Skip to main content

Blogger Cucu Mat Kilau keseorangan.

Thursday, April 30, 2009
madu yang dibuang, sebelum habis sepahnya......

Aku terpanggil untuk menulis kisah ini. Lambang persaudaraan dan persahabatan aku pada seorang sahabat bloggers. Jumaat lepas, heboh di akhbar akhbar utama, kisah seorang pengendali blog "pahangdaily"disaman sebanyak RM 2 juta atas tuduhan fitnah. Saman ini telah dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan. Mangsa kononnya yang diliwat Dato Seri Anwar Ibrahim.

Pada jumaat lepas, aku ada menghubungi rakan rakan bloggers yang lain, apakah bantuan yang perlu diberikan kepada bloggers berkenaan "cucu mat kilau". Sayang seribu kali sayang,rupanya sahabat bloggers yang lain cuma ada kesedaran berpolitik. Tiada kesedaran sosial sama sekali.

Begitu juga sikap para pemimpin PAKATAN RAKYAT yang lain. Terutamanya DSAI sendiri. Seorang bloggers yang membersihkan nama DSAI dilayan seperti seorang pelacur tua yang tidak mahu dibantu sama sekali.

Kemana perginya peguam-peguam PKR di dalam membantu "cucumatkilau". Adakah hati Saiful Izham, Latifah Koya, Shamsul Iskandar telah dibutakan dengan sedikit kemenangan?. Di mana sikap kemanusiaan DSAI dalam membantu "cucu mat kilau?".

Perbualan telefon aku bersama "cucu mat kilau" sebentar tadi menjelaskan segalanya. Memang sah tiada bantuan, sama ada sokongan moral, bantuan Nasihat Guaman tidak ada langsung.

Beginikah sikap seorang peminpin yang langsung memperdulikan nasib seorang yang membela maruah DSAI sendiri?.

Begitu juga sikap para sahabat bloggers yang lain. Sehingga posting ini ditulis, tiada sokongan dari sahabat bloggers sama sekali.

Buat semua bloggers network, masih ingatkah kita dengan deklarasi semasa penamaan calon permatang pauh. Di bawah khemah sambil menikmati asap rokok, mee udang dan nasi?. Kita sama sama berjanji, untuk membela nasib rakan bloggers yang lain.

Sayang seribu kali sayang, deklarasi berkenaan kita lupakan. Semua semakin hanyut dengan dunia glamour masing masing. Kita mula lupa daratan. Menganjurkan berbagai majlis hi-tea dan pelbagai majlis cari glamour yang lain.

Kita mampu menebalkan muka memohon derma simpati untuk tembolok sendiri ketika berjuang atas nama parti. Tapi kita lupa rakan sendiri yang kini terkontang kanting memohon simpati dan sokongan moral.

Jika beginilah sikap kita, yang lebih pentingkan tembolok sendiri, majlis hi-tea dan sebagainya..adalah lebih baik, kita para bloggers, pemimpin Pakatan Rakyat membuat pertunjukan sarkis. Menjadi Badut di pentas diketuai DSAI.

Ayuh, buka minda, buka mata hati...seorang rakan kita "cucumatkilau" perlukan kita semua di kala ini. Beliau bukan meminta wang ringgit, sebagai pejuang seperti beliau. Pamerkan no akaun di laman blog bukan pilihan. Beliau cuma perlukan sokongan moral.

berkenaan bantuan guaman, biarlah DSAI dan Pakatan Rakyat uruskan.

Minta maaf bang, ni je cara saya nak sedarkan semua manusia betapa pentingnya kesedaran sosial.

matcomot

1. Jika ditanya gua, gua mengatakan Cucu Mat Kilau ini, inteleknya bertaraf penyokong Anwar.

2. Bila bertaraf penyokong Anwar, sudah pasti otaknya tiada daya memilih penetapan falsafah perjuangan. Anwar adlah individu.

3. Perjuangan sepetutnya ialag keadilan, kesaksamaan. Dalam isu fitnah Saiful, ia terpecah kepada banyak.

  • Intergriti kita menyampaikan maklumat. Kalau dengar dari orang lain, perlu kata dengar dari orang lain. Tak boleh kata tengok dengan mata kepala sendiri.
  • Blogger berhak bersuara tentang invidu A, dan individu A berhak membela diri, termasuk tindakan mahkamah.
  • Sepatutnya, situasi adil dan saksama perlu diberikan kepada kedua-dua pihak. Anwar dan Saiful. Anwar tidak terbukti salah atau tidak, begitu juga Saiful. Semuanya perlukan suasana yang adil.
4. Jadi, jika anda mendakwa Saiful sekian, anda perlu bersedia menerima dakwaan dari Saiful pula. Pro.

5. Gua percaya Raja Petra telah tersedar kebodohannya dalam perjuangan individu Anwar. Terutama selepas kes Perak. Kerana itu dia berasa malu untuk menjadi mangsa turun naik mahkamah akan kes2 bantuannya terhadap Anwar. Kerabat dSelangor marah hanyalah alasan.

Kini dia banyak mengkritik Anwar.

6. Dan sekarang giliran seorang lagi level intelek penyokong Anwar untuk berasa laba dari sebuah perjuangan individu Anwar. Jika Cucu Mat Kilau disaman kerana rakyat, pasti Allah bukakan hati rakyat membantunya.

Lihat sahaja Blogger Perak yang disponsor rakyat Malaysia. Kerana prinsipnya kerana rakyat. Bukan kerana individu Nizar.

Kesimpulannya, sendiri ludah, sendiri cuci. Semoga anda tersedar, insaf dan didatangkan kemudahan oleh Allah.

Comments

  1. Tepat, padat dan mantap ulasan dari aduka taruna...

    ReplyDelete
  2. at ni kalau kena angin cantik, dia akan buat ulasan yang kita faham.

    tp kalau kena angin ntah apa2, mati kita kena faham sendiri. kenapa dia cakap camtu.

    ReplyDelete
  3. syabas inpektor shahab!kritikan lebih manis tanpa perlu bermuluk2..tak perlu perkataan kesat..

    ReplyDelete
  4. orang tu dah susah, toksah lah tambah kata-kata yg menghiris.

    tak nak tolong, tak payah buat ulasan yg begini.

    fikirkan kalau kita yg kena pulak..

    fikirkan kalau DSAI saman awak pulak

    atau Hj Hadi saman awak

    Setiap yg beriman itu ada kasih sayang dan simpati
    Hatinya tidak mati

    ReplyDelete
  5. Tau tak pa........

    Ada jugak akai no....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...