1. Hubungi gua di sini.



2. Untuk yang berminat untuk iklan, sila email gua utk pertanyaan harga, etc.



3. Wa lancarkan enovel sulong wa RM10 sahaja. Akaun Maybank no 155014038030 Then, emailkan ke Calling2 Gua butir-butir bayaran anda. Kalau calling2 gua tu tak berfungsi, lu email jer la kat adukataruna2008@gmail.com



Insyaallah. Dalam masa 24 jam, wa akan reply terus e-novel anda beserta passwordnya. Dan anda boleh ulas, bantai, kritik, debat, cadangan, karya tersebut di link ini.





Sahabat

Iklan





260412






011012

May 29, 2009

Beb. Gua ada satu plan la...

Oit kengkawan. Gua ada satu plan la. Kalau korang support, gua rasa cantet gak. Tapi sebelum support, kena berdebat, berdebik dulu la sesama kita. Okeh gua story sket.

Ada satu kes beb. India muslim. Baru bertatih la dalam Islam. Daif ma. Dah la daif, kena hina pulak kat komuniti Melayu. Biasalah..

Dia kawin dengan seorang janda anak 4. Janda ni Melayu, kulit cerah. Yang India ni bukan gua nak kutuk, tp memang hodoh. So, dah 2 kali ganda sinis dia dapat. Sebab miskin, 4 anak tu dipelihara oleh adik-beradik si janda.

Pendek citer, kitorang pun plan la nak bantu saudara kita nih. Member gua abang kawasan satu tempat. Pepaham la no. Dah story sama dia, dia setuju.

Skang ni, keluarga miskin ni, kitorang cadang berikan dia bisnes. Dia mahir buat roti canai. Tempat memang cantet. Korek sana, korek sini, dapatlah siapkan stall, peralatan. Lesen penjaja kemudian cerita. Gua gantung dulu.

Gua ingat, tempat tu kalau kita manfaatkan, boleh jana duit ma. Tempat memang cantet beb. Meriah. Gua punya idea macam ni.

  • Kita kumpul duit beli generator n bina sikit2 tapak bagi selesa.
  • Lesen atas nama gua dulu, kendian, kita wat syarikat, baru lesen atas nama syarikat. Tu pasal gua gantung lesen kat story atas tuh.
  • Kita buat 4-5 gerai kat situ.
  • Sewa dari 4-5 gerai masuk kat team kita. Nanti team kita leh support aktiviti kebajikan. Kalau pemalas macam gua, kita bagi TKO Global jer. Diorang yang uruskan hal2 kebajikan.
  • Kalau 5 gerai, sewa RM5 sehari, tak kira dia nak niaga siang ke malam ke 24 jam ke, dah 25 hengget sehari. Sebulan RM750. Jadila beb.
So, nanti gua tanya muallaf tu, kalau dia tahu mana2 saudara kita yang susah sama dia, suruh dia niaga situ. Kira utamakan yang utama dulu la. So, pancing mereka dapat, dana untuk kebajikan lain pun kita dapat.

Amacam? Kalau korang rasa leceh, gua buat sendiri jer la no. Ngeee...

4 komentar:

Hasbullah Pit said...

kewujudan beberapa gerai tepi jalan yg sekelompok, meningkatkan peluang kereta berenti, berbanding yg terpisah.

Aku setuju.

Hanz_Azdi said...

Wa nak cakap dgn 'abg' lu bila dia senang la ///

Apa pun wa sokong gak la nak bantu membantu hal ekonomi sesama Islam ni..tak kira kaler kulit dia putih ker itam legam ker..Duit byk mana nak kumpul tu AT? Aku hulur sikit dulu la... RM10 leh? ni ikhlas ni..hehe

Apa pun tgk gak, samseng ker penganggak mana leh ganggu gugat area tu...kena jaga la area depa tu baru nak meniaga, kang tak pasai depa langgar kwsn org lak.

AdukaTaruna said...

gerai pertama utk roti canai settle. yang tak settle ialah gerai seterusnya dan sebijik generator.

gua sependapat dgn bro sebol sebagai Menteri Kewangan. Kalau reramai berniaga secara kumpulan nampak meriah sket. Org nak singgah pun best.

Gua ingat kalau sorang pembaca derma RM10 dah settle kot. 100 orang darap 10, dapat seribu.

Boleh beli generator atau gua melancong ke Danok. kah kah kah.

Anonymous said...

Sebijik idea orang UMNO.