Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

May 8, 2009

Beberapa ekor calon Timbalan Presiden PAS

Sebab tenggelam dalam isu panas Perak, wa up balik N3 analisis wa ni. Nanti, kalau Otad Azizan dan Hasan Ali sah nak bertanding gak, wa update lagi.


3 ekor calon Timbalan Presiden.

Oleh : AdukaTaruna

Pendahuluan.

Setakat ni, hanya 3 ekor disebut2 sebagai calon Timbalan Presiden. Jawatan ini amat penting. Sama ada menjelang PRU13 mahupun selepas PRU13.

Ada pihak yang mendakwa Timbalan Presiden tidak mempunyai apa-apa peranan. Ianya bergantung kepada Presiden. Jadi, katanya lagi, adalah tidak munasabah Husam mahu menetapkan arah tuju PAS dengan jawatan Timbalan Presiden.

Pada gua, seandainya selain dari Nasha, sama ada Mat Sabu atau Husam, Presiden Hadi akan terhimpit dan tertekan dalam gerakan pintar berpolitik regunya itu. Umum mengetahui kelemahan Hadi dalam berorganisasi dan berpolitik, sama ada terbuka mengakuinya atau tidak. Step by step la sket....

Jadi, Timbalan Presiden PAS berupaya menolak Hadi ke era bersara. Sunnah Allah mendatangkan kesegaran untuk setiap zaman.

Pengkelasan kategori.

Dalam satu2 jemaah Islam, terdapat 3 kategori manusia yang mendukung jemaah itu. Aktivis, pemikir dan ulama. Ulama boleh menjadi ulama semata, yakni almari rujukan semata, dan boleh juga menjadi aktivis dan pemikir sekaligus.

Namun, genetik Melayu, tidak ramai ulama yang berkemampuan menjadi pemikir dan terlalu eksklusif untuk menjadi aktivis. Biar papa asal bergaya. Takan ulama jubah nak kotor2 kot.


Nasha.

Kategori : Nothing. Ulama yang menjadi rujukan pun bukan, aktivis pun bukan, pemikir haram sekali. Serius!

Ulama yang menjadi rujukan lebih kepada Saiful Islam, Zaharuddin, TGNA, MAZA, etc. Ini adalah contoh dan gambaran ulama yang menjadi rujukan. Jadi Nasha gagal melepasi kategori ini. Tak pernah plak masyarakat buru Nasha untuk permasalahan atau isu rakyat.

Aktivis pun bukan. Datang demo sekali dua. FRU ada dia ghaib. Kena tangkap, berguling atas jalan, entahlah. Nasha bukan aktivis.

Pemikir, haram sekali. Belum pernah kita dikejutkan dengan idea2 bernas darinya. Ulama ini IQ level standard seorang Melayu asli.

Watak.

Kebanyakan pengundi atas pagar dan sebilangan ahli PAS berpendapat, Nasha tidak menonjol. Tidak mempunyai prestasi yang bagus. Ada atau tidak, sama sahaja. Tiada isu negara yang dapat diulas, dikupas oleh Nasha dengan baik. Malah, dirinya pula selalu menjadi isu.

Ulama ini pernah melukakan dunia blogger apabila mengugut akan menyaman satu blog atas berita yang dia tidak mengaku. Namun, selepas dikantoikan Paklah, dia koner 180 darjah pada gear 8 dengan meletakkan Majlis Syura Ulama sebagai Rio Ferdenand, jubah pewaris nabi sebagai John Terry.

Pada gua, hanya orang bodoh dan jumud sahaja yang akan mengundi Ostad Nasha. Orang yang mengundi Otad Nasha berada dalam fantasi Malaysia ini hanya didiami oleh 800 000 ahli berdaftar PAS, dan hanya mereka sahaja layak mengundi PRU13 nanti.


Mat Sabu.


Kategori : Aktivis, pemikir dan strategis.

Dalam tajuk kecil aktivis, Mat Sabu adalah Raja Aktivis Malaysia. Apa penderitaan yang tidak pernah dilalui oleh beliau? Operasi lalang? ISA? Kena keronyok? BERSIH? Kepung di lampu isyarat? Gempa bumi? Palestine? Cakap apa sahaja.

Jadi, kerana Mat Sabu berdarah aktivis, dia lebih rapat dengan akar umbi. Dan seandainya definasi akar umbi itu sehingga melepasi peringkat perwakilan PAS, wa percaya Mat Sabu akan mendapat undi yang lebih tinggi.

Di bawah tajuk pemikir, Mat Sabu adalah antara orang yang mengasaskan idea Kepimpinan Ulama. Mat Sabu adalah driver pemikiran ahli PAS. Ceramahnya dinanti dan diletakkan sebagai penceramah terakhir.

Untuk strategis pula, mari kita melihat satu gerakan Mat Sabu yang mustahil dikesan oleh lu orang. Ala2 Anwar sket. Sejak PRU12, nama Mat Sabu agak tenggelam. PRK Terengganu dan Bukit Gantang juga menyisihkan namanya.

Menjelang pemilihan, sebaik sahaja Mat Sabu menegakkan ketegasannya untuk bertanding Timbalan Presiden, Mat Sabu terus mengaktifkan BERSIH. Pakai baju hitam dan sebagainya.

Kemudiannya, dia ditangkap. Ini semua melonjakkan namanya semula ke persada politik tanah air amnya, ke perwakilan PAS khususnya. Taktikal serupa Anwar.

