Wong Teck Chi | May 25, 09 11:01am |
Calon bebas Aminah Abdullah mendakwa mempunyai bukti PKR cuba menyogoknya dengan jawatan penting jika beliau tidak bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti, 31 Mei ini. Dalam sidang medianya pagi ini, bekas ketua Wanita PKR Pulau Pinang mendakwa, dua wakil parti itu menemuinya pada 13 Mei lalu untuk menawarkan jawatan yang dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Tambahnya, seorang ahli badan perhubungan PKR negeri dan pembantu seorang exco kerajaan negeri, daripada parti itu, menemuinya dengan mendapat restu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Aminah juga mendakwa, jika berjaya menewaskan calon PKR Mansor Othman dalam pilihanraya DUN itu, beliau akan dibenarkan menyertai parti itu dan diberikan jawatan timbalan satu ketua menteri. Calon berlambangkan kunci itu mendedahkan buktinya - dalam bentuk rakaman audio - kepada wartawan dalam sidang media di Penanti. Rakaman tiga jam itu kini sedang disalin oleh kumpulan wartawan yang membuat liputan tersebut. Aminah juga berkata beliau akan membuat aduan polis hari ini berhubung perkara tersebut dan untuk mendapatkan perlindungan pihak berkuasa tersebut susulan pendedahannya itu. Beliau akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok mengenai isu tersebut, dengan mendedahkan nama dua wakil PKR dan foto rakaman pertemuan tersebut. |
Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar
jika benar pi la buat laporan kat SPRM ini kes berat ni. Awat tak buat laporan agak sangsi buktinya tu :P
ReplyDeleteaudio?
ReplyDeletewakaka
manaleh pakai bukti tu...
sedangkan video korek korek pon tak sangkut...
suara sapa agaknya yg akan terkeluar dari rakaman audio miteri tu.....
ReplyDelete