1. Hubungi gua di sini.



2. Untuk yang berminat untuk iklan, sila email gua utk pertanyaan harga, etc.



3. Wa lancarkan enovel sulong wa RM10 sahaja. Akaun Maybank no 155014038030 Then, emailkan ke Calling2 Gua butir-butir bayaran anda. Kalau calling2 gua tu tak berfungsi, lu email jer la kat adukataruna2008@gmail.com



Insyaallah. Dalam masa 24 jam, wa akan reply terus e-novel anda beserta passwordnya. Dan anda boleh ulas, bantai, kritik, debat, cadangan, karya tersebut di link ini.





Sahabat

Iklan





260412






011012

May 23, 2009

BN Perak bertindak ikut undang-undang - Berg

22/05/2009 8:20pm

SINGAPURA 22 Mei — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan Mahkamah Rayuan hari ini mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah menunjukkan bahawa daripada segi prinsip undang-undang, Barisan Nasional telah membuat perkara-perkara yang menepati keperluan undang-undang.

Sambil melahirkan rasa puas hati dan syukurnya, Perdana Menteri berkata, keputusan mahkamah itu juga menunjukkan bahawa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pun telah membuat keputusan yang menepati peruntukan perlembagaan negeri Perak.

Beliau berkata demikian kepada wartawan Malaysia di akhir lawatan rasmi dua harinya ke Singapura hari ini sebagai mengulas keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang mendapati keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lepas bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar yang sah adalah salah, dan mengetepikan keputusan itu.

Najib berkata : “Kerajaan Perak yang ada sekarang adalah sah di sisi undang-undang dan boleh terus wujud, boleh terus mentadbir negeri Perak dan berkhidmat untuk rakyat Perak.” - Bernama

3 komentar:

Pak Lubis said...

Kes belum berakhir Najib ooi... Ada satu mahkamah lagi....Jangan lah yakin sangat ....

Hanz_Azdi said...

kalu buh harapan siang td harus ada yg terkezut beruk..kecewa..tapi sapa yg dah agak keputusan ni nak mai, ok ja. Kan Dr. Mahathir is back belakang Najib.. so hakim ker mahkamah ker leh dibeli beb. Wayang ja tu. Jadi baik kita push untuk bubar DUN Perak lg bagus untuk semua.

Berg said...

Lu petik kenyataan wa nie lu mintak izin x??... ces betul... apa kata lu bayar je ganti rugi.. settle.. wa x bawak kes nie kat mahkamah rayuan.. amacam??