Watak.

Mat Sabu dilihat masyarakat berwatak degil mempertahankan prinsip. Mat Sabu dilihat akar umbi sebagai patuh kepada organisasi. Terbaru, ia terbuka apabila tidak dipilih sebagai calon Kuala Terengganu dan Bukit Gantang, walau undi medium internet, namanya sungguh popular.

Namun, kelemahannya; dikatakan Mat Sabu ialah tidak pandai berbahasa Inggeris. Bahasa Inggeris perlu dalam taktikal politik Malaysia kerana medium media bahasa itu paling luas.

Sukar membayangkan Presiden PAS, Hadi ternganga untuk menjawab soalan media Bahasa Inggeris. Dan kemudiannya Timbalan Presiden Mat Sabu pun tergaru-garu kepala. Ini adalah kerosakan imej PAS.


Husam.

Kategori : Aktivis, pemikir dan strategis.

Level aktivis Husam lebih rendah berbanding Mat Sabu. Tetapi jauh tinggi berbanding Nasha.

Namun begitu, level pemikir Husam lebih tinggi dari Mat Sabu dan sudah pasti bagai langit dengan bumi berbanding Nasha mahupun Hadi sendiri. Banyak idea2, penyelesaian bernas yang dikemukakan Husam sama ada dalam Kelantan atau nasional. Silap sekali skala adalah normal.

Dalam tajuk kecil strategis, Husam lebih berseni berbanding Mat Sabu. Kenyataan, perwatakannya, pergerakkannya berseni, tersembunyi dan halus. Husam jika Presiden, apabila duduk di sebelah para Anwar dalam sidang media BR, percayalah, hanya 6 bulan karisma Anwar akan tersisih.

Anwar memerlukan proganda untuk popular. Husam tidak. Anwar perlu ditangkap untuk momentum diri, Husam tidak. Anwar perlu retorik untuk kekal panas, Husam tidak. Tidak perlu semua itu.

Watak.

Jika Mat Sabu lebih rapat dengan akar umbi, Husam lebih rapat dengan para intelektual, para pemikir dan golongan level tinggi. Dan sudah pasti definasi itu melepasi standard perwakilan PAS.

Jika anda adalah ketua kampung selama 30 tahun, dan Husam berhijrah ke kampung anda untuk 2 minggu, anda pasti tidak akan menyukai Husam. Kerana anda rasa tercabar. Inilah yang berlaku di Kelantan. Ibarat pokok cili yang didatangi benih durian.

Penggulungan.

Pada gua, PAS memerlukan penyegar. Dunia dan alam sememangnya dijanjikan Allah akan ada penyegar. Tetapi, dengan Husam dan Mat Sabu bertanding sekaligus, Nasha mungkin akan menang seperti Khairy Jamaludin di Pemilihan Agong UMNO lepas.

Mat Sabu telah terlebih dahulu menggerakkan buahnya. Husam masih dalam pertimbangan. Halus, seni dan tersembunyi. Jika kesegaran jemaah didahulukan, apatah mungkin memberi laluan kepada Mat Sabu?

Jika peratus kesegaran itu majority mutlak terarah kepada Husam, perlukah menyahut amanah itu?

11 comments:

perunding said...

aduka memang hebat dan tepat

Anonymous said...

setuju dengan pendapat bro tu

lelaki_ini said...

Wa cadang ;
Pres. : Husam
Timb. Pres. : Md. Sabu

Pehh mau kena luku pale wa dgn ostad PAS17 & ostad cili nih, haha.

uma said...

wa x rasa 1 tindakan yg cerdik utk husam bertanding utk presd
pd thn ni.
wait 2 thn lg kot.

letak husam kat timbalan,
mat sabu , nizar kat naib presd..
2 thn lg..
naik ke next stage...hehe

kene pelan2 kayuh,hehe..

harap team erdogan bijak
dlm melaksanakan perubahan
coz majoriti mentaliti puak ijau
pale style zaman perang guna keris lagi...haha

Sudin said...

Saya stuju dengan analisis AT.

Wa caya lu...

Saya harap Roslan sms wala' wala' dan yg sewaktu dgn nya membaca article tuan.

Sudin

Anonymous said...

Cadang Husam tanding presiden. Kuasa semakin hampir, boleh buat perubahan ke arah halu tuju PAS yg lebih dinamik & fleksibal.

uma said...

dari statement2 puak2 ijau ni,
wa x rasa husam leh tanding presd.
bukan masanya lg, bg wa.
klu tanding sekadar nak kalah,
elok x payah...
bertanding kene tahu kekuatan diri.
ni bukan tanding ala pilihanraya
dgn BN.


elok tangkap timbalan dulu..hehe
kayuh pelan2..haha


tp klu husam dah teliti
kekuatan dan kelemahan beliau.
x terpulang laaa.


bg wa,
melayu punye pale otak cepat
merasa selesa dgn apa yg ada, termasuk wa tu....hehe

schizophrenia said...

setuju dgn analisis ini

Anonymous said...

hebat apanya aduka ni?orang dia kata ekor!baral punya aduka!

Mat Fraksi UMNO said...

husam tu bela kambing boleh la

Anonymous said...

Husam bakal disembelih nanti.diperangkat negeri bolehlah nak aturkan.xtau lagi langit tinggi rendah.ko tengoklah kalau xcaya.aku orang yang pertama akan penggal leher aduka bila benda ni benar2 berlaku.