Skip to main content

Bacaan untuk bebudak bawah umur gua.

Oleh : AdukaTaruna

Ni bacaan untuk bebudak bawah umur gua lah. Gua nak story kat lu zaman Ostad Fadhil yang pernah wa follow. Tapi bacaan ni hanya boleh disanggah oleh umur otai macam Pak Bakaq jer la. Sebab dia melalui zaman Ostad Fadhil lagi lama.

Ini story zaman gua berhati panas dulu. Tapi takda lah macam lu orang yang terjun merasai sendiri derita zaman Ostad Fadhil. Gua cam biasalah. Pemerhati bebas. Hahaha. Tu yang uma berbulu dengan gua tu. Dia main kejar2 dengan FRU sekali dengan Kak Memot, gua releks cari duit kat Seremban.

Kepada bebudak umur bawah gua, (cewah macam surat cinta xenan la plak)

Andainya lu orang melalui sekejap zaman Ostad Fadhil dan kemudiannya melalui zaman Hadi, pasti lu tahu dan rasa hati pemberontak macam gua. Setakat lu kenal2 jer erti politik, lu dah berada dalam zaman Hadi, memang lu takan tahu apa.

Yang otai2 tu pun sebab dia dah 'lama' jer tuh. Dah cool, dah releks, kalau dia muda macam gua, kompom dia pun panas gak. Hahaha. Lu baca ni bebaik. Gua merahkan tulisan nih.

Zaman Ostad Fadhil, dan ahli PAS zaman Ostad Fadhil dan sebelumnya adalah golongan penjuang. Zaman Ostad Hadi dan ahli PAS zaman Ostad Hadi adalah golongan pengurus.

Keterangan.

Sinar politik PAS yang cerah di Malaysia sekarang adalah hasil usaha ahli PAS zaman Ostad Fadhil, bukan sebab Ostad Hadi. Macam2 orang dulu rasa beb.
  • Memali. Ostad Fadhil handle kes sebesar Memali.
  • Al-Maunah. Ostad Fadhil handle kes sebesar ini. Sebijik propaganda 9 11.
  • Tragedi si bangsat Anwar (ABIM) masuk UMNO.
  • Ahli PAS zaman Operasi Lalang.
  • Ah... malas gua nak tulis.
Ostad Hadi hanya pengurus kemenangan. Pengurus zaman terang hasil usaha zaman kelam. Ostad Fadhil meninggal ketika sempadan zaman terang. Diurus oleh satu ulama paling bodoh pada penilaian peribadi gua. Perasan kemenangan PAS adalah hasil usaha dia. Kononnya ketika itu rakyat memilih PAS kerana faktor Hadi la tuh.
  • Akulah Presiden PAS.
  • PJ Terengganu pun aku gak.
  • MB pun aku.
  • Terer gile aku. Aku ADUN sekali.
  • Jangan ADUN jer, Ahli Parlimen pun aku kebas.
  • Ketua pembangkang sekaligus.
  • Tanggungjawab Rusila pun aku.
  • Poligami
Lu nampak tak betapa bangsatnya ulama genetik Melayu ni. Tak payah nafi. Ini sifat genetik Melayu. Kalau berniaga ada untung sikit, macam2 dia beli. Kereta mewah, rumah besar. Guruh di langit, air tempayan dicurahkan.

Kerana perasan faktor Hadi, rakan sekutu dia sindir. Ubat tamat tempoh la, apa la. Kerana perasan faktor Hadi, dia musnahkan Barisan Alternatif. Ini adalah fakta yang gua rakam. Sejarah yang terakam.

