Skip to main content

Awat menggelabah puak ulama?

Oleh : AdukaTaruna

Tak faham gua. Tiada sorang pun pro PAS suruh Majlis Syura dimansuhkan. Tiada sorang pun berdemo Dewan Ulama dibuang. Tiada mana2 blog pro PAS yang berkempen ulama perlu diharamkan dari bertanding.

Tapi kenapa ulama menggelabah sgt?

1. Sanggup bertembung dengan ayah semata-mata waktu pemilihan?

2. Sanggup dijadikan peluru musuh menembak jemaah sendiri. Bangga keluar Media Prima.

3. Sanggup menerbitkan satu persepsi ayah lemah pemikiran dan bersikap kroni dengan banyak kali menawar jawatan.

4. Cuba memperlembagaankan kerusi Presiden dan Timbalan Presiden wajib ulama.

Kenapa menggelabah sangat? Tiba-tiba mereka rasa terasing pulak. Tuduh sana hasut tak kawan, tuduh sini fitnah kita. Ish.....

Comments

  1. rasa tergugat la.. kalo golongan propesyenel semua amik jwtn tertinggi, golongan ulamak nak dok mana... bukannya semua buleh masuk 'majlis syura'.. lgpun, kepimpinan golongan propesyenel dilihat lebih mudah diterima daripada golongan para ulamak.. realiti hr ini yg wujud kesan dari gabungan Pakatan Rakyat. sentimen untuk menunjukkan diri itu boleh diterima oleh segenap lapisan masyarakat..tu yg den agak la..

    stigma majoriti rakyat takot pada pimpinan yang dipelopori ulamak. takot pada islam. so brgkali, para 'ulamak' itu melihat bahawa kemasukan ataupun kebangkitan ataupun penonjolan golongan propesyenel bkn ulamak menandakan era 'kepimpinan ulamak' mereka benar-benar akan tamat...

    ni kes 'survival instinct' kot..

    wallahu'alam..

    nyle

    ReplyDelete
  2. Nak tanya sikit..ni ulama minat jawatan politik..atau ulama yg memang ulama hakiki?Emm,..duk fikir ni?

    ReplyDelete
  3. Depa ni kasta tinggi dalam PAS.Dalam ruang lingkup gerakerja PR, depa takda kedudukan utama. Itulah depa cari sebab jalan 'Perpaduan" dan 'muzakarah" supaya depa always in controll dalam organisasi baru.

    Depa lagi pun tak minat peluang yang dicipta melalui PR. Nak berhadapan dengan mad'u bukan Islam ni, depa tak reti. Untuk itu depa balik buat kerja mudah. Buat baik dgn parti Melayu dan ceramah dan kuliah kat orang Melayu saja. La ni tengah desperate usaha nak halang pimpinan pro PR dalam PAS dari menjadi pemimpin parti.

    ReplyDelete
  4. wa malas nak campo dalam hal ni.... bukan apa.... wa ni nak cop ulama mee celup pun tak layak..... wa cuma penyokong yang diperlukan oleh parti bila nak mengundi n bila parti perlukan pertolongan untuk buat keje... bila parti dah rasa kuat (sebenarnya tak kuat pun.... dapat power lebih skit jer)..... dapat kerusi lebih skit.... golongan cam wa ni tak bleh nak sentuh pasal parti..... sebab golongan wa ni layak campo dalam parti bila parti lemah jer.... teringat wa semasa PRU11.... BN hampir² tumbangkan PAS di Kelantan.... ni bukan sebab UMNO kuat dikelantan.... tapi ramai anak² muda PAS buat keje untuk UMNO.... tak caya cuba tanya adik dato Zaid.... tanya la bebudak keje di bangunan UMNO KB..... bangunan UMNO KB tu tempat wa lepak jer dulu.... sapa tak kenal Denan adik Zaid.... Azam orang kuat UMNO KB.... Azad anak sedara Zaid brehim... ramai lagi.... malam keputusan PRU11 wa ada di rumah Zaid di Pasir Hor.... wa tau betapa happy geng² UMNO malam tu....

    kenapa wa citer pasal ni???.... sebab wa nak ingatkan pemimpin² PAS... jangan rasa diri tu kuat sangat.... jangan rasa diri tu maksum.... jangan rasa diri tu tak boley ditegur.... jangan rasa diri tu semuanya betul..... tak kira la ulama ke, profesional ke erdogan ke.... kami penyokong bawahan menjadi penentu kedudukan kamu di masa akan datang dengan izin Allah SWT.....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  5. Bro,
    Posting lu double sword.Kita tak hidup ngn muslim or org pas saja kat malaysia ni.Maybe lu rase sedang mengattack geng2 ulamak ni..tapi at the same time lu menjatuhkan imej ilmuan kt mata org termasuk kat non muslim.

    Kang ado kawan cina dtg kat lu ckp:Haiya..napa lu nya ulamak manyak galabah aa?

    apa lu nak jawab??

    Chill bro..ganti jek perkataan Ulamak dgn nama orang tu.Wa lagi suka lu wat posting direct pakai nama hadi dulu.jujur n direct.

    Lu nak main pukul keliling gak ke?

    Antara attack lu dengan imej ilmuan islam maner lagi penting?Ilmuan islam bro..bukan ahli politik pas AKA ulamak.

    ReplyDelete
  6. btw bro,

    blog lu camno leh ada dlm blog list ibnu hasyim...otai tuh bro.Bahaya la lu nih.

    ReplyDelete
  7. waa rasa AT ni dah jadi Think thank kepada PAS la skang xenan..mua ha ha...betul tak AT...kui kui kui...

    ReplyDelete
  8. waa rasa golongan erdorgan yang gelabah tengok statement khalid sama dan syed azman...nik abduh tukang pencetus..apa pun waa sokong kenyataan nasrudin tantawi...sape makan cili dia yang terasa podas..he he he

    fanatik

    ReplyDelete
  9. Ya lah xenan,kalau AT nak marah biar control macho takut2 penyakit cepat latah atau nyanyuk nanti. kang sapa yang susah, xenan juga.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.