Skip to main content

Barcelona VS Man United


Barcelona mahu lengkap sejarah 110 tahun

MADRID - Barcelona yang menjulang gelaran berganda sejak 1998, mampu melengkapkan musim paling berjayanya dalam sejarah 110 tahun mereka jika mengatasi Manchester United pada penutup Liga Juara-Juara, 27 Mei ini.

Tiada pasukan Sepanyol yang pernah mencapai tiga gelaran tetapi jurulatih Pep Guardiola berpeluang melakukannya dalam musim sulung walaupun menewaskan juara bertahan dan juara England, United merupakan usaha yang sukar.

"Liga ini merupakan gelaran yang terpenting. Ia lebih penting daripada menjadi juara Eropah kerana ia hadiah bagi pasukan paling konsisten.

"Di Eropah, anda boleh mengalami 10 minit yang buruk dan ia berakhir buat anda. Anda hanya perlu melihat pada permainan kami menentang Chelsea apabila Andres Iniesta menyelamatkan kami pada minit terakhir," katanya.

Guardiola memenangi Piala Eropah sebagai seorang pemain pada 1992 tetapi memiliki masalah menjelang perlawanan akhir dengan penggantungan dan kecederaan pemain utama.

Thierry Henry kembali ke tahap terbaiknya musim ini, kini terkeluar dengan masalah ligamen lutut tetapi penyerang Perancis itu yakin dapat menyertai perlawanan akhir di Rome.

"Saya harap tiada siapa yang mengetepikan saya ke Rome. Saya berusaha hingga penghabisan untuk meraih peluang bermain. Saya bertambah baik pada setiap hari dan saya yakin.

"Bagi saya, ia satu impian untuk bermain di Rome selepas kalah perlawanan akhir kepada Barcelona apabila saya masih di Arsenal," kata Henry.

Henry menjadi sebahagian pasukan Gunners yang kalah 2-1 kepada Barcelona dalam perlawanan akhir 2006 dan Liga Juara-Juara merupakan salah satu pingat yang terlepas daripada koleksinya.

Wira separuh akhir, Iniesta yang menjaringkan satu gol kemenangan dramatik ke atas Chelsea, turut diketepikan dengan satu kecederaan paha tetapi terdesak untuk memasuki perlawanan akhir.

"Saya akan berada di Rome. Ia satu koyakan kecil. Ia tidak begitu serius, saya andaikan ia disebabkan oleh tekanan yang dikaitkan dengan penghujung musim.

"Hasrat saya bermain dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara akan banyak membantu saya pulih dengan cepat," kata Iniesta.

Guardiola turut mengalami masalah belakang dengan bek kanannya, Dani Alves dan bek kiri

Eric Abidal digantung manakala bek tengah Rafael Marquez terkeluar sepanjang musim.

Guardiola perlu merombak sama ada menukar Carles Puyol ke bek kanan dan membawakan pemain tengah bertahan Yaya Toure di bahagian tengah pusat di samping Gerard Pique atau mempertaruhkan pemain Uruguay yang kurang berpengalaman, Martin Caceres.

Di bek kiri, veteran Brazil, Sylvinho, 35, mampu menggantikan Abidal atau Puyol yang serba boleh mampu bertukar sebelah.

Barca hanya pernah memenangi Piala Eropah dua kali dan jika mereka mampu menewaskan United untuk memenangi satu treble bersejarah, mereka akan tercatat dalam sejarah.

"Dari segi bola sepak, inilah salah satu daripada musim terbaik dalam sejarah Barcelona apabila anda melihat cara kami bermain dan gelaran dimenangi," kata presiden, Joan Laporta. - AFP

Walau gua anti Man U, tetapi gua ramal :

  • Man U menang tipis atau menang penentuan penalty.
  • Man U hanya rasa bola sebanyak 40%.
  • Man U guna format 1 9 1. Kepeer satu, 9 pertahanan, 1 penyerang. Si budak jobo, Ronaldo.
  • Keadaan berkubu Man U membuatkan Messi dan Eto kelihatan tidak perfom.
Cara Barca menang.
  • Hilangkan rentak berkubu Man U dengan turut berkubu pada separuh kepada separuh masa pertama (dalam 20 minit perlawanan). Ketika ini, Barca hanya perlu clearkan bola dari kawasan sendiri dan menanti serangan Man U. Jangan control tengah padang sangat.
  • Apabila rentak berkubu Man U semakin tenggelam, dan mula aktif menyerang, maka defend Man U akan naik tinggi. Keadaan ini baru sesuai untuk Barcalona kembali kepada corak asal mereka.
Nabi cakap serahkan sesuatu itu pada ahlinya. Dalam bidang bola sepak, yang berbakat dalam bola sepak harus menerajui bola sepak. Dan para peneraju bola sepak pula dikawal institusi ulama.

Tapi di bawah falsafah bodoh genetik Melayu, dalam setiap bidang mereka menggunakan falsafah ciptaan manusia. Yakni KEPIMPINAN ULAMA.

Jadi, dalam bola sepak ini, wajib penyerang ialah Hadi, keeper ialah Daud Iraqi. Yang lain-lain adalah haram. Maka bersoraklah UMNO United macam ni. Nasha / Hadi diberikan tempat istimewa oleh UMNO.

Bangsatnya Kepimpinan Ulama ciptaan Melayu.



Comments

  1. tajuk ni pon
    lu cilok masuk hadi & daud yeaa...haha

    ReplyDelete
  2. jgn kuat sgt bro
    nanti wa punye geng erdogan
    ditafsir mcm anti ulamak lak...haha

    ReplyDelete
  3. sedar diri sikit..jangan nak hentam ulama' ja...CERMIN DIRI...!!!

    ReplyDelete
  4. AT dan lg lu cilok konar pi tibai ulama ya? Jgn laa kepimpinan ulama disalahertikan & dimainkan sentimen sebegitu rupa. Walupun wa paham lu punya cara tu mcm, 'man man' la bro. AT. Benci ke seseorang ulama jgn lak lu pakai borong semua ulama sama cam lu kata tu. Jgn salah tembak merata. nanti lu kena backfire...susah lu gak. So, don't shout like a dog, be man enough to criticise/condemn on specif man ONLY.

    Apa pun wa sokong BARCELONA menang punya la champion league ni tawun..Lu x caya ker bro? Tu lu punya pasal la...hehe

    ReplyDelete
  5. "So, don't shout like a dog, be man enough to criticise/condemn on a specific man ONLY." ---> Kalo lu rasa lu betul, lu pi tabuh kelemahan dia tu sorang ja..jgn merepek, melalut & libat ulama lain sama dlm hal tu. ...
    sekian dimaklumkan....hehe

    ReplyDelete
  6. ko ni psiko ke apa,meroyan...sah mak ko beranakan ko tak cukup bulan...gampang...ko tunggu la.. masaklah ko kena gulai kalau dapat tangkap...

    ReplyDelete
  7. Salam Bro, ayat lu gampang sangat la bro. Ingat Sikit bro, semua apa lu cacat / cakap akan kene soal balik. Jangan duk sedap bantai ikut lu punya otak jer bro..

    Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya. [17:36]

    Wa sedap gak baca lu punya komen, tapi lu komen bahasa lu gampang sangat. Tengok sikit apa Tuhan kata,

    Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. [16:125]

    Wa tak tau la kalau memang keturunan lu memang guna ayat-ayat gampang macam ni..

    Sorry la bro, sama-sama ingat la

    ReplyDelete
  8. lapik sikit bro...
    kalau lu x cakap sapa nama si polan yg lu marah tue..lu dah pukul semua ulama bro!berat lu beb nak mintak maaf dekat sorang2 ulamak...

    komen lu pasal man united mmg tahap bangsat bro..lu komen mmg x pakai otak!lu ingat man united mmg langsung x pandai main bola ker bro??barca jer pandai main bola...lu mmg bangsat

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.