Padahal dia hanyalah pengurus yang kaki kanan. Dilantik menjadi CEO kerana Ostad Fadhil meninggal. Hasil usaha dan kelicikan zaman Ostad Fadhil. Gua ada ketika itu sebagai pemerhati.
  • Bukan Hadi, tapi Ostad Fadhil yang berhadapan dengan Mahathir.
  • Bukan Hadi, tapi Ostad Fadhil yang berhadapan dengan Anwar.
Hadi hanya pengurus. Dan pengurus yang gagal. Dan bodoh. Bebudak yang masuk2 sahaja dalam zaman Hadi tidak tahu perbezaan 2 zaman. Gua ada situ sebagai saksi walau dihujung zaman Ostad Fadhil.

Ostad Fadhil dah kompom akan marah gua tulis benda ni. Akhlaknya tidak boleh menerima apabila dibanding2kan atau dilaga2kan. Tapi gua peduli apa. Wa adalah perakam kejadian secara bebas.

Tu pasal sekarang ni gua respek TGNA. Sebab TGNA bukan sahaja melalui zaman2 itu, tetapi dia adalah peneraju zaman itu.

Hadi hanya melalui zaman seperti mana gua melalui zaman. Hadi tidak menerajui zaman itu seperti gua juga. Dan kalau gua jadi Hadi pun, tak mustahil gua gagal mengurus hasil kerja penerajui terdahulu. Sebab melalui, bukan penerajui.

Hadi bukan peneraju. Hadi hanya pengurus hasil kerja zaman dulu. Kalau tidak kerana imbangan blogger, imbangan dalam parti, gua percaya sesungguh hati, tidak mustahil Hadi membawa PAS ke landansan yang tidak diingin peneraju terdahulu.

Seandainya terjadi Operasi Lalang.

Bebudak bawah umur gua, lu dengar sini bebaik. Lu pegang kata gua ini. Lu semak di masa hadapan. Gua tahu setakat mana sahaja penerokaan otak lu.

Katakan PRU13 BN kalah. ISA masih belum mansuh (suruh berkorban sekarang tak nak). BN kalah untuk kerajaan pusat. PRU13 dibatalkan, Operasi Lalang bermula. Gua rakam ini untuk masa hadapan.

Semua pimpinan penting PAS, BR, blogger2 penting; akan ditangkap, KECUALI :
  • Hadi Awang.
  • Nsharuddin Mat Isa.
  • Musthapa Ali.
  • Hassan Ali.
  • beberapa lagi
Dan mereka inilah yang akan membentuk percampuran UMNO-PAS selepas pemimpin PAS lain dilumpuhkan (ISA). Tiada pengimbang dalam parti sendiri, tiada penulis/media yang akan membakar amarah.

Lu pegang kata gua hari ini. Ini plan UMNO yang jin wa seludup print out.

Comments

  1. ces lu punya ayat mcm umo lu dah tua gile je.. haha...

    btw setiap zaman ada acuannya sendiri bro... biarpun kelihatan seakan lemah, namun jika menepati syarat2 mendapat redha Allah... sudah kene la dengan acuannya tu...

    lu nak marah2 boleh.. hak lu... tapi akuilah setakat pilihan yang ada... TGHH masih yang terbaik...

    Kerana lupun x kan mampu memberi option lain... jika ada kemukakanlah... walau bagaimana baguspun option yang lu bagi... x mustahil dia juga akan menjadi bahan makian lu kemudiannya.. coz dia masih belum teruji dengan jawatan sebagai ketua...

    hehe... suke dengan nasihat TG Haron Din... kita perlu memperbaiki bukan terus menghukum ubah.. kerana sempurna milik ALlah...

    ReplyDelete
  2. Wa teringat mat sabu complain pasal ustad muda sekarang tak pandai selok belok bersiasah awal2 dulu.

    Kalau tgk sekarang pon makin lama wa makin setuju ngan mat sabu.

    kalu dak takan selamber kene kencing ngn UMNO jd geng

    Idop mat sabu!

    ReplyDelete
  3. kalau wa budak bawah umur yang bro AT maksudkan, wa sendiri dapat rasa aura Ostad Fadhil yang bro AT gambarkan.
    wa dapat rasa walaupun waktu dia meninggal, wa baru je umo 9 tahun...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...