Skip to main content

Anak Raja Petra didakwa tuduhan mencuri



SHAH ALAM 19 Mei - Anak kedua penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan mencuri dan memiliki motosikal curi serta melakukan pecah rumah di sekitar Shah Alam.

Raja Azman Raja Petra, 33, dari No. 5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh didakwa mencuri sebuah motosikal Yamaha RXZ nombor pendaftaran BJQ 9597 bernilai RM8,000 milik seorang lelaki, Syaiful Setapa.

Tertuduh juga mengaku mencuri sebuah telefon bimbit Nokia, sebuah jam tangan Seiko dan serangkai kunci motosikal yang kesemuanya dianggarkan berjumlah RM3,850 dari sebuah kediaman milik Saipul Adli Mohamad Yunus.

Raja Azman juga mengaku telah memecah masuk ke dalam kediaman dan mencuri wang tunai RM20, cukai jalan, kad ATM Maybank dan BSN serta lesen memandu milik Mohd. Syaiful Setapa.

Dia juga mengaku atas tuduhan pilihan iaitu memiliki sebuah motosikal Yamaha 135LC bernombor pendaftaran NBT 7332 milik Ahmad Firdaus Jalaluddin.

Kesemua perbuatan didakwa dilakukan Azman antara pukul 9.30 pagi, 20 Mac lalu dan 10.40 malam, 5 Mei lalu di Seksyen 19, Seksyen U2, dan di Kinrara Court Puchong dekat sini. Hukuman akan dijatuhkan pada 19 Jun ini.

1. Tak kira Raja Petra ke, Jaksa Pendamai ke, Ulama Pewaris Nabi ke, Al Syed Kutub Wal Ibnu ke, kalau salah, sila dakwa dia di mahkamah.

2. Dulu anak TGNA (cikgu) pukul anak murid kalau tak silap. Selamba jer TGNA suruh dakwa kat mahkamah.

3. Kalau ikon anti UMNO kemain lu siar yer. Kalau UMNO yang buat hal banyak kali, sorok nama beb. VIP la, kenamaan la, Datuk la. Nama tak keluar.

Kesimpulannya, gua cadangkan anak Raja Petra belajar agama secara formal lepas nih. Insyaallah, anda akan selamat dari tindakan undang-undang. Sebab anda sudah ada jubah sakti.

Tipikal Melayu bodos. Bacul berhadapan dengan orang bergelaran.



Comments

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...