beracun yang celaka di hadapan kedutaan Amerika Syarikat, dia tak berganjak.

6. Ada otak

Haji Subky Latiff pernah menceritakan kepada saya bahawa ketika mesyuarat AJK PAS Pusat menemui jalan buntu, Ustaz Fadzil ada saja curahan idea dari Allah s.w.t. yang bersandarkan nas. Otak dia ligat!

Kalau berdebat, banyak orang boleh bercerita kelincahannya berdebat.

Setakat tu la cerita Almarhum.

Akhir sekali, pilihlah pemimpin yang diyakini boleh memartabatkan PAS sebagai parti politik berteraskan Islam.

Comments

  1. Ya Allah...

    aku rindukan dengan perjuangan ustaz fadzil...

    semogo kau ditempatkan bersama orang-orang yang rapat disisi Allah...

    Ustaz fadzil...nostalgia indah dalam hidupku walaupun waktu tue aku baru belasan tahun......

    ReplyDelete
  2. eik takat tu ajer... yang cerita penarek beca puji TG Haji Hadi tak nak masukkan ke?....

    ReplyDelete
  3. saya pernah belajar dengan dr. ammar(anak lelaki ustaz fadzil noor).. tgk muka dia tak tumpah macam bapak dia. baik dan sangat berilmu.. semoga ustaz fadzil ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. alfatihah

    ReplyDelete
  4. cik Anon....boleh juga masukkan kisah Hj. Hadi nak tukar Setiausaha Agung dan Ketua Lujnah Tarbiyah tp dihalang dalam mesyuarat AJK PAS Pusat.......

    ReplyDelete
  5. Salam anak muda,
    Terima kasih kerana suka cara pemikiran Almarhum baba. Semoga menjadi penulis yang berjaya.
    Sepertimana feedback akak dalam blog Pak Bakaq, izinkan akak membuat sedikit pembetulan mengenai fakta dalam artikel. Not a big issue cuma memperbetulkan fakta:
    1- Kereta mercedez- alhamdulillah berkat rezeki Allah Ta'ala kepada baba, kereta tersebut telah dibayar habis. Namun setelah baba meninggal, mama akak meminta abang 'Ammar akak untuk menjualnya kerana cukuplah kereta lain yang ada untuk keperluan mama dan adik akak.

    2- InsyaAllah , kami semua bersama2 dalam perjuangan islam. Pesan baba , berjuanglah dalam bidang masing2 untuk masyarakat samada dalam politik atau bukan politik mengikut upaya masing2. Beliau gemarkan pendidikan.

    Sama2 kita ambil pemikiran beliau yang baik, yang dapat dipelajari kerana asas perjuangan beliau, insyaAllah berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.

    Sekian, terima kasih. Maaf dipinta.
    Ukhtikum fil Islam
    Kak Muna 'Izzah Haji Fadzil.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...