1. Hubungi gua di sini.



2. Untuk yang berminat untuk iklan, sila email gua utk pertanyaan harga, etc.



3. Wa lancarkan enovel sulong wa RM10 sahaja. Akaun Maybank no 155014038030 Then, emailkan ke Calling2 Gua butir-butir bayaran anda. Kalau calling2 gua tu tak berfungsi, lu email jer la kat adukataruna2008@gmail.com



Insyaallah. Dalam masa 24 jam, wa akan reply terus e-novel anda beserta passwordnya. Dan anda boleh ulas, bantai, kritik, debat, cadangan, karya tersebut di link ini.





Sahabat

Iklan





260412






011012

May 30, 2009

Askar Korea Selatan, AS siap sedia



KAPAL perang Korea Selatan mengadakan rondaan di lautan berhampiran sempadan Korea Utara di luar pulau Yeonpyeong, semalam.

Washington pertingkat komitmen pertahan Seoul daripada ancaman Pyongyang

SEOUL: Korea Selatan dan Amerika Syarikat meletakkan tentera masing-masing dalam keadaan berjaga-jaga peringkat tertinggi semalam selepas Korea Utara mengancam untuk menyerang jirannya, sementara Washington menegaskan komitmennya untuk mempertahankan Seoul.

Kementerian Pertahanan Korea Selatan berkata, tentera udara dan daratnya memerhati rapi kawasan sempadan selepas negara komunis di utara mengumumkan ia tidak lagi terikat kepada perjanjian gencatan senjata yang dimeterai selepas berakhirnya Perang Korea pada 1953.


Ketegangan semakin memuncak di rantau berkenaan sejak Pyongyang Isnin lalu menguji senjata nuklear yang berkali ganda lebih berkuasa berbanding yang pernah diletupkan pada 2006. Ia diikuti ujian lima peluru berpandu jarak dekat.


"Kami mengekalkan kedudukan pertahanan yang berwaspada bagi mencegah sebarang provokasi dari Utara," kata jurucakap tentera Korea Selatan Won Tae-Jae. "Tentera akan bertindak dengan tegasnya terhadap mana-mana provokasi."

Amerika Syarikat kelmarin menegaskan akan terus mempertahankan Jepun dan Korea Selatan di tengah tindakan mengancam dari utara. Seorang diplomat Barat di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata, negara kuasa dunia komited terhadap mengenakan sekatan lebih ketat terhadap Pyongyang.

MURID sekolah rendah di Seoul memakai topeng gas sebagai latihan serangan nuklear kelmarin.

Amerika yang mengetuai pasukan PBB yang berjuang untuk Korea Selatan dalam perang Korea lebih separuh abad lalu, masih menempatkan 28,500 anggota tentera di Koera Selatan.

"Saya mahu menegaskan komitmen Amerika kepada pertahanan Korea Selatan dan Jepun," kata Setiausaha Negara Amerika Hillary Clinton.

Kemarahan terbaru Pyongyang terhadap jirannya di selatan tercetus akibat keputusan Seoul menyertai Inisiatif Keselamatan Nuklear diketuai Amerika Syarikat bagi membendung penularan senjata pemusnah, antara lain menahan dan memeriksa kapal Korea Utara.

Walaupun Seoul berkata kapal dagang Korea Utara masih boleh melalui sempadan lautnya mengikut perjanjian 2005, Pyongyang bagaimanapun menganggap keputusan Seoul menyamai deklarasi perang.

"Mana-mana tindakan keras terhadap republik kami termasuk menahan dan menggeledah kapal kami, akan berdepan serangan pantas tentera sebagai tindak balas," kata tentera.

0 komentar: